Semalam adakan rumah terbuka lagi. with 1 day notice.. Ini kerja my bapa kesayangan lah. sajer nak suruh makcik pengsan , bila makcik membebel boleh plak dia kata ini pahala.. aiseh.. tapi sebab bapa yang bagi arahan dalam rasa malas dan kepayahan tu kena turut kan juga kan. rumah terbuka ini konon nya untuk segelinter jemaah surau sebab ada sorang ustaz nih belum beraya ke rumah. makcik anggarkan sekitar 20 orang atau kurang tapi mak aiii lebih 50 orang yang hadir. makcik rasa macam nak pengsan. tak terlayan dengan jemaah perempuan , pastu kena keluarkan pinggan extra *thinking lepas nih bersinsing lengan lah makcik membasuh dan mengemas..
nasib baik lah ada pelbagai menu makanan.. antaranya makcik wat grilling kambing, daging and sotong. selain tu main dishes makcik buat steamboat .ayam masak dalam buluh pon ada..ada ulam ulaman..ada kek..kiranya selagi ada benda kat dalam dapur tu makcik keluarkan..macam terkejut beruk lah juga bila tengok jemaah yang ramai. dalam nervous tu bersyukur juga. alhamdulilah sudi juga mereka datang ke rumah kami.
oh ya..ini rumah terbuka ke4..sebenarnya makcik dah sangat penat memasak. macam semalam makcik buat sendiri.. anak anak dah balik. si bongsu ke johor untuk pertandingan memanah. just imagine lepas setting meja sebelah tengahari i only have couple of hour before isya untuk sedia kan semua menu. sebelah pagi nya selepas menghantar encik dahling ke airport makcik pergi membeli belah..oh yes nak di jadikan cerita kereta plak buat hal..boleh plak battery kong di tengah makcik sibuk berkejar dengan masa. cabaran betul di waktu puasa ganti nih.
antara menu..bersusun jemaah untuk menu ini..the rest of the menu tak tergambil gambarnya, ini pon sebab makcik share ngan puteri lilin kat muazam sinun kalau tak..tak terambil gambar scenery semalam.
ini makcik buat hari ni. Air kulit kayu manis bercampur epal hijau , daun pudina dan sedikit nenas. Untuk mak plak makcik skipkan nenas. makcik rebuskan air kulit kayu manis , biarkan sejuk dan kemudian letak hirisan epal, daun pudina dan nenas.
masukkan kedalam peti sejuk. biarkan sejuk sambil ia nya blend serasa bersama gitu..
ohhhh..yes..cant wait untuk try sewaktu berbuka puasa nanti.
No comments:
Post a Comment