Tuesday, February 7, 2012

Bebel lagi


Okay..agak agak tajuk kat atas menandakan makcik dah ke fasa nak menopos tak. huhuhu..banyak lah garis garis kedut kat muka makcik nih kan sebab ada jer yang tak betul. ada jer yang nak kena bebel. .kena cari jenama lain plak untuk ilangkan kedut kedut dan garis garis kat muka ini. Jangan lah sampai ke sudah macam ini ..tak sanggup makcik.. Lately banyak benda terjadi didalam kehidupan makcik, yang baik, yang tak baik.. yang mengecewakan makcik atau yang mengembirakan kehidupan makcik dan keluarga. Kali ini kami di beri ujian lagi . Mungkin ada hikmah nya ALLAH nak tunjukkan kepada kami. Tahun 2010 dapat kami tempuhi dengan sabar dan redha..diujung tahun 2011 pulak datang lagi ujian untuk kami, samada ia nya musibah atau rahmat ALLAH untuk mengukuhkan jalinan hubungan makcik dengan pakcik kerana tanpa sedar ada perkara yang masing masing rahsiakan dan bila ia nya terbongkar jadi lah keadaan rasa tanpa di hargai atau rasa bukan orang terpenting didalam perhubungan yang sudah menjangkau berabad ini. Samada masalah demi masalah ini di tangani dengan baik atau makcik dan orang sekeliling makcik berpaling dari terus cuba menyelesaikan nya. Ada satu incident yang berlaku - yang mengingatkan makcik pada lafaz aku janji itu. adakah kami sekarang sedang 'terkena' badi tersebut? Kalau lah benar..tak tertanggung rasanya :(

Kali ini Tetiba masalah kewangan menjadi isu untuk menyelesaikan tuntutan hidup. Ada cara ALLAH berikan kita rezeki nya..dan ada cara ALLAH ambil balik rezeki itu. Nak kata tak bayar zakat, bulan bulan buat potongan gaji. Nak kata tak bersedekah..tak payah sebutlah kan kalau buat kebaikan ini. Kawan bukan orang terbaik untuk menolong kita didalam kesempitan begini walaupun kawan yang sudah kita kenali untuk berabad lamanya. Tidak merujuk kepada sesiapa.. mungkin kepercayaan makcik jadi satu kesilapan besar untuk sebuah persahabatan yang makcik harapkan ikhlas...mungkin ada yang menilai makcik sebaliknya..mungkin harga keiklasan dan kejujuran tidak boleh di jadikan sandaran di zaman ini..tambahan lagi kalau ia nya berkenaan dengan wang ringgit. Tidak lah makcik tahu tapi makcik percaya selagi kita ikhlas, apa yang akan datang kepada kita juga berganda ganda nikmat kebaikkannya. Insyallah. Tentu nya makcik tidak berkecil hati atau terasa sentap bak kata orang sekarang .. Tidak sama sekali kerana makcik percaya semuanya berlaku dengan bersebab. Cuma rasa segan itu buat makcik rasa janggal.  Tidak mahu menyusahkan tapi cuma terdesak, malu jangan katalah kan. Tapi again makcik berbalik kepada tuhan yang maha satu.  Allah tidak memberi rezeki melalui saluran itu  tapi memberi rezeki melalui bahagian yang lain pula. Alhamdulilah, syukur kepada ALLAH. Ada hikmah disebalik semua kejadian. ALLAH kurangkan rezeki itu buat masa ini tapi tambahkan ia di masa akan datang. Insyallah. Itu sebahagian dari masalah kecil makcik untuk bulan ini , seterusnya nak selesaikan masalah door gift, buat cupcakes, cekelet...ehhhh..masalah ke itiew..huhuhuhuu.... Kali ini mungkin  kena berusaha lebih untuk apa yang makcik ingin kan. Walaupun makcik tak berapa nak gemar keluar buat marketing ..huhuhu

 photo 2b0cc75f_zps04937d89.jpg
Terjumpa gambar ini ...kalau lah ...kalau lah dapat  makcik pergi ke masa tersebut..makcik rindu kan kemanjaan , tangis tawa mereka bertiga..hari ini mudah mudahan kasih sayang itu tidak pernah menjadi satu sumpahan seperti si tanggang. Dan Kalau lah dapat makcik undurkan masa, takkan makcik biarkan anak anak makcik melalui fasa kehidupan yang sebegitu ~ sebegini ~ mungkin terlebih kasih sayang. mungkin terlebih kepercayaan membuat anak anak sekarang agak fragile ~ rapuh dalam kehidupan modern.

Hanya doa saja yang mampu makcik lakukan demi kejayaan mereka di masa hadapan, didalam dunia yang terlalu mencabar ini.

 photo ec643e4c_zps58ee244b.jpg sedari kecil si cilik ini hidup bertravelling. membesar didalam kereta. jadi rebutan antara makcik dan mak. argghhh..dan kecil kecil sudah pandai mengacau makcik..bukti nya..sibuk jer nak buat karipap dengan makcik..at 12 yrs old dah pandai sediakan makanan dan masakan tuk makcik ..dan boleh di harapkan memasak untuk tetamu makcik..and makcik teringat dulu tiap kali makcik deman dan tak boleh nak bangun dari katil, dia akan siapkan makanan dan bawa ke bilik makcik. Sekarang ini plak, nan ado..malang lah siapa dapat puteri lilin ini sebab skill masak sudah ilang. kalau di siapkan orang gaji, baik orang tu kawin jer dengan orang gaji..nak jadi kan mak mertua orang gaji..hah...elok sangat lah tu.

sekarang dah besar panjang..semua dah ada acara sendiri, tak nak ikut dah pergi travelling kemana..kalau pergi pun memang kena pujuk rayu berjanji bagai. .sebagaimana makcik rindu kan mereka..macammana makcik tersentuh di kala mereka menguris perasaan makcik. atau sewaktu  rasa di khianati kepercayaan...semoga ALLAH ampun kan dosa dosa mereka bertiga ~ tidak makcik mampu untuk rasa terluka atau terguris hati tapi makcik takut sangat jiwa rapuh makcik akan membuat mereka selangkah ke jalan tak di rahmati. ALLAH ampunkan, rahmati  dan lindungi anak anak dan keluarga makcik. Amin.

ALFATIHAH Buat sepupu makcik DAN  yang meninggal dunia pagi tadi akibat kemalangan pukul 2 pagi. sekarang ini ALLAH tak ambil yang tua jer..muda muda pun senang jer nak pergi. cuma cara kita jer kita tak taw. Kerana itu berbuat baik lah selagi mampu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...