Saturday, March 16, 2013

Bendang

Gosh i miss this place. bila lah nak kembali ke sini lagi. I need rainbow.  photo 20130122_100940_zpsa785d6f2.jpg  photo 20130122_100909_zpse6a7ed4e.jpg  photo 20130122_101034_zpsd619539a.jpg

Friday, March 15, 2013

CREPE

Crepe kalau tunjukkan kat opah kita cara membuatnya  memang di kata itu adalah  lempeng. Kalau di tempat makcik di panggil kuih lenggang. Nama lain bagi kuih ini adalah kuih ketayap. Pernah tanya mak kenapa kuih ini di panggil kuih lenggang. Mak cakap lenggang sebab time nak buat dadar lempeng nih kena di lenggang dulu kuali nya. of course lah kuih lenggang aka kuih ketayap ini di varisi intinya dengan gula melaka dan juga kelapa putih yang di parut. tak nak guna kelapa yang tak di buang kulit ari nya . Selain tak sedap memang tak cantek jer inti nya nanti. ok nampak sangat lah pemalas  si pembuat kuih lenggang ni kalau guna kelapa yang tak di buang ari nya. 

Bagaimana pun perbezaan diantara kuih lenggang dan crepe ini adalah crepe amat lah lembut dan nipis. Untuk yang pertama kali buat nya, jangan lah berputus asa untuk mendapatkan crepe yang nipis dan cantik. Perlu 2 atau 3 keping crepe pertama masuk dalam tong sampah untuk melihat crepe seterusnya licin dan cantik. 
Manakala kuih lempeng  aka kuih ketayap lenggang tebal sikit pon tak per. Inti nya boleh juga dari sambal yang pedas, sardin dan yang jenis manis macam kelapa parut tu. 

Untuk Crepe ini makcik compile kan Pelbagai jenis resipi yang ada di alam maya. makcik telah cuba dua tiga jenis resipi yang ada dan pendapat makcik resipi yang menggunakan pelbagai jenis tepung memberi rasa yang berbeza dengan resipi yang hanya menggunakan sejenis dua tepung. Di sini makcik hanya melenggang crepe dan membuat lapisan demi lapisan dengan membuat inti kastad. Pelbagai filling boleh kita letak, ikut suka kita nak yang macam mana.. Cubalah..its fun to melenggang. Resipi di bawah ini adalah dari blogger blogger yang terkenal dan credit untuk mereka semua.
 photo IMG_5909_zpsaeeb9c35.jpg
Resipi Menggunakan 1 jenis tepung

DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE – via fromintankitchen.blogspot.com
By : Fatmah Bahlawan                     Rujukan : Hesti
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas.Kacau rata Masukkan dalam blender dan kisar.Kemudian tapis Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat Panaskan hingga kuali benar-benar panas.Oleskan sedikit minyak pada kuali Kemudian kecilkan api.Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe.Adunan tak perlu di balikkan Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat Buat sehingga habis.Biarkan sejuk.

Durian Filling                By: Nia Kurniasih                    Rujukan : Hesti
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
 Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit

Bentangkan 1 keping crepe
 Letakkan Whipping Cream di tengahnya Letakkan isi durian Tutupkan semula dengan Whipping Cream Lipatlah crepe Kemudian simpan dalam peti ais sebentar Enak di hidangkan dingin

Resipi Menggunakan 2 jenis tepung
Crepe via http://kakzusemanisgula.blogspot.com/2012/10/durian-crepe.html

BAHAN BAHAN
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur
500 ml santan ~ kkzu gune 1/2 biji kelapa parut di ambil santannye ~ kalo tak kose nak blender @ perah gunakan jek santan dah siap tuu. Fungsi santan akan menjadikan lempeng elastik , mudah nak di angkat dan tidak mudah koyak.

1/ 2 sudu kecil garam
1 sudu kecil paste pandan ~ untuk kaler hijau @ kaler yang di sukai tetapi yang pemesnye kaler hijau pandan dan kuning.
1 sudu besar butter di cairkan ~ fungsinye akan menjadikan lempeng berkilat dan tidak melekat di kuali dan tidak perlu di sapu minyak pada kuali non stick.
2 sudu besar gula halus @ castor

CARA CARA
Satukan kesemua bahan dan kacau hingga adunan sebati ~ masukkan santan sedikit sedikit untuk mengelakkan ianye berketol. Untuk adunan lebih halus masukkan ke dalam blender dan tapis ke dalam bekas. Tak tapis pun takpe eiihhh. Panaskan kuali tidak lekat ~ non stick pan. Sapu sedikit minyak untuk kali pertama aje. Masukkan sesenduk dan ratekan menggunakan belakang senduk seperti ini.@ lenggangkan kuali. Masak hingga lempeng masak dan tidak perlu di terbalikkan. Ulang hingga adunan habis di masak. 

FILLING
2OO gm non dairy whipping creme ~ putar hingga kental
Isi durian secukupnye

FILLING CUSTARD
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus

Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental * Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik. ** boleh juga durian di gantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin, maka tukar lerr nama nye kepada JAGUNG CREPE / MANGO CREPE.
 photo IMG_5924_zpsbb1e2484.jpg

Menggunakan 4 jenis tepung 


DURIAN CREPE –   via airtanganku.blogspot.com

RESIPI 1
Bahan2:
50g tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar gula halus
1 biji telur - kacau
40 ml susu cair - saya guna susu full milk
160 ml air
3 sudu kecil mentega - dicairkan
1 sk esen vanilla - lain kali nak kena kurangkan atau tengok vanilla jenama apa.. :)
Pewarna ikut citarasa - saya guna kuning telur

Cara2:
Ayak tepung terlebih dahulu.Masukkan gula halus, telur, susu dan air.  Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan mentega cair.Kacau sebati dengan whisk atau boleh juga blender.  Kemudian ditapis.Panaskan non-stick pan (saya guna jenis yg leper).  Untuk permulaan lenser dengan mentega dan tak perlu untuk crepe yang kedua dan seterusnya sebab dah ada butter dalam adunan.
Kecilkan api dan tuang satu senduk batter (adunan) ke atas pan.  Tak perlu diterbalikkan.  Masak 1 permukaan je.Adunan ni agak cair dan agak sukar untuk saya membentukkan crepe menjadi bulat elok dengan menggoyang2kan pan.  Jadi, bab ni kenalah ikut kepakaran masing2 ye... hihi!

RESIPI 2
Saya hanya membuat separuh adunan dari resipi di bawah dan membuat sedikit adjustment terhadap adunan tersebut.  Ianya menghasilkan 11 keping crepe. Adunan ni bagi saya sedang2 elok dan mudah dibentuk.

Bahan2:
100g tepung superfine / gandum
50g tepung naik sendiri
15 g tepung ubi
25g tepung jagung
400g susu segar
1 biji telur
2 sudu besar butter cair/minyak
1/2 esen vanilla - saya guna yg serbuk

Cara2:
Campur kesemua bahan tepung.Masukkan susu dan gaul dengan whisk.Masukkan telur dan esen vanilla.Akhir sekali masukkan mentega cair.  Tapis.Perap selama 1/2 jam.Cara memasak adalah seperti di atas.

FILLING
Isi durian secukupnya
Fresh cream atau non-dairy whipping cream yang telah dipukul hingga kental dan bertanduk.

  ..  photo IMG_5928_zps17fd3629.jpg
Menggunakan 5 jenis tepung

Resepi Durian Crepe– via http://zachoes.blogspot.com/2012/11/resepi-durian-crepe.html 

Batter A:
 20g tepung superfine- takde stok, guna tepung hong kong/tepung kek
10g tepung ubi
10g tepung kentang/potato starch
10g tepung kastad
10g tepung jagung
1sb gula kastor ***Ayakkan dalam satu bekas.

Batter B: 
1biji telur Gred A
1sb minyak jagung/butter cair - ku guna canola oil
1st esen vanila
80ml susu cair
110ml air masak ***Campurkan dalam bekas lain.

Cara: 
1. Campurkan Bahan A dan Bahan B. Gaul rata dan tapiskan.
2. Panaskan nonstick frying pan (ku bedal guna pan biasa saiz 22cm hahaha..) Jika perlu, gris sikit dengan butter/planta untuk elak melekat. Gunakan api tak terlalu besar/kecil.
3. Tuangkan sedikit adunan supaya tak terlalu tebal. Bila menggelembung terus angkat (tak perlu terbalikkan).
4. Biarkan sejuk baru letak inti custard-fresh cream dan durian.
5. Simpan dalam peti sejuk atau terus ngap (macam kitorang tadi).

P/S: Bahagian yang atas nanti terbalikkan masa nak letak inti. Jadi lebih cantik.


 5 jenis tepung via credit to http://resipicitarasawan.blogspot.com/2012/11/durian-crepes.html

 Durian Crepes
 Bahan-bahan - Adunan Dadar
 30gm tepung Hongkong
 30gm tepung kastard
 20gm tepung jagung
 20gm tepung ubi
 20gm tepung kentang / tepung sagu
 3 biji telur
 1/4 sudu teh garam
 250ml susu cair - suhu bilik
 1 sudu besar mentega cair Pewarna kuning - optional

 Cara-cara :
 1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
 2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, ambil satu sendok kecil adunan dan lenggangkan kuali kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering, tidak perlu di terbalikkan.
 3. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
 4. Pipekan sedikit whip cream di tengah dadar, letak 1 sudu kecil kastard durian kemudian tutup dengan whip cream.
 5. Lipat dadar menjadi empat segi seperti di SINI. Buat hingga habis dan simpan di dalam peti sejuk.

 Inti Kastard Durian
 250ml susu cair
 1 1/2 sudu besar tepung kastard
 2 sudu besar gula pasir
 1/4 sudu teh garam
 1 biji kuning telur
 150gm isi durian Non diary whip cream secukupnya - putar hingga kental (Masukkan ke dalam piping bag) 

Cara-cara :
 1. Satukan semua bahan kastard, kisar sebentar hingga isi durian hancur.
 Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga menjadi kental.
 2. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di isi ke dalam dadar / crepe bersama whip cream.

6 jenis tepung Via http://resepicikguani.blogspot.com/2012/11/durian-crepe.html

Bahan-bahannya:
2 sudu besar tepung pau
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
4 sudu besar tepung naik sendiri
1 1/2 sudu besar gula castor
2 biji kuning telur
1 penutup esen vanila
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam Air
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu teh pewarna kuning lemon

Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental

 Cara-caranya: Masukkan semua bahan tepung dan yang lain kecuali mentega cair dan pewarna ke dalam blender. Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk penuh blender. Kisar hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam. (Saya simpan dengan blender2 sekali.. ) Selepas sejam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna, kisar sekejap aje hingga rata.
Panaskan non-stick pan menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Tak perlu terbalikkan. (Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut). Ulang langkah 4 hingga semua adunan tepung habis. Biarkan crepe sejuk..
Bentangkan crepe dengan bahagian yang licin di bawah. Dengan menggunakan plastik piping, pipekan fresh cream di tengah-tengah crepe.
Sudukan isi durian di atas fresh cream Paipkan fresh cream di atas isi durian.Lipat crepe


Menggunakan 7 jenis tepung  
via http://spicesjourney.blogspot.com/2012/11/crepe-pandan-durian-7-jenis-tepung.html

3 sudu besar tepung hongkong
3 sudu besar tepung naik sendiri
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
2 sudu besar tepung superfine
 2 sudu besar gula icing
2 biji telor di buang talipusat
 ½ tin susu cair
1 sudu kecil garam halus
3 sudu besar mentega yang di cairkan
2 cawan air
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau

Untuk mango crepe guna sedikit oren emulco + pewarna kuning dan jika sukar mendapatkan tepung hong kong boleh di gantikan dengan tepung pau.

Blend kasar air bersama daun pandan dan tapiskan, jangan blend sampai halus nanti terasa getah pandan. Kalau tak guna pandan, gantikan dengan 1 sudu teh vanilla esen .

satu kan semua bahan dan kacau sehingga sebati menggunakan whisker, tapiskan adunan dan simpan didalam fridge selama selama sejam.
Keluarkan dan kacau rata dan boleh lah mula melenggang Panaskan sebentar non-stick pan yang bersesuaian menggunakan api yang paling perlahan, masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau nipis sehingga adunan likat dan biarkan sehingga atasnya masak. Untuk memudahkan melenggang supaya cantik terbentuk bulat, pastikan pan tidak terlalu panas masa menuangkan adunan kedalam pan. Tak perlu terbalikkan masa mengangkat.

Bahan filling
 Bahan A
1 cawan fresh milk

Bahan B
2 biji kuning telor
2 sudu besar tepung jagung
¼ cawan fresh milk
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil vanilla extract

Bahan C
300gm non dairy whipping cream di pukul kental

Bahan A dan B adalah untuk membuat custard. satukan semua bahan B dan kacau sebati sehingga tiada yang berkutil. Ketepikan.

Panaskan bahan A dengan kaedah double boiler sehingga berbuih kecil di kelilingnya. Masukkan bahan B tadi dan kacau sehingga pekat. Sejukkan sebentar dan masukkan kedalam fridge selama 3 jam sebelum di gunakan.

Pukul bahan C dan custard (A+B) tadi sehingga kental. Pukul lebih kurang 10 minit. Boleh juga campur sekali dengan 2 sudu besar isi durian jika suka. Untuk membalutnya pastikan bahagian yang licin di sebelah bawah. Letakkkan fresh cream diikuti dengan isi durian atau manga tadi dan letakkan lagi fresh scream di atasnya. Lipat kiri kanan dan atas bawah menyerupai sebuah bantal chomel. Sejukkan dalam fridge sebelum di hidangkan.


Tuesday, March 12, 2013

CUCUR KURMA

 photo be2b7fc0_zpsa22b506e.jpg

Ini adalah entri tahun lepas juga. Banyak juga gambar yang makcik upload  tapi tak sempat untuk dipublish kan. Hati makcik agak sayu ketika ini. Mengenangkan keganasan yang berlaku di Lahad Datu. Siapa sangka di tempat kita boleh terjadi benda benda sebegini teruk. Dengan angota yang meninggal dan disembelih. Begitu kejam nya mereka yang terlibat.
hati makcik sangat sebak bila mengenang kan kejadian kejadian yang berlaku didalam malaysia sekarang terutama nya di Lahad Datu. A tough year untuk malaysia. Dan cabaran besar untuk PM kita. Hari ini kita kehilangan lagi seorang wira , this time seorang tentera. AL-Fatihah untuk Prebet Ahmad Hurairah ~ 24 tahun. semoga roh nya di cucuri rahmat dan di tempat kan dikalangan orang orang yang beriman. AMIN.
Semoga ALLAH melindungi negara kita, semoga ALLAH merahmati manusia manusia yang menghuni negara Malaysia. Jangan lah kejahatan dan kezaliman luar berjangkit ke negara kita. Minta di jauh dari segala bencana.

Mari kita bercakap tentang kurma. Kalau zaman 80an atau 90an dulu nampak jer kurma otomatik kita nak puasa.Ramadan bererti pesta kurma . kat mana mana ader jer kurma. tapi sekarang ini tak kira musim masuk ramadan , tak ramadan pun banyak jer kurma. kat sini of course lah yang yusof taiyob punya very da grand. makcik plak lebih prefer kurma jenama bam. di samping manis yang just nice, kelembutan kurma itu sendiri macam kita makan fresh jer. untuk resipi ini, makcik sms lagi sifu makcik si fiona. tapi katanya dia sendiri tak pernah buat cucur kurma ini. tapi with her tips, makcik try and error juga.
kat bawah ini bahan yang fiona bagi :-

tepung beras, serbuk tepung kunyit, garam dan telor
tambah tepung gandum, tepung jagung 1 sudu

makcik blender kan tepung beras, tepung gandum , baking powder , tepung susu anggaran 2 sudu  dan tepung jagung sedikit bersama telor dan sedikit air serta buah kurma yang telah di buang biji. (makcik tak masukkan garam dan serbuk kunyit)
di diamkan sebentar sekitar 15 - 30 minute. kemudian di goreng dalam minyak yang panas. api nya jangan terlalu besar takut hangus lah plak .
 photo 90657d8a_zps00f64fc9.jpg
the taste tak mengecewakan. perhap next time makcik tak perlu blend kurma . cukup hanya dengan membuang bijinya dan goreng secara menyadur tepung kat kurma. good idea from fiona. thanks fifi.

mengakhiri senaman jejari makcik ini, makcik nak doakan kesejahteraan dan keselamatan serta kebahagiaan dila. Makcik harap semangat nya terus kuat dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini. Jangan pernah bersikap negatif untuk sesuatu yang berlaku. Disebalik kepahitan itu ada kemanisan yang tersembunyi. Makcik kagum dengan dila yang sanggup menjaga ayah nya. Memendam kedukaan seorang diri adalah sesuatu yang tak mampu di lakukan oleh semua orang. ALLAH uji kita dengan sesuatu kerana dia tahu kemampuan kita menangani nya. Yakin lah setiap yang berlaku ada sinar pelangi yang akan membahagia kan dila. Percaya lah.

Friday, March 8, 2013

SAYUR KELADI

dah lama rasanya tak makan sayur kampung. Antara favourite makcik adalah sayur keladi. tak kira masak lemak atau air. kalau masak gulai dengan kulit lembu pun sedap. err tersangat sedap sebenarnya.
Apa khabar semuanya? Diharap kita semua berada didalam lindungi ALLAH. Kebelakangan ini makcik agak kesempitan waktu untuk membuat hal sendiri disudut kegemaran makcik ini. Bila mana hendak menjenguk di sini, ada saja batasan waktu yang tidak memungkin kan makcik singgah. Ada saja pekerjaan yang perlu di bereskan. wahhh...ayat mengalah kan orang bekerja kat opis yek.

Oraitt back to our menu hari ini, sayur keladi oohhhh sayur keladi sedap di makan ketika panas panas. makcik percaya generasi sekarang kurang lah makan sayuran kampung begini. jangan kata makan, nak pegang sayur keladi nih pon rasa nya tak pernah.
 photo d588462b_zpsd47d2870.jpg

Mari belajar masak sayur keladi 
 photo 346d5cce_zpsc1b927b4.jpg


nak prepare ini lah yang sebenarnya malas
 photo 083f6f55_zps91509566.jpg

sampai hitam jejari makcik..err..idak komplen. :)  photo 6fb47222_zpsb8620254.jpg
Daun ini wajib ada. kalau tak sayur kita macam kekurangan sesuatu. kira ini adalah penyeri nya

okay ini bubur pedas. Pada makcik kalau masak lemak sayur keladi kalau di tambah dengan bubur pedas akan menjadi super duper sedap. Tapi kena cari rempah bubur pedas yang sedap
 photo a50a8f28_zps49fd7a96.jpg


 photo eacce6c1_zps26d51f48.jpg
Ini adalah serbuk bubur pedas yang menjadi pilihan makcik. Time time puasa memang benda ini akan laris di pasaran.

 photo e65c45cb_zps3f5756da.jpg

Udang Salai.

 photo 083f6f55_zps91509566.jpg
Dah siap di cuci bersih keladi kita , toskan sebentar. Rebus kan air didalam periuk. Apabila mendidih masukkan keladi yang telah di cuci bersih. Biarkan layu. Kemudian toskan dan cuci dengan air paip. makcik rebus 2 kali, rebus  kemudian cuci bersih.

Kalau suka buah keladi nih pon masukkan kedalam air rebusan tadi. Masak sehingga agak empuk.  photo 6df53e60_zps791113bc.jpg
Buang air nya. Mak makcik ajar makcik bila masak sayur keladi kena rebus dulu air nya. tujuan nya untuk buang segala ke"gatalan" keladi tadi

Nak masak nya macam biasa,blend kan cili bersama sedikit belacan, ikan bilis atau udang kering, bawang putih dan bawang merah.
Tumis kan bawang yang telah kita blend sehingga naik wangi. masukkan  1 cawan  air bersama dengan keladi yang telah di rebus tadi. Biarkan sampai mendidih.  masukkan asam keping dalam 2 biji dan juga daun daun penyeri *bunga kantan, daun kesum dan daun kunyit.
tambah kan santan dan juga rempah bubur pedas kita. kalau tak ada rempah bubur pedas pun tak apa. tambahkan garam  dan sedikit gula jika suka. Rasakan sesuai lidah kita. Sedap di makan di tengahari.

 photo 418ce614_zps496f064a.jpg
kalau hujung minggu bermenu kan sayur keladi , ikan panggang dan berulam pucuk..huhuhu mau tersandar kita kekenyangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...