makan hati sungguh makcik duduk tempat baru ini. mana tak nya, tak ada kerja, dok rumah ,jaga makan minum pakcik..and yes dengan kata lain makcik kat sini menternak lemak. sungguh tak best. Dua minggu lepas makcik berjinak jinak dengan kegiatan KEMAS..belajar kraftangan dan memasak tapi ya ampun..bab menjahit memang tak leh nak masuk link. dengan mata yang dah tak berapa nak melihat dengan jelas, makcik rasa menjahit tak sesuai langsung. pendek kata tak minat lah .
Dekat sini makcik tak ada kawan. internet pon kekadang jer lepas tu pon kalau anak makcik balik dari kampus boleh ler menyendeng sesekali.
kekadang makcik tertanya what will happened next in my life. dengan segala what so called kemewahan yang ada makcik tinggal kan untuk menjalani hidup yang baru kat tempat yang penuh cabaran, dengan keperitan, dengan masalah kewangan yang tak pernah nak selesai sehingga rasa malu pulak dengan keluarga esp my lil bro. but demi tuhan, ALLAH berikan keluarga kami seorang adik yang begitu perihatin terhadap keluarga nya , terhadap kakak dan abang. dan sentiasa membantu kami ketika dalam kesulitan. dan i will do the same for him . untuk kebahagiaan dia, Insyaallah.
Dan dalam setiap solat makcik , makcik sentiasa doakan kebahagiaan dia, agar dia di pertemukan jodoh yang baik dan juga sentiasa di murah kan rezeki. I love you ucu.
Saturday, May 14, 2011
Monday, May 2, 2011
makcik bertemu dengan seorang wanita cekal, bercerai diusia yang muda dengan anak 2, gigih bangun untuk memajukan diri dan sekarang berada di ambang kejayaan. Bayangkan dengan hanya berniaga di internet beliau boleh menguruskan anak sendirian, menyewa rumah yang cantek, memiliki kereta hasil jualan di internet. Dan mungkin juga pendapatan bulanan nya lebih tinggi dari orang yang makan gaji di pejabat. makcik lihat sendiri tempahan doorgift yang beliau terima, bukan seratus dua, tapi sekali order sampai 2 ribu. Huhh..sungguh Makcik malu dengan diri sendiri kerana keinginan untuk maju sentiasa berkobar kobar tetapi disiplin diri sungguh hancus. makcik betul betul tabik spring pada wanita muda itu dan dia merupakan sifu untuk makcik bangun di kala mengalami saat saat sukar dalam hidup makcik. Dan makcik doakan semoga dia tetap tabah dalam hidup dia, dengan kejayaan juga hasad dengki orang orang sekeliling beliau. ALLAH tetap bersama kita yang sentiasa memohon dipermudahkan jalan, redha dan meminta pertolongan NYA .
Tuesday, April 26, 2011
makcik sedih kerana kawan makcik archie, tengah terlantar kesakitan, dari deman biasa sekarang terlantar kat wad - doktor kata uneven heart beat (after seminggu masuk hospital) dan semalam kena masuk hose dari pergelangan tangan dan di salur ke jantung. itu kata kawan makcik yang sungguh sungguh menangis didalam talipon. makcik sedih sebab tak leh nak melawat dia. how i wish i kat sana. makcik terkilan sebab tak sempat buatkan dia red velvet . get well soon archie.
Saturday, April 23, 2011
YADA yADA
life is hard
walau banyak angka di belakang jumlah sebenar..yang pasti seratus ringgit sekarang macam sepuluh ringgit. A thousand u can spend just in a second hanya untuk beli barang keperluan.
note: keperluan bukan keinginan VS KEMAHUAN... uarrghhhhh..

Friday, April 22, 2011
Drama Queen
tentang seorang manusia yang memang layak menerima segala gelaran pelakon airmata, raja meroyan, raja segala talam. i had enough of her lakonan sejak dari dia belum berkahwin dengan adik aku sehingga sekarang. pandai sungguh memainkan peranan drama sebabak 2 babak dia. lepas kawin adik makcik terus dikongkong terkongkong dan segala macam kong kong or king kong. tak reti aku nak describe pemainan sandiwara perempuan meroyan tahap gila meraban, gila weng song seng..
sampai adik aku dah jalan tertunduk merunduk dan terangguk angguk.
tapi kita ada ALLAH , hari ini dia buat kan adik makcik..esok lusa ALLAH bayar cash on delivery..time tu aku tengok ketawa terbahak bahak.. kijam tak?
nih adik aku pon satu, kalau kat kawasan liputan akal fikiran tak leh klik tapi kalau kat luar kawasan liputan, perkataan cerai ada jer kat mulut.. kira macam sedar diri masalah dah kronik tapi bila jer dalam kawasan liputan...macam dok kat atas awangan. n sejak dia tuduh n jerit kat bapa makcik (tru phone) kononnya bapa makcik bawa laki dia tu berpoya walhal bapa makcik ajak anak dia gie beli ikan bakar kat pasar malam, makcik dah tak pandang lagi perempuan itiew . sorryyyyyyyyyy. adakah patut tuan imam ajak anak dia gie berpoya beli ikan bakar...hey perempuan.. mertua ko tu umur dah 65 tahun. lepak kedai mamak lagi tak reti. kalau dah tak percaya laki sendiri..ko pindah jer kat gua. tak ada sapa pandang laki ko.

Saturday, April 16, 2011
finally
after searching for a month dapat juga rumah. a nice cosy place to stay in. malangnya makcik rasa macam baru berkahwin pula, when u have everything and suddenly you have to start fresh. sukar juga pada mulanya. rindu pada anak anak and rindu pada dapur tempat aku main masak masak tapi kat tempat baru tak mungkin aku dapat nak buat itu semua. oh... ini pun mencuri masa di mall. kat rumah tak ada access internet..tak ada tv juga so aku tak tahu perkembangan orang orang sekeliling. di bandar besar dengan kemudahan yang pelbagai aku memilih untuk tinggal dalam suasana yang remote.
nak cerita juga tentang pemilik rumah yang rumahnya makcik sewa kan itu, sungguh baik hati , Allah temukan makcik dengan seorang pemilik rumah yang sungguh memahami. Terima kasih Allah. ini lah hikmah nya, kalau kita ikhlas dengan orang, ALLAH permudahan perjalanan yang sukar untuk kita semua.

Subscribe to:
Posts (Atom)