Sunday, April 14, 2013

ROJAK INDIA

suatu ketika dulu ketika duduk kat singapore makcik sangat suka makan rojak india kat airport singapore tu. pada tekak makcik ketika itu rojak tu tersangat sangat sedap, sanggup plak makcik naik mrt ke airport singapore dari bukit batuk.  kira nya dalam seminggu ada lah 3/4 kali berulang alik semata mata nak makan rojak india mamak tu.  terliur bila mengenang kan rojak india mamak tu. sedap duh.
 photo P3210127_zps4ee3ea19.jpg
ini plak rojak india versi bapa makcik yang masih cergas memasak. walaupun Dah masuk 6 series ini masih lagi cergas memasak tetapi tu ler ikut mood bapa..sedap tak sedap biasalah kan airmata orang tua yang simple tu lah yang sedap apalagi yang rumit tak yah cakap lah kan mahu bertambah berpinggan makanan makcik..
Versi bapa makcik ini tidak lah sehebat tetapi sekali sekala kalau perkena rojak india ini memang perghhhh tapi tak adalah macam rojak india yang jadi kegilaan makcik masa kat singapore dulu. . mari kita tengok resipi nya . jom .....:)

Kuah Rojak  tanpa kacang tanah

2 Kg keledek orange
1 kg lengkuas - makin banyak lengkuas makin sedap
5 biji yang besar bawang putih
6 ulas bawang merah
3 sudu cili  kering - yang telah di blend. nak guna cili boh pun ok jer

sedikit cuka atau 3 keping asam gelugor
caranya:-
Rebus kan ubi keledek sehingga empuk. kemudian lenyek atau masukkan kedalam blender untuk buat paste nya. masukkan kedalam pot dan masak atas api perlahan.

panas kan 3 camca besar minyak makan. apabila sudah panas tumiskan lengkuas, bawang merah dan putih yang telah diblend halus. tumis sehingga naik wangi. masukkan paste cili kering dan sedikit air. kacau sehingga paste naik minyak.

masukkan paste bawang yang ditumis kedalam pot berisi ubi keledek. renih diatas api perlahan sehingga pekat . masukkan sedikit cuka atau pun asam keping jika tidak suka menggunakan cuka. masukkan gula dan garam. perasakan sesuai rasa tekak anda. make sure kuah kita tak terlalu pekat atau terlalu cair.
 photo P3210130_zps2177187e.jpg
untuk condiment
telor - di rebus dan di belah dua
timun/sengkuang/taugeh (dicelur sebentar)  - di hiris
tahu/tempe - di goreng kering - di potong
cucur udang

Cucur Udang Rangup  - credit MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
3 ½  cawan tepong gandum
1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
2 cawan isi udang kalau tak ada udang letak crabsticks yg dipotong dadu pun ok jer
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)
1 ¼  sudu kecil garam (atau secukup rasa)
½  cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci & tos
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara  Menyediakan:-
Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.
Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata.  Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata.  Habiskan kesemua air & kacau rata. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana. Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar.  Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali . Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah. Bila dah garing, angkat & toskan.

 photo P3210131_zps47b1b331.jpg

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...