Saturday, February 25, 2012

Kolesterol oooo kolesterol

sibuk nya kebelakangan ini ...amat memenatkan makcik. Baru makcik perasan kawan sepermainan masa kecil adik makcik pakat pakat kahwin bulan feb/march ini.. malam esok ada wedding my kazen, sibuk lah dengan protokol segala.. 2 minggu lepas itu my bro best friend plak..kemudian 2 weeks later my adik menyusul..huh...dah ler semua majlis makcik ni jadi wakil plak.sekarang ini makcik tengah buat doorgift, bekas untuk hantaran dah 80 % siap, gula gula dah separuh sudah di packing, at least kena buat dalam seribu packet, seminggu before wedding nak buat coklat lagi..then cupcake plak menyusul...aiyooo...fuhnat..ini pon macam tak sempat nak buat apa apa...mana nak kena berkejaran ke hulu kehilir untuk ambil budak balik sekolah.

adik birthday 20th february lepas..kesian nya makcik tak sempat nak buat apa apa..dalam fikiran dah budget nak buat kek bertingkat tingkat tapi tu lah nak curi masa tuk tengok bella calamidades pon tak dapat. 3 minggu dah miss bella.nampak gaya tak leh memfollow dulu ..iskkkk
untuk kek makcik beli kan yang kecil jer sebab tak ada orang nak makan..yang kecil ini pon masih berbaki didalam peti sejuk sampai ke hari ini. simple get together sesama sendiri jer..beria ria makcik menyanyi lagu birthday tu...dengan suara ke laut tentunya,

 photo 04e20c35_zps911a35aa.jpg

makcik masak sedikit tak berapa special petang itu.
 photo d2b27d87_zpscf8e1a91.jpg
Udang harimau masak nestum

Kalau kalau rasa teringin  sila lah buat..tak susah nak buat nya..dah cuci bersih udang itu, toskan dan gaul dengan sedikit garam kemudian goreng dalam minyak yang banyak. toskan .
hiris cili padi, bawang putih dan merah. tumiskan bawang sehingga naik baru. masukkan daun kari..dan sedikit tepung kari. gaul rata dan sehingga naik bau masukkan setengah tin atau kurang susu cair. letak sikit garam dan chicken stock. dah rasa nya sedap..masukkan udang..biarkan masak dalam 6 minit..masukkan nestum..

 photo 82ec0249_zps8a780950.jpg
Udang masak nestum ini kena makan panas panas taw.. kalau dapat udang fresh macam yang kat atas tu..memang terasa kemanisan nya..

 photo 46fd7843_zpsfaae5c80.jpg
Yang ini plak lobster yang biasa terdapat di negeri kita. pakcik prefer rebus..dan cicah dengan cili kicap tapi makcik terlebih rajin makcik masak udang ini dengan cili sos. yang ini menyesal plak tak rebus..memang manis...terasa seperti baru keluar dari oven
 photo 9efad32b_zps8d1c5ffc.jpg
Udang kara masak merah.. patutnya makcik buang kepala tapi kan sebab rasa kemanisan itu..sungguh mengoda kalbu..

ok...tahap kolesterol jangan tanya. tangan kaki kalau dah datang penat tu tak terdaya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...