Showing posts with label KEK SARAWAK. Show all posts
Showing posts with label KEK SARAWAK. Show all posts

Friday, August 23, 2013

KEK HATI PARIK

Anak anak dah lama balik ke senanjung sinun..bawa kek yang orang dok sibuk berkirim salam dengan makcik. 40kg uols..membebel anak anak membawa kek sebegitu berat, selain membeli muatan kilo dan mengheret bag yang berat, (we pay for that price okay).. tapi sehingga sekarang orang yang makcik kirim kan itu not even berterima kasih..tak ada plak berinbox. itu lah manusia, susah benar nak berterima kasih. masa belum dapat tu kan..kan main lagi , itu cerita puasa..setelah raya dan terima kek yang free not even terima kasih. that simple word tapi sangat bermakna. bukan senang nak buat kek lapis . i spent 4 days and night untuk pleased u ols. yet arggghhhhh,, yes makcik agak kecewa..bukan mengungkit.. just sometime makcik rasa a simple word boleh buat hari seseorang bertambah baik. maka belajar lah mengucap terimakasih bila orang berbuat sesuatu untuk anda. mengucap maaf jika kita terasa membuat silap dan senyum untuk menyenangkan hati seseorang. as simple as that. walaupun masih terkilan mari lupa kan sebentar cerita itu..jom kita bercerita tentang kek hati parik. kek yang sangat misteri tapi unik ini.

Setiap kali menjelang raya kek hati parik @ pari wajib berada di atas meja untuk hidangan. dengan masa kukusan selama 9 jam atau 12 jam sudah semestinya kek ini agak unik , ada kek hati parik yang agak keras kejung, ada yang sangat moist macam dodol dan ada juga yang sangat lembut. kena yang benar benar pro untuk membuat nya , final result sangat lah penting kalau tak kesudahan nya kita buang banyak masa untuk kek yang tidak sedap .
   photo d026d1af_zps9e29e82e.jpg
Makcik dah banyak kali buat kek ini ada ketika nya tidak menepati citarasa makcik, kekadang kalau dah cantik texture nya rasanya plak jadi fail samada agak manis atau pahit disebabkan oleh gula hangus.  pelbagai versi resipi  yang makcik simpan, setelah mencuba dan mengurang sana sini makcik lebih suka versi yang kawan makcik kongsi kan bersama makcik. makcik nak share kan kat sini untuk u ols try, mana taw kan boleh buat bisnes lepas ini,
oh ya,,misteri kek ini selain selalu merosakkan hand whisk dan blender makcik,  memang penat nak mendapat kan texture gula masak yang perfect, itu lah liku liku yang terpaksa di harungi..yang penting kena sabar banyak kalau teringin nak buat kek ini.

KEK HATI PARIK credit to hjh ramlah

10 BIJI TELOR AYAM - KUNINGNYA SAHAJA
1 BIJI TELOR PUTIH
16 OZ MENTEGA
4 GELAS GULA – DI KURANGKAN CUMA 2 GELAS
660GM TEPUNG GANDUM

300GM KISMIS HITAM DAN KUNING DI BLEND HALUS DENGAN 1 GELAS TEPUNG GANDUM DARI BAHAGIAN TEPUNG GANDUM DIATAS

2 SUDU MAKAN BICARBONATE OF SODA
2 SUDU MAKAN CREAM OF TAR TAR
1 SUDU TEH VANILLA
8 SUDU MAKAN BROWNING SUGAR

200GM GULA KASAR DI MASAK TANPA AIR DIDALAM NON STICK PAN SEHINGGA MENDIDIH – SENTIASA DI KACAU GULANYA AGAR TIDAK HANGUS

CARANYA:-
PUKUL MENTEGA DAN GULA KASAR YANG DI BLEND SEHINGGA HALUS ITU SEHINGGA PUTIH DAN KEMBANG.

PUKUL TELOR SECARA BERASINGAN SEHINGGA SEBATI DAN KEMBANG. MASUKKAN VANILLA. CAMPURKAN KEDUA BAHAGIAN DAN GAUL SEHINGGA SEBATI DAN RATA. MASUKKAN TEPUNG GANDUM KEDALAM ADUNAN TELOR. MASUKKAN KISMIS YANG TELAH DI BLEND DENGAN 1 GELAS TEPUNG GANDUM, CREAM OF TAR TAR, BICARBONATE OF SODA DAN JUGA BROWNING SUGAR. GAUL SEHINGGA SEBATI. MASUKKAN GULA YANG TELAH DI MASAK. GAUL LAGI SEHINGGA SEBATI.

MASUKKAN KEDALAM ACUAN YANG TELAH DI LENSERKAN DAN KUKUS SELAMA 9 JAM. 
Tips: sebelum mengukus loyang kena di tutup permukaan nya dengan aluminium foil dan plastic untuk mengelakkan air dari memasuki kedalam loyang

ini adalah satu resipi yg klasik, tapi makcik selalu fail dalam dpt texture yg seperti tuan rumah membuatnya, final touch sangat penting kerana ini versi merebus, makcik tak dapat nak membayangkan owner resipi ini  merebus kek ini tetapi serious kek versi merebus ini sangat lah sedap. no wonder dia jual sehingga rm165.00 seloyang.. and yes makcik pelanggan tetap dia tiap tiap tahun. dan untuk mendapat resipi ini makcik kena bayar sejumlah wang ihsan. apa yang makcik tulis ini berdasar kan apa yang makcik lihat ketika dia membuat kek ini. pun begitu ada ketika makcik juga fail mendapat texture sperti dia. end of the day kena order lah ,btw kek ini tahan setahun , menakjub kan..
tolong baca betul betul resipi ini takut ada yang keliru, kalau tak faham just pm me..nanti makcik akan explain in detail

KEK HATI PARI  versi wa ara

1250GM @ 9 gelas Tepung gandum
210gm @ 6 gelas gula kasar – di blender halus – jgn guna gula halus atau icing sugar
10 biji telor ayam - ASING KAN PUTIH NYA
70gm x 7 botol gula hitam @ 490GM
16 oz butter
505 gm susu

1 kg kismis di kisar halus – dalam minced meat grater . JIKA MENGGUNAKAN BLENDER, BLEND KISMIS DENGAN TEPUNG SEHINGGA HALUS – NEED A GOOD BLENDER FOR THIS PROCESS

Kismis yang telah di giling di gaul dengan baking powder sebanyak 1 ½ sudu makan . gaul sehingga sebati.
Masukkan ½ gelas tepung gandum. Gaul lagi sehingga sebati
Lebihan tepung di masukkan bicarbonate of soda sebanyak 1 ½ sudu makan

CARANYA:-
A – 6 gelas gula di pukul dengan putih telor sehingga sebati tetapi jangan kembang. Masukkan kuning telor
B – butter dan susu di pukul sebati.

Masukkan A. Masukkan tepung gandum dan juga gula hitam

Masukkan setengah adunan kedalam kismis. Gaul menggunakan beater sehingga rata dan sebati. Kemudian masukkan kedalam yang ½ basin tadi. Gaul lagi sehingga sebati. Kukus 9 jam

Acuan mesti di panaskan dulu diatas pengukus. Kemudian lenser kan dengan butter serta lapik dengan kertas minyak. Kukus secara merebus didalam periuk
Tips: sebelum mengukus loyang kena di tutup permukaan nya dengan aluminium foil dan plastic untuk mengelakkan air dari memasuki kedalam loyang

Tips:- jangan mengunakan sudip kayu. Guna kan hand whisk.

kalau ada kemampuan dan kesabaran itu try lah buat kek ini..for the time being makcik dah surrender buat kek versi merebus ini. since sifu ini masih lagi berkemampuan makcik just beli jer..lebih puas hati. but makcik simpan resipi ini dan sharing it , mana taw bila semangat gigih itu kembali i will for sure buat kek ini , in sya allah

Monday, October 1, 2012

KEK SENJA LEBARAN

makcik tempek kan resipi kek yang makcik buat raya tahun ini. ada beberapa resipi yang telah makcik save kan dalam draft. time tak ada idea gini boleh lah di post kan . life a bit slow ~ one part its so nice and the other part macam cruel jer. but who am i to complaint iyer idak. the bajet yang di bentang baru baru ini, the duit yang di hulur sana sini ,End of the day kita sedar barang makin mahal harga nya dan nilai duit kita dah lebih kurang cam jiran sebelah. at the same time masih juga lah rasanya nak berlumba lumba mengupgrade kan diri supaya kita ini sama taraf dengan kawan kawan yang old skool ataupun di mukabuka..makcik bebel apa nih...erkkks  photo 95ab208c_zps5a435119.jpg
makcik berikan pewarna hijau untuk kek ini

SENJA LEBARAN

BAHANNYA
16 OZ MENTEGA
10 BIJI TELOR
1 GELAS GULA HALUS
150GM  TEPUNG GANDUM
130GM  TEPUNG SUSU NESPRAY
1 GELAS MILO
1 GELAS HORLICK
1 GELAS NESTUM KUNING (KELUARGA)
1 TIN SUSU MANIS
1 KOTAK COKLAT CHIP
2 SUDU GULA HITAM (BROWNING)
PEWARNA KUNING

CARANYA:-
PUKUL TELOR DENGAN GULA SEHINGGA KEMBANG.
MENTEGA DAN SUSU DI PUKUL DI TEMPAT BERASINGAN
SATUKAN ADUNAN TELOR DAN MENTEGA. GAUL SEBATI. MASUKKAN TEPUNG DAN VANILLA. KACAU SEHINGGA RATA.

BAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN
BERIKAN TEPUNG SUSU, MILO DAN GULA HITAM
BERIKAN HORLICK, NESTUM DAN WARNA KUNING ATAU WARNA YANG DISUKAI

AMBIL KAN 3 SENDUK WARNA KUNING DAHULU DAN TABUR KAN COKLAT CHIP. KUKUS ATAU BAKAR SEHINGGA MASAK
APABILA SUDAH MASAK, MASUKKAN PULA ADUNAN MILO DAN TABURKAN COKLAT CHIP. KUKUS ATAU BAKAR SAMPAI MASAK. ULANGI PROCESS SEHINGGA HABIS.


Sunday, September 2, 2012

KEK SULTANA KACANG GAJUS

before kita tengok resepi nya makcik nak cerita sikit. 3 month sebelumnya, dia bermimpi di patuk ular hitam yang besar, actually didalam mimpinya ular itu hendak membaham kawan baik nya tetapi dia sempat menyelamatkan kawan nya sebelum dia sendiri di patuk ular tersebut dekat kaki kiri. bila dia terjaga pada pagi nya dia ceritakan mimpi itu pada ibunya. ibunya kata itu hanya mainan tido. jangan fikir sangat sangat. yang pelik nya pada sebelah petang, dia perasan kaki kirinya bengkak dan kehitaman. mula mula hanya bengkak yang tidak sakit tapi sebelah malam nya menyengat bisa. start from that moment, banyak juga lah tempat dia berubat, kat tempat tradisional dan hospital. kemudian kat hospital kecil itu mereferkan dia sebagai terkena bone cancer. macam cepat jer benda ini terjadi. dari hospital kecil itu di rujuk ke hospital besar kuching for chemo. 1st chemo done. since dia perlu berulang alik ke hospital maka dia di tempat kan di rumah kebajikan di kuching untuk memudahkan dia mendapat rawatan. on 1st day of raya 2012, the family spent time with her, beraya di rumah kebajikan  she was so happy. on the second day , the family bawa dia pergi berkelah di tepi pantai since dia sihat, dia pun bukan lah duduk dlm hospital cuma sebagai out patient jer.

Mesti happening makan time dan beraya di tepi pantai. Imaging the hugging, the touching, the soft spoken words at ease dan senyuman yang tak lekang di bibir thanking the mother for everything tiba tiba petang nya dia mengadu dia sakit perut dan cuma perkataan tolong before dia pengsan dan tidak bangun bangun lagi dalam pelukan ibunya.
the kelam kabut moment di pantai jadi peristiwa yang tidak dapat di lupakan. the ambulance came and dia di sahkan meninggal dunia.
....membawa jenazah balik ada lah satu hal yang sungguh menyayat hati. untuk membawa jenazah balik ke limbang via airplane untuk keluarga kurang mampu adalah mustahil. since mereka tidak kenal orang di kuching untuk menolong mereka, urusan jenazah terpaksa di lakukan melalui jalan darat. satu malam terbuang sia sia kerana urusan mendapat permit membawa jenazah melalui jalan brunei agak sukar kerana ketika itu semua pejabat sudah tutup untuk cuti raya. dari kuching ke miri kalau driving dalam 14 jam untuk pemanduan biasa. kalau macam pelesit kurang kan 2 jam itu. dari miri ke limbang akan mengambil masa 5 jam jika tidak ada jem kat border. bayang kan jenazah di bawa siang malam dalam van rusa melalui jalan berlubang serta melintas hutan tebal di malam hari.
they reached limbang pukul 10 pagi 2 hari selepas dia meninggal. the boyfriend was so sad sehingga tak boleh bercakap apa apa. the mom pengsan beberapa kali. the father tak ada ayat untuk di cakapkan. semua trauma. selepas di mandikan dan di kafan kan and all those last farewell. dia pergi selama nya. yes kaki kiri itu yang konon nya cancer, isinya pahanya pecah. still a misteri

Alfatihah untuk Ina Salim. She was only 20 years old, the only daughter and eldest of 4 siblings.My ipar punya anak buah. seorang yang comel, cantik dan peramah and now she's in heaven. semoga mereka semua tabah dalam penderitaan ini. huhhhhh...I was so speechless.Lets not talk abt that anymore.

 photo a5259df7_zps1c0ff450.jpg
 this year as i told u guys semua nya kebanyakan kek kukus lama. yang resipi  nya makcik dah simpan berabad dah. kalau manusia dan beranak pinak juga lah gamaknya. one of my favourite kek. jangan pandang pada rupa kek..rasa dulu baru taw. 
 photo 89f13ae5_zpsf1223212.jpg
 
KEK SULTANA KACANG GAJUS

10 biji telor
16oz mentega
100gm  ghee
1 botol kecil horlick
480gm  tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 gelas gula kasar
1 tin susu manis
Sedikit pewarna kuning
1 sudu kecil vanilla

Digaul bersama bersama sedikit tepung gandum dan baking powder
½ kg kacang gajus – di belah dua dan di sangai – oven sekejap
6 bungkus masam manis

Pukul telor dan gula sehingga kembang . mentega dan susu  di kuar rata. Masukkan kedalam adunan telor. Masukkan horlick dan tepung. Kuar lagi sehingga sebati. Masukkan buah buahan. Kuar perlahan. Akhir sekali masukkan ghee,  kuar lagi sebati.
Lenser loyang dengan kertas minyak, tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus sehingga 5 jam.

Tutup permukaan Loyang dengan plastic dan aluminium foil. Kukus sehingga masak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...