Credit ~ Wikipedia, ensiklopedia bebas
Rumpai laut anggur atau dalam terma saintifiknya; Caulerpa lentillifera adalah merupakan sejenis rumpai laut dari spesies Caulerpa kerana teksturnya yang lembut dan rasanya yang lazat. Juga turut dikenali dengan panggilan Kaviar hijau, "ar-arosep", atau "lato" dalam bahasa Filipina. Rumpai laut anggur atau C. lentillifera ini banyak diternak di pesisir pantai Filipina dan sekitar Kepulauan Okinawa, Jepun. Dimana rumpai ini biasanya dimakan segar dan mentah begtu sahaja sebaik dituai.
rasanya unik. cuci bersih masuk dalam mulut..rasanya macam meletup letup ..ayat makcik mendescribe anggur laut ini. arrghhhh...memang cun. tapi untuk yang takut alahan perut cuci bersih, ambilkan anggur yang bertangkai jer , hiris bawang besar, cili, perahan limau kasturi perasakan dengan garam dan gula jika suka. than perapkan sebentar. ok...makcik dah telan air liur.
yang ini plak agar agar laut. berbanding dengan anggur laut makcik lebih prefer anggur laut. cara masak sebenar agar agar laut ini makcik masih kurang pasti tapi makcik pernah buat 2 versi dengan memasak agar agar tersebut dalam air mendidih sebentar dan toskan kemudian di gaul dengan hirisan bawang dan cili juga dengan makan mentah. makcik prefer di rebus sebentar agar agar ini. kalau boleh jangan lah terlalu "berair" kerabu nya . macam tak kick..itu pendapat makcik lah . so kalau terjumpa benda ini..please give a try.
No comments:
Post a Comment