Bagaimana pun perbezaan diantara kuih lenggang dan crepe ini adalah crepe amat lah lembut dan nipis. Untuk yang pertama kali buat nya, jangan lah berputus asa untuk mendapatkan crepe yang nipis dan cantik. Perlu 2 atau 3 keping crepe pertama masuk dalam tong sampah untuk melihat crepe seterusnya licin dan cantik.
Manakala kuih lempeng aka kuih ketayap lenggang tebal sikit pon tak per. Inti nya boleh juga dari sambal yang pedas, sardin dan yang jenis manis macam kelapa parut tu.
Untuk Crepe ini makcik compile kan Pelbagai jenis resipi yang ada di alam maya. makcik telah cuba dua tiga jenis resipi yang ada dan pendapat makcik resipi yang menggunakan pelbagai jenis tepung memberi rasa yang berbeza dengan resipi yang hanya menggunakan sejenis dua tepung. Di sini makcik hanya melenggang crepe dan membuat lapisan demi lapisan dengan membuat inti kastad. Pelbagai filling boleh kita letak, ikut suka kita nak yang macam mana.. Cubalah..its fun to melenggang. Resipi di bawah ini adalah dari blogger blogger yang terkenal dan credit untuk mereka semua.
Resipi Menggunakan 1 jenis tepung
DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE – via fromintankitchen.blogspot.com
By : Fatmah Bahlawan Rujukan : Hesti
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau
Satukan semua bahan di atas di dalam bekas.Kacau rata Masukkan dalam blender dan kisar.Kemudian tapis Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat Panaskan hingga kuali benar-benar panas.Oleskan sedikit minyak pada kuali Kemudian kecilkan api.Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe.Adunan tak perlu di balikkan Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat Buat sehingga habis.Biarkan sejuk.
Durian Filling By: Nia Kurniasih Rujukan : Hesti
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya Letakkan isi durian Tutupkan semula dengan Whipping Cream Lipatlah crepe Kemudian simpan dalam peti ais sebentar Enak di hidangkan dingin
Resipi Menggunakan 2 jenis tepung
Crepe via http://kakzusemanisgula.blogspot.com/2012/10/durian-crepe.html
BAHAN BAHAN
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur
500 ml santan ~ kkzu gune 1/2 biji kelapa parut di ambil santannye ~ kalo tak kose nak blender @ perah gunakan jek santan dah siap tuu. Fungsi santan akan menjadikan lempeng elastik , mudah nak di angkat dan tidak mudah koyak.
1/ 2 sudu kecil garam
1 sudu kecil paste pandan ~ untuk kaler hijau @ kaler yang di sukai tetapi yang pemesnye kaler hijau pandan dan kuning.
1 sudu besar butter di cairkan ~ fungsinye akan menjadikan lempeng berkilat dan tidak melekat di kuali dan tidak perlu di sapu minyak pada kuali non stick.
2 sudu besar gula halus @ castor
CARA CARA
Satukan kesemua bahan dan kacau hingga adunan sebati ~ masukkan santan sedikit sedikit untuk mengelakkan ianye berketol. Untuk adunan lebih halus masukkan ke dalam blender dan tapis ke dalam bekas. Tak tapis pun takpe eiihhh. Panaskan kuali tidak lekat ~ non stick pan. Sapu sedikit minyak untuk kali pertama aje. Masukkan sesenduk dan ratekan menggunakan belakang senduk seperti ini.@ lenggangkan kuali. Masak hingga lempeng masak dan tidak perlu di terbalikkan. Ulang hingga adunan habis di masak.
FILLING
2OO gm non dairy whipping creme ~ putar hingga kental
Isi durian secukupnye
FILLING CUSTARD
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
Kacau atas double boiler hingga pekat.
250 gm whipping non dairy ~ putar kental * Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik. ** boleh juga durian di gantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin, maka tukar lerr nama nye kepada JAGUNG CREPE / MANGO CREPE.
Menggunakan 4 jenis tepung
DURIAN CREPE – via airtanganku.blogspot.com
RESIPI 1
Bahan2:
50g tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar gula halus
1 biji telur - kacau
40 ml susu cair - saya guna susu full milk
160 ml air
3 sudu kecil mentega - dicairkan
1 sk esen vanilla - lain kali nak kena kurangkan
atau tengok vanilla jenama apa.. :)
Pewarna ikut citarasa - saya guna kuning telur
Cara2:
Ayak tepung terlebih dahulu.Masukkan gula halus,
telur, susu dan air. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan mentega cair.Kacau sebati
dengan whisk atau boleh juga blender.
Kemudian ditapis.Panaskan non-stick pan (saya guna jenis yg leper). Untuk permulaan lenser dengan mentega dan tak
perlu untuk crepe yang kedua dan seterusnya sebab dah ada butter dalam adunan.
Kecilkan api dan tuang satu senduk batter (adunan)
ke atas pan. Tak perlu
diterbalikkan. Masak 1 permukaan je.Adunan
ni agak cair dan agak sukar untuk saya membentukkan crepe menjadi bulat elok
dengan menggoyang2kan pan. Jadi, bab ni
kenalah ikut kepakaran masing2 ye... hihi!
RESIPI 2
Saya hanya membuat separuh adunan dari resipi di
bawah dan membuat sedikit adjustment terhadap adunan tersebut. Ianya menghasilkan 11 keping crepe. Adunan ni
bagi saya sedang2 elok dan mudah dibentuk.
Bahan2:
100g tepung superfine / gandum
50g tepung naik sendiri
15 g tepung ubi
25g tepung jagung
400g susu segar
1 biji telur
2 sudu besar butter cair/minyak
1/2 esen vanilla - saya guna yg serbuk
Cara2:
Campur kesemua bahan tepung.Masukkan susu dan gaul
dengan whisk.Masukkan telur dan esen vanilla.Akhir sekali masukkan mentega
cair. Tapis.Perap selama 1/2 jam.Cara
memasak adalah seperti di atas.
FILLING
Isi durian secukupnya
Fresh cream atau non-dairy whipping cream yang telah
dipukul hingga kental dan bertanduk.
Menggunakan 5 jenis tepung
Resepi Durian Crepe– via http://zachoes.blogspot.com/2012/11/resepi-durian-crepe.html
Batter A:
20g tepung superfine- takde stok, guna tepung hong kong/tepung kek
10g tepung ubi
10g tepung kentang/potato starch
10g tepung kastad
10g tepung jagung
1sb gula kastor ***Ayakkan dalam satu bekas.
Batter B:
1biji telur Gred A
1sb minyak jagung/butter cair - ku guna canola oil
1st esen vanila
80ml susu cair
110ml air masak ***Campurkan dalam bekas lain.
Cara:
1. Campurkan Bahan A dan Bahan B. Gaul rata dan tapiskan.
2. Panaskan nonstick frying pan (ku bedal guna pan biasa saiz 22cm hahaha..) Jika perlu, gris sikit dengan butter/planta untuk elak melekat. Gunakan api tak terlalu besar/kecil.
3. Tuangkan sedikit adunan supaya tak terlalu tebal. Bila menggelembung terus angkat (tak perlu terbalikkan).
4. Biarkan sejuk baru letak inti custard-fresh cream dan durian.
5. Simpan dalam peti sejuk atau terus ngap (macam kitorang tadi).
P/S: Bahagian yang atas nanti terbalikkan masa nak letak inti. Jadi lebih cantik.
5 jenis tepung via credit to http://resipicitarasawan.blogspot.com/2012/11/durian-crepes.html
Durian Crepes
Bahan-bahan - Adunan Dadar
30gm tepung Hongkong
30gm tepung kastard
20gm tepung jagung
20gm tepung ubi
20gm tepung kentang / tepung sagu
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
250ml susu cair - suhu bilik
1 sudu besar mentega cair Pewarna kuning - optional
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, ambil satu sendok kecil adunan dan lenggangkan kuali kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering, tidak perlu di terbalikkan.
3. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
4. Pipekan sedikit whip cream di tengah dadar, letak 1 sudu kecil kastard durian kemudian tutup dengan whip cream.
5. Lipat dadar menjadi empat segi seperti di SINI. Buat hingga habis dan simpan di dalam peti sejuk.
Inti Kastard Durian
250ml susu cair
1 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 biji kuning telur
150gm isi durian Non diary whip cream secukupnya - putar hingga kental (Masukkan ke dalam piping bag)
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan kastard, kisar sebentar hingga isi durian hancur.
Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga menjadi kental.
2. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di isi ke dalam dadar / crepe bersama whip cream.
6 jenis tepung Via http://resepicikguani.blogspot.com/2012/11/durian-crepe.html
Bahan-bahannya:
2 sudu besar tepung pau
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
4 sudu besar tepung naik sendiri
1 1/2 sudu besar gula castor
2 biji kuning telur
1 penutup esen vanila
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam Air
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu teh pewarna kuning lemon
Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental
Cara-caranya: Masukkan semua bahan tepung dan yang lain kecuali mentega cair dan pewarna ke dalam blender. Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk penuh blender. Kisar hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam. (Saya simpan dengan blender2 sekali.. ) Selepas sejam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna, kisar sekejap aje hingga rata.
Panaskan non-stick pan menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Tak perlu terbalikkan. (Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut). Ulang langkah 4 hingga semua adunan tepung habis. Biarkan crepe sejuk..
Bentangkan crepe dengan bahagian yang licin di bawah. Dengan menggunakan plastik piping, pipekan fresh cream di tengah-tengah crepe.
Sudukan isi durian di atas fresh cream Paipkan fresh cream di atas isi durian.Lipat crepe
Menggunakan 7 jenis tepung
via http://spicesjourney.blogspot.com/2012/11/crepe-pandan-durian-7-jenis-tepung.html
3 sudu besar tepung hongkong
3 sudu besar tepung naik sendiri
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
2 sudu besar tepung superfine
2 sudu besar gula icing
2 biji telor di buang talipusat
½ tin susu cair
1 sudu kecil garam halus
3 sudu besar mentega yang di cairkan
2 cawan air
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
Untuk mango crepe guna sedikit oren emulco + pewarna kuning dan jika sukar mendapatkan tepung hong kong boleh di gantikan dengan tepung pau.
Blend kasar air bersama daun pandan dan tapiskan, jangan blend sampai halus nanti terasa getah pandan. Kalau tak guna pandan, gantikan dengan 1 sudu teh vanilla esen .
satu kan semua bahan dan kacau sehingga sebati menggunakan whisker, tapiskan adunan dan simpan didalam fridge selama selama sejam.
Keluarkan dan kacau rata dan boleh lah mula melenggang Panaskan sebentar non-stick pan yang bersesuaian menggunakan api yang paling perlahan, masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau nipis sehingga adunan likat dan biarkan sehingga atasnya masak. Untuk memudahkan melenggang supaya cantik terbentuk bulat, pastikan pan tidak terlalu panas masa menuangkan adunan kedalam pan. Tak perlu terbalikkan masa mengangkat.
Bahan filling
Bahan A
1 cawan fresh milk
Bahan B
2 biji kuning telor
2 sudu besar tepung jagung
¼ cawan fresh milk
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil vanilla extract
Bahan C
300gm non dairy whipping cream di pukul kental
Bahan A dan B adalah untuk membuat custard. satukan semua bahan B dan kacau sebati sehingga tiada yang berkutil. Ketepikan.
Panaskan bahan A dengan kaedah double boiler sehingga berbuih kecil di kelilingnya. Masukkan bahan B tadi dan kacau sehingga pekat. Sejukkan sebentar dan masukkan kedalam fridge selama 3 jam sebelum di gunakan.
Pukul bahan C dan custard (A+B) tadi sehingga kental. Pukul lebih kurang 10 minit. Boleh juga campur sekali dengan 2 sudu besar isi durian jika suka. Untuk membalutnya pastikan bahagian yang licin di sebelah bawah. Letakkkan fresh cream diikuti dengan isi durian atau manga tadi dan letakkan lagi fresh scream di atasnya. Lipat kiri kanan dan atas bawah menyerupai sebuah bantal chomel. Sejukkan dalam fridge sebelum di hidangkan.
No comments:
Post a Comment