Monday, July 16, 2012

APPLE CRUMBLE PIE

Assalamualaikum semua, apa yang u ols buat hari ini, dapat kabaran baik tak hari ini? atau tengah mood sedih? apa pun mood anda sekalian hari ini, nikmati lah hari ini dengan penuh kesyukuran . kalau yang rasa sedih dan marah itu, berfikir lah secara positif, ada hikmah di sebalik semua kejadian yang kita alami semalam atau hari ini, bersyukur lah kerana kita masih sihat dan bernafas untuk membetulkan kejadian kejadian yang kurang menyenangkan samada diantara kita dengan keluarga, adik beradik atau pun kawan kawan.. Perkataan maaf sebenarnya tidak sulit jika kita mahu bersikap bertolak ansur, tak apa merendah kan ego kita, tolak lah ke tepi, kerana satu hari nanti kita akan sedar, tak rugi untuk memulakan benda yang baik. ALLAH suka orang yang memaafkan orang lain. kalau lah kita didalam masa kesusahan berzikir lah untuk menenangkan diri sambil mengingati DIA

 لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
(La ilaha illa anta  Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
 Ertinya :(Tidak ada tuhan selain Engkau Ya Allah , Maha Suci Engkau. sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim) " SURAH AL-ANBIYA'(21):87

Menurut riwayat, Nabi Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun (Paus)  untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun (Paus) itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi  Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun (Paus) dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain. (teringat kan arwah nenek selalu bercerita tentang nabi dan makcik akan baring disebelahnya sambil ternganga mendengar cerita dari dia ~ alfatihah untuk nenek.)

Jika kita rasa susah hati dan menghadapi kesusahan serta kepayahan, maka bacalah doa ini. kita jangan lupa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah. Yakin dan percaya insyaallah segala musibah yang menimpa kita akan terlerai juga.  Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kita. Ketika kita berdoa, hayatilah bersungguh-sungguh bahawa kita telah menzalimi diri kita. Oleh itu kita bertaubat daripada segala dosa, samada kecil atau besar, yang disedari atau tidak, terhadap manusia atau dosa terhadap Allah. Mudah mudahan Allah mengampunkan segala dosa kita dan melapangkan segala kesempitan kita.  Insyaallah

makcik dah jauh melalut..its a good thing to share tho..mana taw kan ada orang yang tengah kesempitan..jangan pandang remeh ayat kat atas..cuba lah..insyaallah tenang hati tu.  okay now let see apa makcik masak hari minggu lepas. terover rajin sebenarnya, eh yang betulnya menge ~ clearkan peti sejuk yang agak penuh dengan buah buahan. selepas mengintai rumah cik azlita kita, teringin lah plak nak mencuba pie dia tu. selalu makcik buat plum crumble. dillah mesti suka epal crumble pie nih..one of his favourite.
Photobucket


APPLE CRUMBLE PIE -  credit azlita

Bahan Untuk Kulit Pastri
240g Tepung Gandum                                            
170g Mentega sejuk ~ dipotong kecil
2 sudu besar Gula Aising                                       
4 sudu besar air ais (makcik tambah 2 sudu )

Gaulkan tepung dengan gula aising .Masukkan Mentega dan gaul semula menggunakan garfu sehingga tekstur seperti serbuk roti.Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan menggunakan garfu sehingga ia menjadi doh.masukkan doh kedalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.

Bahan Inti
5 biji apple hijau (Granny Smith)
1 biji parutan kulit lemon
Secubit garam
2 sudu besar mentega (next time makcik kurang kan pada 1 sudu makan saja)
100g gula perang (next time makcik kurangkan 60gm saja) ~ agak manis pada tekak makcik
secubit serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar tepung jagung (makcik bancuh kan dengan sedikit air)

Apple dibuang kulit dan biji dan kemudian dihiris nipis.Ketepikan.Panaskan gula dan mentega. Kacau rata.Masukkan hirisan Apple. Gaul rata.Masukkan garam. serbuk kayu manis dan tepung jagung.Kacau hingga apple lembut dan kuahnya pekat
Angkat dan biarkan sejuk

Bahan Crumble
75g tepung gandum                                     
35g mentega tanpa garam
35g gula                                                        
35g chip cokelat (makcik tak masukkan ini)

Gaulkan mentega, tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan chip cokelat dan gaul rata

Cara Menyediakan Pie
Panaskan ketuhar pada suhu 220C.Sediakan acuan pie 12"Keluarkan doh pastri dari peti sejuk.Canai doh pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm.Alihkan kedalam acuan pie. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan.Masukan inti ke dalam pie hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan apple sebagai hiasan.Tutupkan atas pie dengan crumble.Hiaskan dengan baki hirisan apple.Bakar pie selama 15 minit pada suhu 220C.Kemudian turunkan suhu kepada 190C dan bakar selama 45 minit hingga bahagian atas pie berwarna perang.
Photobucket

makcik sukakan texture pie crumble ini walaupun pada tekak makcik rasanya agak manis. for the next projek akan makcik kurangkan gula nya kerana crumble di atas sendiri juga sudah terasa manis nya. thanks azlita kerana sudi berkongsi resipi tart ini. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...