Sunday, June 24, 2012

KK TRIP JUNE 2012

Trip ke kk kali ini lebih bertumpu  pada makan makan dan rondaan biasa sahaja jesteru kedatangan kali ini tidak di sertai anak anak. Kali ini makcik lebih mengulangi tempat tempat yang makcik suka untuk singgah jika datang ke KK. Kenapa makcik suka KK. Alasan sebenarnya lebih kepada ikan dan laut yang membiru. walaupun makcik tak reti nak berenang. Insyaallah jika anak anak dah ada masa lapang nanti kami akan pergi ke pulau pulau pula.

 photo 71e77111_zps84b1a876.jpg
Pandangan di sebahagian pasar filipine. Disini pelbagai ikan dan sayuran boleh di dapati. Pasar ini menjadi satu kemestian yang harus makcik pergi jika bertandang ke KK. Di bahagian ujung pasar ini pula menempatkan gerai makan yang menyajikan makanan laut yang siap di bakar. Harga nya pon boleh tahan juga. Oleh kerana makcik nih tak mampu nak makan kat luar dengan harga berpuluh puluh ringgit untuk seekor udang, maka nya kalau datang ke KK. makcik akan membawa magic pan makcik dan barangan dapur lain seperti orang nak pergi piknik pula.

 photo e8dbfad6_zpsa7a736dc.jpg
kecik kecik dah budak ini bermain di air laut. mesti terer berenang.

 photo f078c30c_zps2af44c14.jpg
di sini banyak makanan yang jarang kita jumpa di tempat lain. salah satu daripadanya adalah kuda laut kering yang di jual secara berluas luasan. macam kesian plak makcik tengok kuda laut yang hidup cantik di laut di tangkap dan di keringkan. Khasiat? tak taw ler plak makcik.

Tak jauh dari pasar ini ada satu kawasan untuk jualan ikan kering. kekadang harga yang di pamerkan sungguh tidak masuk akal. umpama nya gamat kering boleh mencecah rm650.00 sekilo. huhuhu...tak makan lah makcik gamat kering itu. Ikan bilis pon sama tetapi jika kita pandai membuat tawaran kita akan mendapat harga yang baik.

 photo 4b962479_zps326eda82.jpg

 photo 802d67d5_zps95f4bd68.jpg
Ikan kering ini adalah ikan belut. Nampaknya payah nak jumpa ikan belut fresh seperti dulu. Pasal tak jumpa yg fresh kena beli yang kering .kesian anak yang ingin nak makan ikan belut . Harga yang di pamer kan adalah RM38.00 . itu pun setelah di potong dua.

setelah penawaran makcik dapat ini  dengan harga sebungkus rm15.00. Makcik ambil bahagian ekor kerana lebih banyak isi. bahagian kepala macam tak berapa besh jer.
 photo a3a5c014_zps8fbefa8e.jpg

 photo 0031632b_zps5ec8f935.jpg
pernah makan ikan buntal ? satu ketika dulu ada satu tempat di kawasan kuching yang pandai memproses ikan buntal ini ~ menyiang dan membuang racun ikan tersebut. Jika di buat ikan masin memang sedap tapi setakat makcik yang telah mengisytihar kan tolak batu dan kayu ini tidak lah berani mencuba ikan ini baik yang segar atau yang masin. dan dalam teringin nak mencuba itu masih lagi rasa cuak dan geli nak telan isi ikan ini..tengok lah...bertapa tak cantek nya muka ikan ini.

 photo e9f42f0f_zpsd8400bf9.jpg

 photo 07410b86_zps4c4ecaaa.jpg
yes sir..ini ikan favret makcik. dalam banyak banyak ikan pari, ini juga kali pertama makcik makan ikan pari harimau (nama yang penjual itu cakap kat makcik) sekilo dalam rm7 ~ 9.00. untuk ikan yang fresh dan sedap begini, tak rugi untuk mencubanya. sewaktu di apartment makcik dah try grill ikan ini ,memang rasanya lebih manis dan lembut. tak macam ikan kat tempat makcik..keras kejung jer. satu yang makcik perasan di pasar ikan kk ini adalah jika ikan yang sudah di letak kan didalam ais batu maka harga ikan tersebut akan menurun. walaupun rupa nya agak scary sebelum di potong :)

 photo e7488a05_zps00e3a810.jpg
setelah di potong..siapa yang sanggup menolak untuk makan ikan pari ini..cicah dengan air asam..the best
 photo 72a766bc_zps9f41264c.jpg
ada orang panggil ikan ini sebagai ikan pisang. ikan begini makcik lebih suka panggang ~ salai jer.

ikan ini pon telah di siang.di buang kulit dan tulang. untuk sepiring itu berharga rm5.00. murah jer.
 photo 889215ed_zpsef0c6fad.jpg

 photo cf8127a5_zps8151270f.jpg
ikan yang di pamirkan ini menunggu masa untuk di beli orang. yang berduit boleh lah beli ikan tenggiri yang fresh giler itu. sekilo dalam rm15.00. pun masih murah lagi

   photo 9bb2959d_zps8a0cea77.jpg
di satu sudut ada orang menjual siput. ada kerang giant yang makcik pun tak sanggup nak makan. encik somi kata jangan beli takut red tide. so idak lah berani makcik nak menyentuh nya hatta nak makan sekali pon. tapi dengan harga rm6.00 sekilo masih murah di bandingkan dengan negeri makcik yang mencecah harga rm9.00 sekilo untuk kerang yang biasa saja.

 photo 77a8a7c1_zps98f1826a.jpg
ini pula adalah siput gonggong. belum dapat makcik bayang kan macam mana rupa bentuk siput itu . makcik ada try masak ternyata rasanya agak kenyal dan keras sedikit. tak berapa nak mengoda selera makcik.
 photo 033b0016_zps6aca4382.jpg

Beza kerang ini kan..ramai jer yang pandang lalu..agak agak tak berani nak makan juga kot.

 photo 6ecac681_zpsa944830c.jpg
udang ini dalam rm35.00 sekilo. fresh segar..lepas makan baru tau..sesiapa yang ada darah tinggi kencing manis tu kena berwaspada.

 photo e96679c6_zps3bfb2acb.jpg
ikan ini pon sedap di panggang. tapi yang tak besh nya disebabkan mata ikan ini besar maka air matanya pon banyak keluar kalau di panggang.

kima ~ dari sejenis siput yang makcik sendiri tak bleh nak bayang kan macam mana ianya di beri nama ini.
 photo fe16b711_zps21edf0fc.jpg

 photo 331d3983_zps1c649357.jpg

satu waktu dulu makcik suka makan kima yang telah di jeruk asin tapi lama benda sudah makcik tak mencicip benda ini lagi setelah kematian nenek makcik.sepiring baru berharga 5 hengget tapi makcik menahan diri dari membeli nya. entah kenapa macam was was jer untuk membeli nih meskipun amat tergoda untuk merasai nya.
 photo 6d474532_zps031528cf.jpg

Banyak di dapati di pasar filippine. Rata rata gerai makan di sekitar sini menjual secara terbuka yang dah ready untuk di makan saja. Dari RM35.00 seekor yang besar dan yang kecil dalam rm15.00. Ikut poket dan citarasa kita. mahal untuk yang ada kesempatan untuk memasak sendiri dan tersangat murah untuk poket yang tebal. Dan makcik lebih suka di masak rebus untuk rasa yang lebih manis lagi.
 photo cde8e066_zps5dbefbf1.jpg

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...