Sunday, July 1, 2012

AYAM PANGGANG

Kesian pula makcik dengan si bongsu yang asyik kena paksa makan ikan. kali ini makcik masak ayam panggang rempah lima untuk dia. memula bersih kan ayam tu buang apa yang patut. Kerana hari ini makcik masak ayam panggang jadi untuk nasi nya makcik buat kan nasi ayam pula. dah bersih kan ayam tu, potong mana yang tak berkenaan untuk dibuat sup ayam kosong (tak perlu banyak isi ayam .makcik ambil kan kaki ayam dan sebahagian yang tak best untuk sup).

 photo 83297325_zps7d5dce93.jpg lemak ayam pula makcik panaskan untuk mencairkan lemak itu sebagai minyak untuk di masukkan kedalam nasi ayam. lemak ayam adalah rahsia besar yang perlu anda semua ketahui untuk menyedapkan nasi ayam selain bau harum dari pada daun pandan yang dicarik. 
 photo 8812d1b7_zps7e930a0c.jpg
kepak ayam yang menjadi favret makcik..tak leh sangkal yang berlemak dan berminyak itu lah tetap menjadi pojaan hati makcik. ggrrrrr

 photo 08ce6217_zpsf968cee7.jpg
3 ekor ayam yang udah siap di perap. dah siap cuci ayam tu toskan air nya kemudian di lumurkan  dengan rempah lima @ five spices yang biasa orang buat untuk masak itik. lumur kan juga dengan garam dan lada putih, dibahagian dalam dan luar kulit sehingga sebati. perapkan selama 2 atau 3 jam. kalau tak sempat nak lama, perap jer anggaran 1 jam. 

 photo 013e8ec6_zps0219e2c7.jpg
yang ini setelah di celurkan didalam air mendidih selama 5 - 8 minit saja. kemudian di sapukan dengan maltose yang telah makcik campurkan dengan sedikit air panas. fungsi maltose adalah untuk mengilat kan badan ayam. sepatutnya di gantung untuk mengeringkan ayam tersebut. oleh kerana makcik tak ada tempat pengantungan jadi makcik toskan di atas rendai saja

 photo 82823ebe_zps08fac446.jpg
masukkan kedalam oven dengan keadaan berjaring ? betul ker ayat makcik ini. supaya air /minyak ayam tu jatuh dalam tray . sesekali kita sapu kan juga dengan lebihan maltose tadi seperti kita membuat ayam percik. (teringat plak ayam percik cik yayan kita ~ waduh ..udah telan air liur ler plak) proses ini janganlah lama sangat iyer kerana kepak ayam yang masak kering tak berapa enak untuk di cicip.  ini kepak ayam yang dah siap. lihat lah texture nya.. cicah dengan sambal cili pedas...nyum  nyum

 photo 3967b3da_zps7000e222.jpg
untuk lebihan ayam yang kita tak abis makan plak kita boleh buat kan sos lada hitam , maka jadi lah ayam panggang sos lada hitam...macam tak menarik jer nama nya kan..how about roasted black pepper chicken..perrghhhh cun sungguh..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...