Tuesday, April 16, 2013

BEST EVER CARROT CAKE

pernah tak u ols makan kek carrot yang buat u ols rasa nak makan pastu rasa tak nak makan tapi bila ingat nak makan lagi dan lagi dan lagi. Ini lah salah satu resipi yang makcik amik dari blog rima. Credit pada rima of Bisous atoi . murah rezeki rima sharing the best ever carrot cake.  photo P4090197_zps25e37e74.jpg

CARROT CAKE -  credit kepada BISOUSATOI blog

Ingredients
Cake
1 1/2 cups granulated sugar  - makcik kurangkan gula , cuma letak 1 cawan jer
1 1/2 cups oil
4 eggs
2 cups flour
2 tsp baking soda
2 tsp baking powder
2 tsp cinnamon
1/4 tsp salt
3 cups grated carrots, packed
3/4 cup walnuts (optional)
1/2 cup raisins - i added

Icing
16oz (454g) cream cheese - well softened
8 tbsp (¼ cup)(113g) butter, well softened
2 lb (900g) icing sugar
4 tsp vanilla
 photo P4090187_zpsec2836ea.jpg
Instructions
Cake-Pre-heat the oven to 360ºF with a rack in the middle position.
Liberally grease and flour a bundt or tube pan. In a large bowl, beat together the sugar and oil. Beat in the eggs, one at a time.
In a second, medium bowl, whisk together the flour, baking powder, baking soda, cinnamon, and salt. Add the flour mixture to the sugar mix and mix in with a wooden spoon until well incorporated. Fold in the carrots and walnuts (if using).
Pour into prepared pan and bake for 45 to 60 minutes, until a toothpick inserted into the center comes out clean. Remove to a wire rack to cool completely before icing.

Icing-In a large bowl, beat together the cream cheese, butter, and vanilla until light and fluffy. Gradually beat in the icing sugar until well blended  photo P4090190_zps936487ee.jpg

pesan makcik, try lah kek karrot ini . sangat sedap lembut dan lembab. tak rugi mencubanya.

Sunday, April 14, 2013

ROJAK INDIA

suatu ketika dulu ketika duduk kat singapore makcik sangat suka makan rojak india kat airport singapore tu. pada tekak makcik ketika itu rojak tu tersangat sangat sedap, sanggup plak makcik naik mrt ke airport singapore dari bukit batuk.  kira nya dalam seminggu ada lah 3/4 kali berulang alik semata mata nak makan rojak india mamak tu.  terliur bila mengenang kan rojak india mamak tu. sedap duh.
 photo P3210127_zps4ee3ea19.jpg
ini plak rojak india versi bapa makcik yang masih cergas memasak. walaupun Dah masuk 6 series ini masih lagi cergas memasak tetapi tu ler ikut mood bapa..sedap tak sedap biasalah kan airmata orang tua yang simple tu lah yang sedap apalagi yang rumit tak yah cakap lah kan mahu bertambah berpinggan makanan makcik..
Versi bapa makcik ini tidak lah sehebat tetapi sekali sekala kalau perkena rojak india ini memang perghhhh tapi tak adalah macam rojak india yang jadi kegilaan makcik masa kat singapore dulu. . mari kita tengok resipi nya . jom .....:)

Kuah Rojak  tanpa kacang tanah

2 Kg keledek orange
1 kg lengkuas - makin banyak lengkuas makin sedap
5 biji yang besar bawang putih
6 ulas bawang merah
3 sudu cili  kering - yang telah di blend. nak guna cili boh pun ok jer

sedikit cuka atau 3 keping asam gelugor
caranya:-
Rebus kan ubi keledek sehingga empuk. kemudian lenyek atau masukkan kedalam blender untuk buat paste nya. masukkan kedalam pot dan masak atas api perlahan.

panas kan 3 camca besar minyak makan. apabila sudah panas tumiskan lengkuas, bawang merah dan putih yang telah diblend halus. tumis sehingga naik wangi. masukkan paste cili kering dan sedikit air. kacau sehingga paste naik minyak.

masukkan paste bawang yang ditumis kedalam pot berisi ubi keledek. renih diatas api perlahan sehingga pekat . masukkan sedikit cuka atau pun asam keping jika tidak suka menggunakan cuka. masukkan gula dan garam. perasakan sesuai rasa tekak anda. make sure kuah kita tak terlalu pekat atau terlalu cair.
 photo P3210130_zps2177187e.jpg
untuk condiment
telor - di rebus dan di belah dua
timun/sengkuang/taugeh (dicelur sebentar)  - di hiris
tahu/tempe - di goreng kering - di potong
cucur udang

Cucur Udang Rangup  - credit MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
3 ½  cawan tepong gandum
1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
2 cawan isi udang kalau tak ada udang letak crabsticks yg dipotong dadu pun ok jer
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)
1 ¼  sudu kecil garam (atau secukup rasa)
½  cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci & tos
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara  Menyediakan:-
Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.
Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata.  Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata.  Habiskan kesemua air & kacau rata. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana. Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar.  Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali . Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah. Bila dah garing, angkat & toskan.

 photo P3210131_zps47b1b331.jpg

Wednesday, April 10, 2013

GET WELL SOON

so kawan masa muda belia dulu yang telah makcik anggap seperti keluarga sendiri telah di sahkan breast cancer stage 3. itu lah yang dikatakan dia kepada makcik. Bila dia update kan kat fb , makcik speechless. kesian makcik dengan kehidupan dia. 3 tahun lepas or maybe sepanjang perjalanan hidup dia berlaki kan mat cina tu dalam bahagia mungkin banyak yang derita tapi dia sentiasa positive. tak mengembar gemburkan dirinya susah meskipun terpaksa bangun pukul 3 pagi semata mata hendak berjual sayur.. yolah kan udah berlaki apek cina. oh dalam derita itu keluar jugalah anak 6 orang . hensem dan cantek seperti produk nya. sungguh makcik salute dia ini. Pengakhiran nya dia jadi lelah dengan kehidupan yang tidak menentu kerana apek cina itu suka main judi dan tak dapat buang perangai keji itu sampai sanggup utang ah long. Panjang juga lah cerita cerita dia. Makcik hanya mampu berdoa untuk dia. lepas bercerai dan berkahwin baru tahun lepas dengan mat salleh pula, wahh juga makcik tabik hormat dengan dia. nampak mewah dan bahagia. yolah kan sapa nak terima 6 in 1. nasib baik lah jumpa mat salleh yang accept her for her package sekali. dan minggu ini ALLAH duga dia lagi, kali ini dengan breast cancer tahap 3.

makcik harap dia berubah kepada jalan yang benar. Allah uji dia dengan pelbagai cabaran , yeah dia memang kuat dan tabah. dari kesedihan ALLAH bagi dia kegembiraan kemudian hari ini ALLAH uji dia dengan kesakitan pula. Makcik harap the best surgeon in malaysia yang attend her case akan dapat meringan kan segala kesakitan dia. Dan lebih makcik mengharap dia tidak alpa dengan kemewahan yang ALLAH pinjam kat kepada dia. Makcik hanya mampu berdoa.

Get well soon Ida.

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...