sewaktu mengisi minyak kereta semalam , a guy tanya adik route untuk ke sungai tujuh imigresen. adik cakap lurus jer..straight straight gitu. makcik senyum jer kat adik sebab mengelabah di tanya mat salleh yang muka nya agak penat dengan beg galas macam budak nak gie sekolah. I wonder gak mana pergi nya beg pakaian nya. memang travel sehelai sepinggang kot. tapi yang tak seronok nya bila adik cakap dia berjalan kaki nak ke pos kawalan itu sebab nak masuk brunei. huh..jalan kaki at 4 petang, kol berapa tah dia sampai. dengan hati yang kesian, makcik nih memang pun asik jer fefeeling kesian kat orang. makcik sapa dia, makcik kata amik lah bas, tak ada makna nya berjalan kaki time itu. jauh giler abt 50 km. dia kata dia tak ada duit, kehausan dan kelaparan, makin lah makcik kesian. makcik pon tak pk panjang terus jer suruh dia masuk dalam kereta dan niat nak antar dia walaupun time itu makcik harus membeli juadah berbuka puasa untuk keluarga di rumah. udah lah terlibat dalam jam yang teramat sangat, borak borak rupa nya dia dari romania. dia kata dia travel around the world sejak december 2011 . dah sekarang travel atas ikhsan orang sebab duit dah abis. tak ada duit dia kerja untuk makan and for tiket. travel naik kapal laut mostly and tido kat bangku atau dimana mana. dia bahkan dah tak tahu rasa enak nya tido di atas tilam. si abang dan adik senyap jer dengar cakap dia. owhh...bau masam mat salleh tu jangan cakap lah kan..masa borak borak tu terpk lah juga what if dia nih pyscho ker, atau penjenayah antarabangsa ker..kan main lagi makcik berdoa dan berzikir dalam hati. cuak lah juga masa itu, tapi nampak muka kehausan dan kelaparan mesti tak ada tenaga nak buat jahat ker aper. minta jauh malaikat 44. otw tu makcik singgah lah ke drive thru macdonald, beli kan dia burger beef with 3 slices of cheese dan 2 botol besar air mineral. bila kita kata kita orang fasting, yang best nya masa dia buka makanan tu terus tak jadi nak makan. cuma minum air coke tu sekali sip sahaja. kesian lah makcik tengok dia. tak leh bayang kan kalau my family travel dalam keadaan camgitu. yes makcik antar dia terus ke border malaysia dengan berbekal kan 20 ringgit untuk dia. dah 20 ringgit makcik belanja untuk tol ke sungai tujuh. dalam percaya tak percaya itu rasa nya 20 rm dah cukup untuk belanja dia kot. pepandai lah dia cari cara untuk survive nanti.
masa drop him tu dia kata santarina, thank you so much, i wish you all the best and happy in you life. makcik balas kata kata dia dengan doa dia juga akan menempuhi perjalanan yang lancar untuk ke brunei. dan harap ada orang yang sudi menolong mengantar dia ke brunei. kalau berjalan kaki tu meraser lah tengah malam baru sampai ke kuala belait.
sampai rumah dekat nak berbuka puasa dah. bapa dah masam muka, mak buru buru masak. dalam membebel sebab lewat balik tu, makcik explain yang makcik dah buat kebaikan hari ini, dari membebel tu terus mat salleh tu jadi topik kita orang, sampai mak cakap, naper tak nak bawak gie rumah, suruh mandi, bagi makan, bagi tido..adoyai mak...camna nak bawa lelaki masuk rumah, harus jer jadi umpatan orang. sampai ke malam mak dok kenang omputih tu..kesian kesian kesian. see...ruper nya makcik warisi sifat kesian tu dari mak. and yes makcik rasa makcik adalah santarina semalam..am proud of myself kerana telah buat kebaikan untuk yang memerlukan walau tak besar mana pun. dan bangga sebab anak anak makcik turut rasa simpati n sanggup nak tolong omputih tu.
itu hal semalam. tapi ahad lepas on the way nak gie bazaar ramadan tersinggah kat kedai kucing nih.. tak ada plan langsung pon just "TER" sajer.. alalla dah tersinggah tu, tegor lah kucing kucing kat situ, yang tak besh nya makcik terpaut hati plak dengan si comel ini yang makcik pegang belai sekejap.. sekejap tu..alalalala..si comel nih plak cam nak minta bawa balik jer. okeh..terpaut terus bawa kucing nih balik, punya lah mak membebel dengan makcik..owh btw suka plak makcik bila mak aji esah address me as makcik k..tiada kena mengena dengan datuk k laki si siti tu yer.
mak dah awal awal cakap tak nak jaga kucing nih kalau makcik outstation. alalalala.sedihnya hati makcik. nampak nya makcik kena cari new home for her, si comel yang makcik panggil intan.
baru jer 3 bulan..comel manja..2 malam tido sekatil ngan makcik,
aksi tengah tengok tv
udah penat tengok tv ..tertido lah plak...shud i give away?
No comments:
Post a Comment