Sunday, July 8, 2012
ASAM PEDAS DAGING KERBAU
mungkin ia nya tak seperti yang ada di melaka tapi boleh lah untuk mengubati rindu tekak makcik yang sentiasa teringin itu dan ini .. alahai nafsu nafsi.
Daging kerbau ini mak beli ketika kami berkunjung ke kk baru baru ini. Apa bezanya daging kerbau dan lembu? Daging kerbau isinya lebih kasar dan perlu dimasak dalam jangka masa yang agak lama manakala daging lembu isinya lebih halus dan banyak lemak. Pada setengah orang mereka lebih menyukai daging kerbau kerana ianya kurang berbau berbanding daging lembu. Pada makcik plak..makcik tolak batu dengan kayu jer..makna nya tak menjadi kesalahan kalau daging kerbau tak ada. buleh gitu. hihi. sebagai rujukan makcik gunakan resipi yang makcik jumpa di alam maya ini
Asam pedas daging tetel credit to quinnie@myresipi.com
Bahan-bahan ( sekeluarga )
• 1 kilo daging tetel - direbus dlm 2 jam utk empukkan daging
• 1 bawang besar *
• 5- 6 bawang putih*
• 1 inci halia*
• 1 sudu kecil lada hitam biji*
• 1sudu besar ketumbar biji*
• 1 sudu besar jintan kasar*
• 1 sudu besar jintan halus*
• 1inci lengkuas *
• 2 buah keras*
• 1 inci kunyit hidup* ( blend bahan*)
• 1 sudu besar belacan **
• 20-30 cili kering **- direbus dulu dan toskan ( blend bahan** hingga lumat...isi sedikit minyak masak utk hancurkan biji cili kering)
• 8 batang serai - diketuk bagi hancur
• 2 sudu besar asam jawa - dicampur dgn air
• minyak tuk menumis, garam dan gula
• 6 helai daun limau purut
• 2 biji tomato - dibelah 6
• 2 biji terung panjang/ bulat - dipotong jgn dibuang kulitnya
• 1 sudu besar kerisik
Cara-cara :
tumis minyak sedikit....agak2 jgn byk sgt...nanti berminyak kuah dia...tumiskan bahan blend * hingga naik bau dan masukkan serai yg telah diketuk tadi...bila dah agak kering airnya tumisan tadi...baru masukkan bahan blend **....masak sampai pecah minyak....macam masak asam pedas biasa.. bila dah pecah minyak...masukkan daging tetel yg telah direbus tadi bersama2 air rebusan daging..sebelum masukkan daging buang dulu minyak2 yg dah beku kat permukaan air rebusan supaya tak berminyak sgt nanti kuahnye...masak sampai kuah didih dan masukkan air asam jawa.....tambah air kalau terasa kurang air.....masak lagi hingga daging betul2 dah lembut...kalau kurang air boleh tambah air lagi... bila dah empuk daging...masukkan kerisik, buah tomato dan terung. masak hingga terung tadi layu atau bertukar warna ..kemudian masukkan daun limau purut yg dicarik2...garam serta gula..rasa kuahnya...kalau o.k boleh tutup api.......siap utk dihidangkan
macam kari pon ader kan..hurmm
oleh kerana ini lah pertama kali encik somi melihat menu ini maka perasaan teruja itu tidak lah ada. makan pun macam pelik jer. well asam pedas? sebab bila di katakan asam pedas maka encik somi hanya terfikirkan ikan saja. kali ini bila di buat asam pedas..wahhh...macam errr....sedap ker? tapi untuk makcik plak cukuplah untuk melepaskan rindu asam pedas itiew. as a beginner sekurang kurang nya makcik trial and error. tak cukup melawan sedap nya masakan orang melaka jadi makcik tanamkan hasrat untuk kesana lagi..untuk asam pedas? jonker walk? owhh tidak...my kasut dan sling bag kat jonker street.. alasan kukuh untuk kembali..hehehehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment