Sunday, June 24, 2012

KK TRIP JUNE 2012 - KUNDASANG

Say it di rancang atau tidak tapi travelling pada hari jumaat adalah satu perjalanan yang seharusnya dielakkan jika sudah lepas jam 8 pagi dari Sungai Tujuh. Ini adalah pandangan dari 500m menuju ke feri temburong ~ brunei. Hanya kerana feri kami terpaksa menunggu selama 2 jam. tak taw apa sebab nya kenapa jambatan tidak di bina untuk memberikan kemudahan yang lebih baik untuk penduduk ke dua dua negara. sedangkan sungai itu hanya sepelaung saja. *sigh*
 photo a62444d7_zpsd841b41c.jpg
end of the day kami hanya sampai ke KK setelah 10 jam driving. penat jangan di kira, kami hanya berhenti rehat untuk solat dan mencicip makanan ringan di dalam kereta. Di maafkan kalau makan didalam kereta ketika travelling. :) encik somi bukan lah orang yang suka kita makan didalam kereta. Disebabkan kami mengejar masa dan encik somi bukanlah jenis orang yang suka makan ditempat sebarangan jadi itu juga adalah alasan kuat untuk kruk krak makan snack mamee didalam kereta.
Kami bermalam di KK di Api api centre apartment untuk apartment yang disediakan tempat memasak. meskipun apartment itu tidak lah se selesa di rumah, alhamdulilah pemilihan apartment kali ini agak baik dari yang sudah sudah. Walaupun errrr...errrrrr... makcik tak berapa nak berkenan dengan bilik kecik nya itiew. Untuk sewa rm160.00 semalam...kira oklah kan.  Kalau bertandang ke KK encik somi juga lebih suka kami memasak sendiri jika ada kesempatan, Dengan makanan laut yang murah dan sayuran yang senang di dapati maka malas nak masak tak boleh di jadi kan alasan. satu lagi encik somi ragu ragu dengan orang yang masak kat restoran atau gerai di situ..takut pendatang asing yang duduk kat kampung air sebelah.. ya ampun..encik somi kata demi berjaga jaga..ok.. fine..tak perlu di bahas lagi. alasan yang kekadang masuk akal dan kekadang tak masuk akal..
 photo 7b5301ca_zps608c2986.jpg
Pandangan dari surau tak jauh dari Pine resort. ketika ini sudah pukul 2 petang. agak malang juga kerana cuaca panas kali ini menyebabkan kawasan kundasang tidak lah sesejuk dahulu. tak ada makna nak pakai pakaian tebal lagi dah. :(
 photo 17b851ab_zps35c9936a.jpg
nampaknya kawasan ini sudah membangun. banyak kawasan baru yang diterokai. sesuatu yang baik cuma adakalanya makcik merasakan keaslian sesuatu kawasan itu harus di jaga.

 photo 794e1acd_zps551acca5.jpg
makcik pernah imagine kalau dapat duduk kat kundasang nih lama lama mesti sangat bagus untuk minda dan kecergasan badan. tak perlu fikir apa apa. tapi tu lah kan..bukan semua yang kita hajat tu tercapai

 photo a9f9f41e_zps6bb8c81b.jpg
Di deretan kedai kayu di kundasang ada saja terjumpa bunga ini . Cantek di pandang tapi tak subur di tempat lain.

 photo 10bf2441_zpsa4389e9e.jpg

Jangan lupa membeli tomatoes yang segar dan manis di sini.sebungkus berharga rm4.00. beli 3 bungkus dari apa apa sayur dapat rm10.00. sedap di makan begitu saja

 photo d2514c74_zpsd2ecff9c.jpg
samada betul ker tidak..yang botol putih itu royal jelly, hat yang pekat sikit dari madu hutan dan yang jernih sikit tu dari madu peliharaan. konon nya sewaktu tidak ada harga nya boleh mencecah rm60.00 tapi time makcik pergi harga nya dalam rm20.00. selepas penawaran makcik dapat rm30.00 untuk 3 botol. makcik adalah orang yang suka buat koleksi madu tetapi tidak arif dalam mengenal  madu asli atau tidak. so kalau orang nak tipu makcik..memang part nih makan tipu lah.

 photo a8642642_zpseede2852.jpg
kononya buih buih di atas madu ini disebabkan proses yang tidak berapa bersih dari sarang nya..pun makcik iyer kan sajer..udah nama nya madu kan..

alhamdulilah terjumpa buah cinta. makcik sungguh gembira.abis di borong iyer..puashati sungguh.
yang ini macam tak puas hati jer. sebungkus sepuluh hengget. buah mulberry tu banyak jer kat depan rumah makcik.tak terlayan makck..boleh jer buat duit dengan buah banyak tu.

 photo e2cfe785_zpsae34dede.jpg
heran sungguh makcik buah salak yang di jual kat situ punya lah manis yang sedap. macam manis yang ditaruh gula plak. menyesal tak beli banyak.

 photo 14c9a28d_zpsc71ea14b.jpg
jangan lupa beli buah potong. 3 bungkus rm5.00. cari lah buah limau bali yang tersangat manis dan juga buah jambu air yang manis nya tahap gred A.

 photo d795e27b_zpsf36dca37.jpg
Ini buah cinta...yeahh...mak sukerr


Strawberi Mahal  photo 50324b34_zps52be8f1e.jpg

 photo be6d3c96_zps3506656b.jpg
strawberi lagi. rm30.00. huh..tak ku pandang strawberi yang cinonet itu, nampak tak yang
berbungkus itu...
,  photo 56ac0ca0_zpsc40c3fc8.jpg
strawberi yang di kering kan. 3 biji berharga rm5.00. hurmm..kecuali makcik mengidam baru ada hati nak rembat.kalau idak..tak ada makna nya nak makan strawberi kering itu.
 photo a8fe835a_zps3ba6e521.jpg
diantara sayuran ini makcik bulat kan sambal tepus? batang tepus atau pun batang bunga kantan. rasanya agak pelik sikit tapi boleh lagi di terima selera makcik. sedap jer..laju jer bila di makan bersama nasi.

 photo 75598612_zps47a8803a.jpg

bunga ini kan kalau kat rumah tak ada makna nya nak belek belek. tapi kat sana cantik berseri jer rupa nya. cuaca dan kawasan tanah yang subur memungkin kan tumbuh tumbuhan ini hidup dengan baik. makcik perasan kulit kulit perempuan sabah ini sungguh licin dan halus. suka sungguh  makcik dengan kundasang. tak
mampu nak pergi cameron..ke kundasang jer lah jawabnya.  jika ada kemampuan mari lah bertandang ke KK khasnya kundasang. meski tak sebaik cameron tapi ia nya tetap unik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...