Wednesday, July 11, 2012

UBI KAYU GORENG

masa kecik kecik dahulu mak selalu rebuskan ubi kayu kemudian di hidangkan dengan gula ataupun kelapa parut yang telah di campur dengan sedikit gula dan garam. dedulu..yelah kan dalam seminggu tu mungkin 3 kali bersarapan kan dengan ubi kayu. muak memang lah muak ..udah lah tahap ekonomi keluarga tak memungkin kan kami adik beradik bersarapan cornflake atau pun roti toast. kalau setakat ubi kayu dan lempeng memang dah jadi makanan kami ..tetap menjadi  memori indah. mengingati masa lalu, terkenang bagaimana makcik sukakan bau rumput rumput di pagi hari, atau mandi air sungai di kawasan sawah padi. kemudian bila mak masak sayur sayur yang di petik kat hutan berdekatan kita orang adik beradik berselera sungguh mengadap lauk rebus itu. tak ada ayam tak ada daging, cuma kalau rasa mewah sikit, ada lah telor asin. mak tak pernah mengeluh..tetap bersemangat menjaga kami walaupun kurang duit tapi mewah dengan makanan kampung ~ tak terbalas jasa mak, sehingga hari ini pon mak masih sibuk jer nak masak untuk makcik kalau makcik komplen malas. sayang mak. rindu sungguh suasana itu. malangnya masa jadi kanak kanak riang yang tak tahu apa apa  itu telah berlalu sekarang  cuma ada dalam kenangan.

Photobucket
makcik rindu kan dilla, rindu kan popond - yeah tiap kali dengan lagu najwa,,teringat popond~ kuat kan radio anda - Aku yang patut, yang patut ...Memberinya segala..Kerna aku mampu, ya aku mampu..Melakukan apa-apa saja..
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)...
...la.la la.la..sekadar mengingati kecomelan popond menyanyi kan lagu itu. kanak kanak riang yang bakal menjadi ibu. oklah..masa kat kl dilla dan popond belanja makan kat poyo - makan ubi kayu yang rasanya kalau kat rumah makcik mau mengantuk mereka dihidangkan dengan setalam ubi kayu goreng.  iyerlah kat kl apa jer keluaran hasil tani lebih lebih lagi yang dari kampung nih pon dah harga berapi, cuba dok kampung..hari hari makan ubi kayu mau pengsan jadi nya.
Photobucket
senang jer caranya nak buat nih iyer adik adik...kupas dan rebus ubi kayu tu dulu, agak agak dah masak, masukkan sedikit garam untuk rasa lemak ubi kayu. toskan dan biarkan sejuk dulu sebentar, kalau tak leh sabar untuk makan ubi kayu goreng nih, just goreng dalam minyak yang banyak. macam kita buat kentang goreng tu. toskan sebentar, kalau suka boleh dashkan sedikit garam dan serbuk lada putih. (makcik nih suka jer nak guna serbuk lada putih - a magic spice for me.) kalau tak nak letak lada putih tak per..hidang jer dengan sambal goreng kesukaan anda. nikmati lah sementara masih panas ,
Photobucket
telan air liur tak?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...