Wednesday, August 18, 2010
Acar Buah
jauh nun di penang makcik belajar membuat acar yang sedap ini. kredit kepada pakar membuat acar - babok ameng.
Any type of buah buahan kering - dicuci dan di toskan
makcik guna
5 kilo buah limau kasturi
di cuci, buang airnya, di gaul dengan sedikit garam dan gula.perap sebentar. kemudian di kukus sebentar - kira kira 30 minute. toskan dan kemudian jemur sehingga kering. kalau tak kering - masukkan kedalam peti sejuk - proses didalam 3 atau 4 hari mengikut keadaan cuaca.
1/2 kg buah kurma - buang biji dan di belah dua
1/2 kg buah tin (fig) - di potong kasar
beberapa bungkus buah buahan kering - anytype.. yang merah , kuning
1/2 kg buah bidara - di buang biji
bawang merah - anggaran 1/2 kilo (setengah bawang merah di blend dan ambil sedikit untuk di hiris)
bawang putih - anggaran 1/2 kilo (setengah bawang putih di blend dan ambil sedikit untuk di hiris)
halia - anggaran 1/2 kilo (setengah halia di blend dan ambil sedikit untuk di hiris)
cili kering dibuang biji cuci dan rebus kemudian di blend - mengikut rasa - nak pedas bubuh banyak
Cuka - tak perlu banyak
Cili Sos - 1 botol atau kurang ( kalau buahan banyak boleh guna satu botol kalau kurang guna setengah botol saja)
Gula/garam - mengikut rasa
segala bawang di blend dan di tapis airnya
tumis bawangan (blend dan hirisan) dengan minyak yang sederhana banyak (depend dengan jumlah bawangan) tumis sehingga garing dan naik bau. masukkan halia. ( yang di blend dan juga hirisan) tumis lagi sehingga naik bau. masukkan cili kering yang telah di blend. tumis lagi sehingga keluar minyak. setelah tumisan naik bau masukkan gula dan juga cuka. masak diatas api yang kecil sehingga tumisan berbau wangi. masukkan cili sos dan juga garam. (perasakan rasanya mengikut kesesuaian anak tekak) kemudian masukkan buah limau dan buah bidara. gaul rata dan biar kan masak anggaran 10 minit kemudian masukan buah buahan lain. gaul rata dan masak sehingga agak kering.
dah siap boleh lah buah hidangan di pagi raya dan juga untuk ole ole tetamu yang datang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment