Saturday, June 23, 2012

BINGKA KRIM KRAKER

 photo 7e7f9fe2_zps9b2bbce7.jpg
Salam semua.. sudah lama benar rasanya tidak melaku kan aktiviti di dapur . Selepas perkahwinan adik makcik itu makcik sibuk pula ke hulu kehilir, ke sana ke mari..sehingga aktiviti di dapur sendiri tergendala. Dan hari ini makcik dengan semangat berkobar duduk di dapur dengan suhu kepanasan yang kaw kaw untuk membuat kek untuk jiran makcik yang akan membuat kenduri doa selamat ujung minggu ini. dan makcik menyelit sekali membuat bingka kraker yang sudah lama benar makcik ingin cuba yang di tempek didalam blog azlita itiew. Kalau ada kelapangan buat lah bingka kraker ini kerana ianya sungguh senang dan mudah. Makcik hanya masukkan kedalam blender dan blend semua nya sekali kecuali bijan seperti yang di nyatakan didalam resipi ini. Makcik buat 2 adunan menjadikan bingka ini muat cantek untuk loyang 9 x 9. Untuk resipi kali ini makcik guna kan susu fresh milk mengantikan santan konon nya untuk diet..huh..
bingka yang sempoi tetapi enak. makcik terfikir kalau di letakkan susu krimer manis itu memang lebih ummph rasanya. one day makcik akan try. insyaallah

 photo 44088327_zps2bf647df.jpg

BINGKA CRACKERS By : Kh267tm  - credit @ azlita masam manis

Rujukan : AROMA Jun 2012 azlita

Untuk yang tahap kerajinan yang tak seberapa makcik sarankan simpan lah resipi ini kalau belum mau mencubanya kerana ianya akan menyelamatkan hari anda semua satu hari nanti.

20 keping biskut Cream Creakers ~ biskut lemak
85 gm tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 biji telur
710 ml santan atau susu segar
secubit garam
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pandan emulco dan pewarna hijau
1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil pes vanilla
Sedikit bijan untuk tabur atas

Panaskan oven pada suhu 180C
Oleskan loyang bulat ukuran 7 inc dengan butter
Kisarkan semua bahan kecuali, bijan, pewarna, pes vanila dan emulco, sehingga semua hancur

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
Satu bahagian di letakkan pandan emulco dan pewarna hijau

Satu bahagian lagi, asingkan satu senduk dan letakkan coklat emulco dalam adunan yang telah diasingkan 1 senduk tadi.Baki adunan di letakkan pes vanilla

Tuangkan adunan vanilla ke dalam Loyang.Tompok-tompokkan adunan warna coklat di atasnya.Dengan menggunakan belakang sudu buatkan carikkan marble .bakar dalam oven selama 20 ~ 30 minit atau hingga permukaan atasnya keras sedikit .Keluarkan dari oven dan tuangkan adunan bewarna hijau.Taburkan bijan di atasnya.Bakar semula dalam oven selama 45 minit atau sehingga permukaan atasnya keperangan.Setelah masak biarkan bingka sejuk sepenuhnya sebelum di potong.


 photo 7c73e81d_zps7bcd5383.jpg

Cuba ya..semudah a b c

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...