Monday, December 24, 2012

CUCUR CEMPEDAK

cempedak ooooo cempedak  photo IMG_5950_zpsbfaf41c0.jpg makcik nyer faveret nih ~ cucur cempedak. memang sedap kalau dapat buah yang cukup matang isi yang kekuningan dengan rasa yang manis. goreng buat cucur cempedak dan di makan panas panas.
Makan time ujan ker..phewww...

the resipi...alalallala tak kan tak taw pulak kan, cuma bancuh tepung beras dan sedikit tepung gandum, masuk secubit garam  dan air - texture nya macam kita buat bancuhan untuk goreng pisang . sesimple itu jer.

then...jangan buang biji nya iyer. cos biji cempedak ini juga merupakan faveret masa kecil. rebus biji nya dan biarkan ia nya masak sehingga empuk.
 photo IMG_5973_zps5c055374.jpg
letak sedikit garam dalam air rebusan biji cempedak bila biji tu dah start empuk. teringat zaman kecil kecil dulu mak atau nenek makcik akan kumpul biji cempedak ini dan rebus  untuk minum petang. pas makan kudapan ini bersedia lah tuk buang angin..terkentut kentut lepas makan biji cempedak.
itu cerita zaman dulu. sekarang ini budak lahir zaman moden nih tak lalu nak jamah benda camgini.
 
Btw Makcik baru balik dari menghadiri tahlil arwah Ros ke 40 hari. tidak terasa sudah 40 hari arwah ros meninggal kan kami. Nampak kesedihan di mata ibunya, kami hanya dapat mendoakan yang terbaik untuk keluarga arwah Ros. semoga arwah tenang di sana. Mode :( 

Tuesday, December 18, 2012

DURIAN CREPE

Musim durian dah nak abis dah. entry ini dah lama dalam simpanan draft cuma kesibukan  tidak membolehkan makcik mengadap computer. Syukur alhamdulilah musim durian macam durian runtuh jer kat bandar miri. tidak seperti tahun sebelum nya tahun ini musim buah seolah olah pesta yang gah sekali. durian yang berharga seringgit atau 2 ringgit, sesuatu yang jarang di dapati di bandar ini. manggis 3rm sekilo atau rambutan seringgit sekilo. terlalu murah untuk bandar miri. this year makcik simpan stok buah durian didalam freezer, lain lagi dengan tempoyak nya..kira nak makan setahun lah gitu. stok untuk bila rasa teringin kan. nafsu ini bukan boleh percaya sangat. time banyak begini rasa muak lah ..mual lah..cer time tak ada buah..bila teringin tu kalau orang jual berpuluh hengget pon sanggup beli. pheww..
 photo IMG_5807_zps3e84f91b.jpg


makcik kongsi kan resepi ini yang makcik dapat dari melayari internet. tak ingat dari mana makcik dapat tapi the credit goes to her. Terima kasih bebanyak sebab sudi share resipi yang sedap dan lembut ini. makcik copy paste jer..minta halal iyer.

DURIAN CREPE
 photo IMG_5812_zps7fd03903.jpg

Bahan-bahannya:
2 sudu besar tepung pau
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
4 sudu besar tepung naik sendiri
1 1/2 sudu besar gula castor
2 biji kuning telur
1 penutup esen vanila
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam Air
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu teh pewarna kuning lemon

Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan tepung dan yang lain kecuali mentega cair dan pewarna ke dalam blender. Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk penuh blender.
1. Kisar hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam. (Saya simpan dengan blender2 sekali.. ) 2. Selepas sejam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna, kisar sekejap aje hingga rata.
3. Panaskan non-stick pan menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Tak perlu terbalikkan. (Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut).
4. Ulang langkah 4 hingga semua adunan tepung habis. Biarkan crepe sejuk.. Bentangkan crepe dengan bahagian yang licin di bawah. Dengan menggunakan plastik piping, pipekan fresh cream di tengah-tengah crepe. Sudukan isi durian di atas fresh cream. Paipkan fresh cream di atas isi durian.
kemudian lipat crepe.  
 photo IMG_5805_zpsc622cc85.jpg
walaupun orang dok berbangga dengan crepe ini secara peribadi makcik idak lah suka sangat durian crepe ini.Untuk yang kononnya nak menguruskan badan cam makcik ini digalakkan jangan makan durian crepe ini. the whipping cream and the durian flesh..gosh we makan lemak lah...

Sunday, December 2, 2012

DEATH BY CHOCOLATE



Camna nak reject kek se moist gini..thank you cik mat gebu.  sedapppp you.

Death By Chocolate Cake                  Credit to Mat Gebu   


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan mentega, dicairkan
3 biji telur, grea A
1 3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 cawan air panas mendidih
1 cawan susu cair (mat guna jenama "Ideal")
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

BAHAN GANACHE :-)
300 g coklat masakan*
1 camca teh mentega*
3 - 4 camca besar susu cair*(*satukan dan masak dengan kaedah double-boiler hingga coklat cair, kacau rata dan boleh digunakan)

BAHAN HIASAN :-)
Strawberry secukupnya -
Chocolate curls secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan putar rata. Masukkan susu, garam dan mentega cair tadi, kacau rata.
2. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kaedah kaup balik, hingga sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata, tuang dalam "bundt pan" berukuran 10 inci yang telah dilenser..boleh lihat contoh di sini....
3. Bakar pada suhu 160C selama 50 - 1 jam atau hingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari tin. Hias dengan chocolate ganache, chocolate curls dan strawberry. Boleh dihidangkan.
4. Nak pesan, jika bakar guna tin aluminiun biasa, alas dasar tin dengan kertas minyak dan sapu dengan sedikit mentega dan bakar suhu pada 175C. Kalau guna tin yang warna hitam, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resipi, 160C...Selamat mencuba!.

Saturday, December 1, 2012

BLACK AND WHITE CHOCOLATE MOUSSE

Hari ini hari pertama dalam bulan december . Sekejap jer rasa dah nak bertukar ke tahun 2013. cepatnya masa berlalu. Btw dah lama mengidam chocolate mousse cake yang lembut berkrim dan lemak gitu. tapi lepas makan kalau rasa lemak tu naik mencanak canak dan tangan mula rasa penat..jangan lah komplain. makcik ambil resipi ini dari pada buku alex goh. One of my favourite chef. Pada makcik dia ini seorang yang sangat dedikasi. resipi dia pun tak susah di follow. cepat jer faham  untuk pelajar slow macam makcik ini.
 photo IMG_5690_zps427a5128.jpg
BLACK AND WHITE CHOCOLATE MOUSSE - ALEX GOH

For the sponge cake
A
5 Egg Yolk
20g sugar
1/2 tsp vanilla essence

B. 5 egg white (pukul sehingga kembang - like meringue, tak faham juga, macam kita nak buat pavlova tu)

C. 120g sugar

D
90g plain flour
20g cocoa powder

E. 60g corn oil

method:-
whip A till light and fluffy
whip B until soft peak, add in ingredient C, continue whipping until stiff
mix the egg white mixture with A until well blended
fold in D. mix until well combined. add in E. mix till well incorporated, pour mixture into a greased and line round mould. bake at 180 C for 30 minutes. remove the cake immediately when baked.
 photo IMG_5696_zpsca454220.jpg
DARK CHOCOLATE MOUSSE
A
50G MILK
1 TSP INSTANT coffee powder (makcik guna coco)

B
20g sugar
1 egg yolk

C
60g dark couverture chocolate (melted) (makcik guna compound jer cos couverture tak ada dalam stock)

D
2 tsp gelatine
30g water

E
140g whipping topping cream

Method
cook ingredient A until its boil. add into B, mix until well blended, continue to cook for 1 minute. add in C. mix till well combined. add in D until well blended. place it over double boiler. cook until gelatine has melted. add it into the above mixture mix until well blended. cool it over ice water to 30C. add in E. mix till well incorporated.

Place 1 layer of cake onto the bottom of the round rind mould. pour some dark chocolate mousse onto the cake top with second later of cake. keep in the fridge for 15 minutes while preparing the white chocolate mousse.

WHITE CHOCOLATE MOUSSE
A
50g milk

B
20g sugar
1 egg yolk

C 60g white couverture chocolate - melted

D
2 tsp gelatine
30g water

E
140g whipping topping cream
 photo IMG_5692_zps15b94036.jpg

cook ingredient A until boils. add into B, mix until well blended. continue to cook for 1 minute. add in C. mix till well combined. mix D until well blended and place it over double boiler. cool until gelatine has melted. add it into the above mixture. mix until well blended. cool it over ice water to 30 C. add in ingredient E. mix until well incorporated,

remove the cake from the fridge and pour the white chocolate mousse on top. keep in the fridge to let it set. unmould and dust with some cocoa powder. decorate with cream rosettes and chocolate shaving.

happy weekend peeps.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...