Saturday, July 7, 2012

BELANGKAS

 photo 7e1b258f_zps6ef83e3b.jpgBeberapa ketika makcik memang terasa nak makan belangkas ini. rasa nya keinginan itu pon dah bertahun sejak melihat orang masak belangkas ini dalam tv3. Alhamdulilah rezeki dari ALLAH melalui bapa. Balik dari laut dia terus bagi kat makcik. bukan main seronoknya makcik dapat belangkas ini macam kanak kanak dapat gula gula.  dapat 4 ekor. yang kecik kat atas tu bukan anak iyer tapi si jantan nya. yang besar itu adalah betina nya. bapa tanya reti tak buat nya. makcik dengan confident cakap ok..boleh jer.

 photo 0538f97f_zpsb30a903e.jpgdengan confident menjawab iyer sebab leh tengok cara orang buat belangkas dalam youtube, tapi kan selepas mendapat ilmu dari pak youtube itu, makcik dah tak confident . dah ler modal dalam tu selamba jer menyiang (boleh ker guna ayat menyiang nih untuk belangkas?) belangkas hidup hidup. sedih bebeno lah makcik melihat nya. ishhh. camna makcik nak menyiang nyer sedang kan nak pegang belangkas pon pegang ngan kain. huhhh..tak boleh jadi nih. last last dengan muka kasihan makcik gie rumah mak.suruh mak ajar kan camna nak masak belangkas. cara mak adalah dengan merebus air panas..dan kemudian masukkan belangkas tu dalam air rebusan tu. huhh..this process makcik buat iyer..dengan salawat dan salam ..bukan main lagi bismillah makcik..sedih pon ader (sambil meminta maaf kat belangkas tu). macam kejam jer kan...setakat tu jer makcik mampu buat. lepas tu bapa lak ambil alih ..buang segala toksin yang boleh buat orang tercirit kalau termakan..
 dan part memasak nya plak adalah tugas mak. masakan mak memang terbaikkan walaupun cuma main campak campak jer....part dah jadi sajian lauk tu makcik tak sempat nak snap gambar..cam ilang ingatan sikit bila makan belangkas nih..dan..eerrrrr..babak sedih masa menyiang belangkas tu pon macam lupa terus dari minda bila hidangan dah tersedia.

 tak ramai orang pandai makan belangkas ini..orang kata dia cuma popular di kalangan orang Jawa jer. tapi pada pandangan makcik orang tak gemar makan belangkas ini sebab takut akan tercirit.seperti setengah orang yang ragu ragu nak merasai ikan buntal pada hal orang kata ikan buntal amat sedap. (makcik pon tak berani nak makan ikan buntal dek kerana takut toksin nya tercemar kat badan ikan itu sendiri)

dalam masyarakat orang kita plak  'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. macam belangkas itu akan jadi tak manis jika tidak disertai dengan ikatan yang sah. so..anak anak...jangan lah jadi macam belangkas iyer..elak lah dari fitnah yang akan memberi impact yang kurang baik untuk reputasi kita sendiri.  ohhh..nasihat ini adalah nasihat umum.. makan cili..? Pedas tak?
Terima kasih ALLAH atas rezeki mu ini. Alhamdulilah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...