Monday, July 25, 2011

weekend lepas makcik bawak pakcik makan kat chakri imperial palace nun kat klcc..yolah selepas puteri bongsu belanja makan kat situ nak jugak lah bawak pakcik makan kat situ..makk aii..satu pinggan nasi goreng dalam nenas (nasi yang makcik rasa dah masak sedia awal ~ sebab tak panas dan fresh, then sup tomyam mangkuk kecil bersama satu pingan kecil asparagus dan 2 pinggan nasi putih yang sememangnya sejuk... air plak , satu air kelapa, satu lime dan apple jus..harga rm130.05.. harus makcik rasa nak pengsan dengan harga makanan itu..yolah, dah meraser dok makan tempat standard kan dengan suasana nyaman.high class..memang patutlah dengan harga macam tu cuma nya makcik tak puas hati dengan makanan yang sejuk itiew dan service yang lambat(masa makan tu dalam pukul 2.30 petang, orang pun tak ramai) dan lagi ... ..bila teringat balik masa dating ngan putri bongsu dan makan tengahari kat situ dengan order yang berbagai, kena mengaku sedap lah masa itiew ..entah berapa ratus puteri bongsu habis ari itu. segan teramat segan lah makcik. malu toksah nak cakap. lepas ini tak berani lah nak jumpa jumpa kat tempat standard macam tu. Dok kedai biasa biasa jer sudah. Kalau lah puteri bongsu singgah dan baca entri ini..makcik nak cakap makcik minta maaf na, sebab nak jumpa makcik , puteri bongsu kena habis ratus ringgit. Naik segan sungguh makcik nih, Pernah cakap nak bawak Puteri Bongsu keluar makan tapi makcik tak bleh nak belanjer makan kat situ..al maklum lah makcik ni tak mampu, dulu dulu boleh ler ,dok keje lam negeri ini cam payah sikit duit masuk. makcik dah janji nak ajak puteri keluar makan .tapi kita makan tempat biasa biasa jer bleh? atau makcik masak kat rumah bleh tak puteri bongsu...?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...