Tuesday, July 26, 2011

Dengki?

alkisahnya sekumpulan pelajar pusrawi duduk kat kondo tempat makcik tinggal. blok A untuk pelajar perempuan yang rata rata nya bertudung litup, dan blok B untuk pelajar lelaki. Siap ada warden lagi. secara peribadi makcik memang seronok melihat mereka. belajar dan duduk di tempat yang selamat. siap ada security yang ketat lagi tapi malangnya ada yang buat petition untuk budak budak ini keluar dari condo .konon nya menganggu ketenangan mereka sebab mereka buat bising. Pada makcik tak ada nya mereka ini buat bising..mereka tak senang budak budak ini duduk atau mandi dekat pool atau bermain dekat playground, jauh sekali kalau pelajar ini berkumpul buat study group kat bawah condo. kesian juga makcik tengok pelajar ini.. serba salah dan makcik percaya boleh menjejas kan pelajaran mereka. yang sadis nya orang yang tak suka ini cuma segelintir , bangsa sendiri, kiblat yang sama, kalimah yang sama, tuhan yang satu. betul kata chedet..melayu mudah lupa, rasa dah kaya sikit sombong tak sedar diri. orang orang camgini elok nyer duduk dalam hutan.

Monday, July 25, 2011

hari ini bawak puteri lilin makcik ke chowkit...and whatttttttt ?? chow kit..si puteri tu macam meroyan..muka pon macam nak menangis..geli lah..bau lah..yolah kan mana tak berbau dah makcik gie pasar basah nak beli ketam dan udang galah..geram gak makcik..sampai bila lah budak budak sekarang ini asyik nak senang lenang..tempat yang macam tu tak sudi nak pergi. nih kena hantar gie kem balik nih. asyik nak menadah tangan ..AMIN..sajork.

balik rumah makcik masak ketam..dan si puteri tu makan...macam esok tak ada lagi...boleh je makan 2 kg ketam dengan senang hati..
weekend lepas makcik bawak pakcik makan kat chakri imperial palace nun kat klcc..yolah selepas puteri bongsu belanja makan kat situ nak jugak lah bawak pakcik makan kat situ..makk aii..satu pinggan nasi goreng dalam nenas (nasi yang makcik rasa dah masak sedia awal ~ sebab tak panas dan fresh, then sup tomyam mangkuk kecil bersama satu pingan kecil asparagus dan 2 pinggan nasi putih yang sememangnya sejuk... air plak , satu air kelapa, satu lime dan apple jus..harga rm130.05.. harus makcik rasa nak pengsan dengan harga makanan itu..yolah, dah meraser dok makan tempat standard kan dengan suasana nyaman.high class..memang patutlah dengan harga macam tu cuma nya makcik tak puas hati dengan makanan yang sejuk itiew dan service yang lambat(masa makan tu dalam pukul 2.30 petang, orang pun tak ramai) dan lagi ... ..bila teringat balik masa dating ngan putri bongsu dan makan tengahari kat situ dengan order yang berbagai, kena mengaku sedap lah masa itiew ..entah berapa ratus puteri bongsu habis ari itu. segan teramat segan lah makcik. malu toksah nak cakap. lepas ini tak berani lah nak jumpa jumpa kat tempat standard macam tu. Dok kedai biasa biasa jer sudah. Kalau lah puteri bongsu singgah dan baca entri ini..makcik nak cakap makcik minta maaf na, sebab nak jumpa makcik , puteri bongsu kena habis ratus ringgit. Naik segan sungguh makcik nih, Pernah cakap nak bawak Puteri Bongsu keluar makan tapi makcik tak bleh nak belanjer makan kat situ..al maklum lah makcik ni tak mampu, dulu dulu boleh ler ,dok keje lam negeri ini cam payah sikit duit masuk. makcik dah janji nak ajak puteri keluar makan .tapi kita makan tempat biasa biasa jer bleh? atau makcik masak kat rumah bleh tak puteri bongsu...?

Thursday, July 21, 2011

Rezeki Sahabat

gumbiranya makcik hari ini..makan bersama dengan puteri bongsu. walaupun hanya kenal tru net, dan berjumpa few times i know i can trust her to be one of my close good friend. semoga dia sentiasa di limpahi dan di murahkan rezeki, di lindungi dan di beri kebahagiaan dunia dan akhirat. AMIN.

Saturday, July 16, 2011

menghadapi cabaran hari esok walau kita rasa kita tidak mampu untuk melaluinya.
Am damned stress
sedang enak dibuai mimpi dalam kol 1 pagi tadi..about half an hour ago kazen makcik called dengan berita kurang enak. Udak Abu (panggilan untuk my mother lil bro) meninggal dunia with komplikasi darah tinggi , kencing manis dan jantung bersumbat. the package which is known to my mother family side.
I manage to talked to him yesterday, with my instinct yang dia akan 'pergi' dalam masa terdekat. dari sorang susuk yang gagah dan aktif menjadi seorang susuk yang
tak berdaya.

Al-fatihah buat udak abu. Semoga roh nya dirahmati ALLAH dan segala dosanya terampun. AMin.

Thursday, July 14, 2011

scene 1 :- sesi meluah perasaan via telephone
gara gara facebook, suami kepada 4 orang cahaya mata jatuh cinta dengan seorang pensyarah beranak 4 yang mengajar di pulau pinang. Siperempuan tengah menunggu proses cerai dan mereka merancang untuk berkahwin.

mangsa: isteri kepada suami hampeh ini. yang tidak lagi memberi nafkah zahir dan batin dek kemaruk dengan so called educated woman yang juga tengah angau macam cinta monyet.

Masih memujuk isteri untuk benarkan kahwin lagi satu.
alasan si somi ini kerana wife yang dah melahirkan dia 4 orang anak dan dah hidup about 24 years tak educated.

donia donia. alasan sungguh tak boleh di terima langsung

PROJECT CUPPIES Againnnn

Tak jemu jemu mengadap cupcakes.. mana tak naik badan
Projek cupcake . Yang ini chocolate cupcake with ganache.

kat bawah ini plak red velvet. tak tau kenapa tak pernah nak jemu makan red velvet. perhap rasanya yang agak unik di tambah dengan cream frosting yang gempak. huhu..
 photo IMG_7127_zpsdcdba4a4.jpg

ORANGE POPPY CAKE

 photo IMG_7140_zps9e9c0af6.jpg
copypaste from net

kek orange poppy seed (credit to myresipi.com)

3 biji telur diasingkan putih & kuning
1/2 cwn gula pasir- kisar halus
1 1/4 cwn) tepong gandum (ayak bersama 1 teaspoon baking powder
1/2 cwn minyak jagung (minyak masak pun oklah)
2 sudu besar oren sunkist- yg dlm botol tu haa
1 sudu teh esen oren- leh abaikan kalo x dak
setitik/2- pewarna oren kalau ada
1/2 sudu kecil biji poppy- x de masalah kalau x mo boh pun

Panaskan oven.
Pukul putih telur hingga gebu kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit.
Pukul hingga betul2 kaku (diterbalikkan pun x jatuh) baru masukkan kuning telur kesemuanya. Pukul.
Masukkan tepong , gaul. Masukkan, minyak jagung, essen & pewarna oren. Gaul hingga sebati.- part ni gaul guna senduk ja

Masukkan kedlm loyang ataupun papercup .
Bakar dgn suhu 180 deg. C selama 20 mnt ataupun masak kalau guna paper cup.
Kalau loyang- dlm 35-40 mnt-ataupun hingga masak- pepandailah uji sendiri.
Biasanya akan nampak permukaan kek menjadi coklat keemasan menandakan kek dah masak, atau uji ngan lidi -guna api atas dan bawah

KEK WHITE VELVET

 photo IMG_7092_zps86a0f5f6.jpg
teruja ingin mencuba white velvet. And this one is so nice. soft texture and yummy delicious.

White Velvet Cake II By: MARBALET
"A change from the red velvet standard cake recipe."


Ingredients
340 g butter, softened
300 g white sugar
2 eggs
235 ml buttermilk
5 g baking soda
250 g all-purpose flour
3 g salt

105 g butter flavored shortening
224 g cream cheese
500 g sifted confectioners' sugar
15 ml milk

Directions
1.Preheat oven to 325 degrees F (165 degrees C). Grease and flour 2 round 8 inch pans. Sift the flour and salt together and set aside.

2.Cream butter and sugar until light and fluffy. Add eggs and mix well.
Dissolve baking soda in buttermilk. Alternately add flour and buttermilk, beginning and ending with the flour. Pour into two 8-inch pans.

3.Bake at 325 degrees F (165 degrees C) for about 30 minutes, or until toothpick
inserted into cake comes out clean. Cool cake completely before icing.

4.To make the White Velvet Cream Cheese Icing: Beat shortening and cream cheese together. Gradually beat in confectioners sugar. Add milk until a frosting is formed. (Add more milk if necessary.)

selepas ditouch up sedikit.  photo IMG_7104_zpsc4c1c517.jpg

Wednesday, July 13, 2011

Vice Versa

there are two types of people, those who come to us and say, well..HERE I AM!
and those who come in and say, AHH, THERE YOU ARE,

CLASSIFICATIONS

SINCERE UNSINCERE
RIGHTEOUS UNRIGHTEOUS
HONEST DISHONEST

and the list goes on

KEK BUAH MAKCIK KERABU



Kek buah yang mempunyai texture yang lembut. Diolah dari Resipi kek buah bermalam/ kek buah rebus dan kek Dodol

Bahan A
1kg mixed fruits (dibasuh/cuci dan toskan)
Cherry Merah dan hijau - di belah 2
1/2 kg kurma - buang biji dan di hiris memanjang
kekacang (gajus, badam atau kuaci jika suka

450gm butter aNchor - golden Fern
380g susu pekat manis
500ml air
200gm gula perang

Bahan B
2 sudu besar orange sunquick
2 sudu besar baking powder untuk di gaul kedalam A apabila telah sejuk.

Bahan di atas di campur dan di masak dengan api yang kecil sehingga mendidih. tutupkan api gas dan sejukkan. apabila telah sejuk masukkan 2 sudu makan orange sunquick. Biarkan selama 2-3 jam atau lebih. Masukkan baking powder (tujuan nya adalah supaya buah2an yang di rebus tidak jatuh kebawah (mendap)biarkan lagi selama 1 atau 2 jam. (yang ini kita boleh buat satu hari sebelum kita nak memulakan projek membakar.

Bahan C
8 biji telur - dipukul ringan dan di beri 1 sudu teh perasa vanilla
710gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda) kalau tak ada baking soda boleh ganti kan dengan baking powder

Cara:
Pukul telor sehingga rata. masukkan kedalam bahan A yang telah di perap beberapa jam. masukkan tepung yang telah di ayak dengan baking soda.kacau sebati mengunakan spatula.pastikan tepung di gaul dengan rata bersama bahan A. masukkan kedalam acuan segiempat yang telah di griskan. bakar lebih kurang 1 jam atau sehingga masak, sejukkan dan sedia untuk di hidangkan

Thursday, July 7, 2011

Zoo Trip

Dah besar panjang mana mana pergi pun mesti nak melawat zoo.
 photo b_MG_6614_zps87e66623.jpg


 photo bIMG_6406_zpsec97a1a7.jpg
Ini moment masa cuti sekolah lepas. I like them like this sebab mereka akan berkomunikasi bersama. kalau kat rumah memasing buat hal sendiri. Tak terasa mereka cepat membesar. Semoga kehidupan mereka sentiasa dalam rahmat ALLAH. Amin

CUPPIE Again


In the world of cuppies..ishhh

 photo bIMG_6829_zpsff659aaa.jpg

 photo bIMG_6750_zps70138f34.jpg
Orange cupcakes with zesty orange butter cream filling. Amik idea dari makan icing di Bisou

 photo IMG_7113_zps8101ab56.jpg
Red velvet With cream cheese frosting

Indah Khabar dari rupa

The talked over the net. Macaroon
Test like sugar (Main ingredient white egg and sugar) .. and sungguh tak berbaloi bayar harga yang mahal untuk makan gula. (sebab makcik tak berapa nak makan manis manis nih)
 photo _MG_6634_zps87b7f808.jpg
Kalau tak silap makcik kena bayar rm18 untuk banyak nih jer.

 photo _MG_6631_zpsba69ac5b.jpg

 photo IMG_6660_zpsa5a2952a.jpg
Zest orange cupcakes at bisou rm5.00 per piece. Suka dengan icing dia yang sedap but not the cake.

 photo IMG_6661_zps97af81c1.jpg
Chocolate and red velvet cupcakes at bisou. Very frustrated with the taste. Indah khabar dari rupa.

TUDUNG SAJI

Sesuatu yang baru makcik pelajari di usia yang meniti senja.
 photo 4_zpsfcc4fe4c.jpg
Step 1
 photo 1_zps324d7f5d.jpg
Step 2
 photo 2_zps8c8d59b5.jpg
Dah siap
 photo 3_zps6da51dd1.jpg

Corak songket
 photo 6_zpsb298a175.jpg

Red and white  photo 5_zps09a9b6b9.jpg

Perlu kesabaran yang tinggi. Juga masa yang dahling kata “membuang Masa”

Tuesday, July 5, 2011

KUCING KU

Semua ini Kucing makcik. Malangnya kerana tidak terjaga dan terpelihara I had to sent them to new home. last 2 weeks sempat melawat mereka. Suka tengok mereka di jaga dengan baik. Dalam keadaan sihat sejahtera. Dan cemburu sebab sekarang makcik tak ada kucing yang segebu begitu.

 photo b02012009352_zps10701945.jpg
Ini Zola

 photo b02012009351_zpsef330ffb.jpg
Ini Zola dan mimi

 photo b02012009354_zps7be16852.jpg
Ini pula shasha

 photo b02012009356_zpsa428ee0e.jpg

 photo b02012009355_zps48b7835c.jpg
kadang kala benda yang kita sayang kita terpaksa lepaskan untuk kebaikan mereka sendiri. No matter how hard its is , no matter how sayang kita pada mereka, one day we have to let go.

MALAYA STEAMBOAT

Bila terbaca kat paper tentang kewujudan Malaya steamboat restaurant nih, bersungguh makcik usha nak lepak kat sini. Akhirnya merasa juga makcik makan kat restaurant yang sungguh nyaman suasana nya after few month of "merisik khabar". hopefully the owner akan mengekal kan suasana yang sebegini bersih untuk jangka masa yang panjang.
 photo bIMG_6261_zps92a5f063.jpg


Banner kat atas tu khas untuk yang suka berkarakoke

 photo bIMG_6264_zpsf3ea0142.jpg
Pelayan tengah tunggu pelanggan. Nice place . very cozy

 photo bIMG_6265_zps959852b8.jpg
Ada menu lain.. buffet eat all you can
 photo bIMG_6188_zps43d01b77.jpg
Malangnya seafood tak berapa nak fresh
 photo bIMG_6216_zps504426cf.jpg

 photo bIMG_6187_zps1330773a.jpg

 photo bIMG_6197_zps9926e1a0.jpg
The soup sedap..sambal pun sedap.. semua sedap kecuali seafood tak fresh

CHOCO AGAIN

 photo IMG_7006_zps642d45ce.jpg
hari ini buat chocolate lagi. order dari kawan. this will be the last order sebab stock chocolate dah abis. punyalah mahal chocolate compound kat sini tak sanggup makcik nak beli. kalau kat kl baru jer dalam rm15 yang good gred tapi kat sini di bumi bertuah ini, harga satu bar untuk jenama yang tak berapa nak ok dah dalam 25 ringgit. Payah nak membisnes macam ni.

 photo IMG_6987_zpsa93707d4.jpg

sambil sambil tu sempat plak buat paceri nenas. teringat kat daHling yang suka makan paceri nenas. so my lunch today makan nasi putih + paceri nenas.

Saturday, July 2, 2011

Motor Part 1

Daddy said this one


Anak bertuah seorang nih nak yang ini. Insist, Paksa, Ugut..apa apa ayat yang boleh di guna pakai untuk dapat kan yang ini.
 photo bIMG_5877_zpsf0519d26.jpg
Nak kaler biru ini.. dan dah meronda ronda kat kedai motor. Kes berat ni.Daddy said NO. Makcik plak say No No and Yes. Yes untuk tempoh masa
 photo 6c02ad49_zps8ede6ee4.jpg
Si kecik plak berangan angan nak beli ini. Hoccay this one next next year. selamat lah makcik coz baru berumur 14 tahun kan..
 photo ce564e5a_zpsc9f12880.jpg
Yang jelas sekali makcik tak suka anak anak main motor nih. esp kalau dah bergeng geng naik motor. sungguh makcik risau dengan kemungkinan yang tak elok. negatif kan makcik.. itu lah perasaan seorang ibu.Dengan pelbagai alasan do and donts, and to cut short the debates at last makcik cakap tahun depan cerita bab motor ini. Huh…anak sekarang demand tak henggat.

OREO CHOCOLATE

menajam kan skill bermain dengan coklat.
Thumb up for good gred chocolate added with pieces of oreo. Yummy.

 photo d8d194b7_zps42a77e41.jpg

 photo 57bd3862_zps091d7dd9.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...