Tuesday, March 12, 2013
CUCUR KURMA
Ini adalah entri tahun lepas juga. Banyak juga gambar yang makcik upload tapi tak sempat untuk dipublish kan. Hati makcik agak sayu ketika ini. Mengenangkan keganasan yang berlaku di Lahad Datu. Siapa sangka di tempat kita boleh terjadi benda benda sebegini teruk. Dengan angota yang meninggal dan disembelih. Begitu kejam nya mereka yang terlibat.
hati makcik sangat sebak bila mengenang kan kejadian kejadian yang berlaku didalam malaysia sekarang terutama nya di Lahad Datu. A tough year untuk malaysia. Dan cabaran besar untuk PM kita. Hari ini kita kehilangan lagi seorang wira , this time seorang tentera. AL-Fatihah untuk Prebet Ahmad Hurairah ~ 24 tahun. semoga roh nya di cucuri rahmat dan di tempat kan dikalangan orang orang yang beriman. AMIN.
Semoga ALLAH melindungi negara kita, semoga ALLAH merahmati manusia manusia yang menghuni negara Malaysia. Jangan lah kejahatan dan kezaliman luar berjangkit ke negara kita. Minta di jauh dari segala bencana.
Mari kita bercakap tentang kurma. Kalau zaman 80an atau 90an dulu nampak jer kurma otomatik kita nak puasa.Ramadan bererti pesta kurma . kat mana mana ader jer kurma. tapi sekarang ini tak kira musim masuk ramadan , tak ramadan pun banyak jer kurma. kat sini of course lah yang yusof taiyob punya very da grand. makcik plak lebih prefer kurma jenama bam. di samping manis yang just nice, kelembutan kurma itu sendiri macam kita makan fresh jer. untuk resipi ini, makcik sms lagi sifu makcik si fiona. tapi katanya dia sendiri tak pernah buat cucur kurma ini. tapi with her tips, makcik try and error juga.
kat bawah ini bahan yang fiona bagi :-
tepung beras, serbuk tepung kunyit, garam dan telor
tambah tepung gandum, tepung jagung 1 sudu
makcik blender kan tepung beras, tepung gandum , baking powder , tepung susu anggaran 2 sudu dan tepung jagung sedikit bersama telor dan sedikit air serta buah kurma yang telah di buang biji. (makcik tak masukkan garam dan serbuk kunyit)
di diamkan sebentar sekitar 15 - 30 minute. kemudian di goreng dalam minyak yang panas. api nya jangan terlalu besar takut hangus lah plak .
the taste tak mengecewakan. perhap next time makcik tak perlu blend kurma . cukup hanya dengan membuang bijinya dan goreng secara menyadur tepung kat kurma. good idea from fiona. thanks fifi.
mengakhiri senaman jejari makcik ini, makcik nak doakan kesejahteraan dan keselamatan serta kebahagiaan dila. Makcik harap semangat nya terus kuat dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini. Jangan pernah bersikap negatif untuk sesuatu yang berlaku. Disebalik kepahitan itu ada kemanisan yang tersembunyi. Makcik kagum dengan dila yang sanggup menjaga ayah nya. Memendam kedukaan seorang diri adalah sesuatu yang tak mampu di lakukan oleh semua orang. ALLAH uji kita dengan sesuatu kerana dia tahu kemampuan kita menangani nya. Yakin lah setiap yang berlaku ada sinar pelangi yang akan membahagia kan dila. Percaya lah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment