Monday, May 2, 2011

makcik bertemu dengan seorang wanita cekal, bercerai diusia yang muda dengan anak 2, gigih bangun untuk memajukan diri dan sekarang berada di ambang kejayaan. Bayangkan dengan hanya berniaga di internet beliau boleh menguruskan anak sendirian, menyewa rumah yang cantek, memiliki kereta hasil jualan di internet. Dan mungkin juga pendapatan bulanan nya lebih tinggi dari orang yang makan gaji di pejabat. makcik lihat sendiri tempahan doorgift yang beliau terima, bukan seratus dua, tapi sekali order sampai 2 ribu. Huhh..sungguh Makcik malu dengan diri sendiri kerana keinginan untuk maju sentiasa berkobar kobar tetapi disiplin diri sungguh hancus. makcik betul betul tabik spring pada wanita muda itu dan dia merupakan sifu untuk makcik bangun di kala mengalami saat saat sukar dalam hidup makcik. Dan makcik doakan semoga dia tetap tabah dalam hidup dia, dengan kejayaan juga hasad dengki orang orang sekeliling beliau. ALLAH tetap bersama kita yang sentiasa memohon dipermudahkan jalan, redha dan meminta pertolongan NYA .

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...