Showing posts with label SUP. Show all posts
Showing posts with label SUP. Show all posts

Sunday, June 9, 2013

SUP BELUT

Dah lama mencari belut. kebetulan sangat ketika bukan misi mencari  terjumpa orang menjual belut di pasar tamu di miri. RM50.00 sekilo, sangat mahal tetapi sebab dah teringin kan beli lah 2 kg. Dari KK makcik mencari belut rupanya tah macam mana terjumpa orang menjual belut hidup di Miri, tersesat mungkin tapi kata si penjual itu belut ini datang nya dari sungai di bahagian sri aman. Jauh juga lah pejalanan belut ini kan.. patut lah harga nya sebegini mahal. nak di jadi kan cerita, makcik bernasib baik sebab tukang jual sanggup menyiang sekali ikan belut ini. melihat belut yang ala ala benda yang panjang itu tak sanggup makcik nak memegang nya ketika hidup. Misi teringin dan teruja nak makan belut ini kerana dillah teringin sangat nak merasa sup belut. Takut plak budak tu kempunan, nanti menyesal plak makcik kalau terjadi apa apa. Minta dijauh malaikat 44.


 photo 20130425_185601_zpsfdb08e2e.jpg

Ini soup belut yang dah siap makcik renih. senang  jer makcik membuat nya. masukkan kedalam periuk nasi (makcik suka masak sup didalam periuk nasi sebab rasanya lebih enak dan daging nya masak lembut, try lah masak soup ayam atau kaki ayam.. oh ya..makcik suka soup kaki ayam..rasa lembut nya agak berlainan dengan kalau kita masak dengan cara biasa - tak rugi membeli extra periuk nasi untuk memasak soup disamping memudahkan cara kita memasak ia nya juga sangat sedap)
oh ya didalam soup ini makcik letak bawang putih, merah , serai dan halia. extra halia untuk rasa yang pedas,  Yang penting didalam soup ini adalah air dari belut itu sendiri, sangat bagus untuk badan  kita. kemudian tabur lah apa apa saja yang kita suka didalam soup kita tadi. sedap u.
 photo 20130425_204041_zpsd071b6a8.jpg

nah..ini lah dia selepas abis sampah sarap masuk perut...lastly kita nikmati isi belut itu sendiri. kalau terjumpa kat pasar, why not give a try, sangat bagus untuk kesihatan
 photo 20130425_205544_zpsf78e13c4.jpg

 

Thursday, September 29, 2011

CORN N CRAB SOUP CHINESE STYLE



dah beberapa kali buat sup ini sebab tengok pakcik suka sangat makan sup ini time panas panas..dia boleh habis kan sampai 3 mangkuk..erk...mangkuk sup yang kecil itu ya..bukan yang mangkuk besar..

my version :

bahannya:
1 biji bawang besar - di potong dadu
air rebusan ayam
cream corn - 1 tin - makcik blender sedikit
10 crab stick - potong kecil dan uraikan( picit kan supaya ia jadi halus halus)
Chicken stok cube
lada/garam
tepung jagung - secukupnya - samada hendak pekat atau cair..
1 biji telor - di pukul

potongan cili + air limau kasturi + kicap manis + kicap masin..gaul sebati ~ siap untuk dimakan bersama sup jagung

tumiskan bawang besar sehingga wangi. masukkan air rebusan ayam dan masak sehingga mendidih( kalau tak ada air rebusan ayam) gunakan air biasa dan rebuskan sehingga mendidih. Masukkan chicken stock (kalau buat sikit) letak 1 kuib, kalau buat banyak letak 2 kuib ayam. masukkan cream corn yang telah di belender, biarkan mendidih, masukkan crab stick. biarkan mendidih. masukkan garam/lada. rasa kan sesuai kehendak anda. masukkan tepung jagung, dah pekat..pekatkan telor tutup api.. sedia untuk di makan. (kena makan panas panas untuk rasa yang enak. paling sedap dimakan dengan potongan cili.

Tuesday, August 17, 2010

SAMBAL STEAMBOAT

Try lah resipi ini..

20 biji cili merah/hijau - (kurangkan jika tidak suka terlalu pedas)
6 ulas bawang putih -
1 sudu minyak bijan
3 sudu besar sos ikan
air limau kasturi atau cuka makan
air masak
gula

semua bahan ini diblend (kecuali air perahan limau kasturi) sehingga halus dan tidak nampak biji cili lagi. Masukkan air limau dan perasakan pedas manis nya..keep in peti sejuk.

YONG TAU FOO



Teringin benar nak makan Yong Tau Foo versi berkuah ini tapi makcik memang tak suka dengan sos yang manis ala ala yang di jual kat Sogo Food COurt sinun. Tak boleh nak masuk dek tekak. So makcik cipta sos sendiri

Bahan-bahan

segenggam cili kering - di buang biji - cuci
gula melaka atau gula apung
bijan di goreng tanpa minyak
1 sudu besar or kecil garam ( terpulang pada anak tekak masing masing)
4 cm belacan
3 cawan air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
Sedikit Kicap manis (atau kicap soya which ever yang ada kat dapur)
sedikit bawang putih - anggaran 8 ulas
sedikit bawang merah - anggaran 6 ulas

Cara-cara
1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang sederhana kecil .setelah naik bau angkat dan blend cili kering dgn air (sederhana banyak) . masukkan belacan , bawang merah , bawang putih, gula melaka dan blend lagi sehingga halus.

2. masakkan bahan kisar tadi didalam periuk dengan tambahan air sebanyak 2 cawan.

3. setelah mendidih, masukkan kicap manis or masin - untuk menghitam kan sos tersebut. biarkan mendidih sebelum memasukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

4. masukkan garam dan tambahan gula(jika anda suka manis).

5. Untuk hidangan Yong Tau Foo - saya cuma celur kan kangkong, sedikit fish ball dan sausage dan juga brokoli. Angkat dan toskan. letak dalam pinggan. Curahkan sos Yong Tau Foo, Taburkan bijan diatas sos Yong Tau Foo. Enak di makan panas panas.

Lebihan sos boleh di simpan didalam peti sejuk



jemput makan

Wednesday, May 26, 2010

SUP KETAM BERSAMA TAHU



SUP KETAM BERSAMA TAHU

1/2 mangkuk carikan isi ketam
1 biji tahu lembut
1 biji cili padi - di hiris nipis
1 inci halia - di hiris halus
2 ulas bawang putih - di hiris halus
4 ulas bawang merah - di hiris halus
1/2 kuib chicken stock
serbuk lada putih jika suka
2 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

panaskan kuali dengan minyak yang sedikit saja dan goreng kan bawang merah, bawang putih , cili padi dan halia. goreng sehingga wangi. masukkan air. masak sehingga mendidih dan masukkan isi ketam dan tahu. masak lagi sehingga mendidih. masukkan garam, chicken stock dan juga serbuk lada putih ( jika suka) perasakan sup. akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. tahap kepekatan terpulang lah pada kehendak masing masing

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...