Assalamualaikum, salam pagi jumaat untuk yang sudi singgah. Agak lama menyepi. Seminggu yang sungguh memenatkan. Minggu lepas pada pagi yang sama, makcik berada di rumah saudara makcik - anak nek wa ~ meninggal dunia. Dua hari lepas Shahdan atau Dan kazen belah bapa makcik meninggal akibat accident motor. Kemudian Latipah @ Eput pula menyusul. Tidak lah di ketahui apa sakit arwah walaupun ada ketika nya arwah boleh menjadi agresif bila datang bulan nya . Keluarga nya pula cakap arwah tak sakit apa apa. Alhamdulilah urusan pengebumian sangat cepat dan tidak ada masalah langsung, baik dari segi mandi, penghantaran ke liang lahad. Ruang kubur pula sungguh kemas..alhamdulilah..benarlah kata kata alim ulama, orang teraniaya dan hina di dunia adalah orang yang mulia di sisi penciptanya. Pulang dari kubur lepas mandi sunat segala..pak usop plak datang bawa khabar , pak pawi jiran selang 2 rumah plak tengah nazak. Bapa yang baru jer parking kereta lepas balik solat jumaat terus pergi ke rumah pak pawi. makcik dan mak menyusul selepas itu.. 20 minute after that, pak pawi pergi..meninggalkan kami..at his age of 60. the rest of story mcm biasa..ada pelbagai drama dari yang masih hidup..biarlah menjadi satu yang menginsafkan sesiapa saja. So cerita selepas pengebumian.tahlil dan sebagai nya..makcik lah ala ala paling sibuk..pagi menolong di rumah nek wa, petang plak ke rumah arwah pak pawi..kalau maghrib di rumah nek wa, isya plak berkejar ke rumah arwah pak pawi. macam artis ler plak kan. adoyai..penat tak yah cakap lah..balik rumah terus pengsan. kain baju plak tak berlipat sampai 3 hari..tak per...pahala..kita tolong orang..satu hari insyaallah orang terbuka hati nak menolong kita plak kalau rumah kita ada function.
Sengaja makcik tempek kan suasana ini..kalau pun tidak menginsafkan kita, tapi cukuplah mengetahui satu hari nanti dekat sini lah kita bersemadi. tak kira di kawasan cantik atau di kawasan sunyi dan usang..semuanya sudah di atur oleh pencipta kita.
The final journey arwah pak pawi, alhamdulilah nasib baik terdetik di hati makcik untuk mengarahkan anak anak arwah yang tidak pernah ngam sama sendiri untuk menyambut jenazah bapa mereka ke liang lahad.
Saat untuk mencium tanah ~ dari NYA kita datang, kepada NYA kita kembali.
Sunyi - ketika talkin di baca~ sungguh menginsafkan. semoga ALLAH ampun kan makcik atas dosa dosa yang pernah makcik lakukan dulu dan di permudahkan perjalanan makcik ke alam seterus nya .AMIN
sehari selepas itu makcik gie berurut.. pening, letih , lemah badan..dan mak hajjah tukang urut makcik tu keluar kan benda ini dari badan makcik..macam kayu kecil atau macam duri halus plak.. aduh..kalau ikut tukang urut makcik ini, makcik kena lah pergi berubat...siapalah yang nak dengki dengan makcik? padahal makcik tak pernah nak kacau siapa siapa. :(
Before i go...
ALFATIHAH
SHAHDAN (41) 8.2.2012 - 15 RABIULAWAL @ 2.30 PAGI
LATIFAH @ EPUT (35) 10.2.2012 - JUMAAT - 17 RABIULAWAL @ 4.30 PAGI
PAK PAWI @ (60) 10.2.2012 - JUMAAT - 17 RABIULAWAL @ 2.30 PAGI
Semoga roh mereka di cucuri rahmat , di ampukan kan dosa mereka dan di tempat kan di kalangan orang orang yang beriman. AMIN
No comments:
Post a Comment