Saturday, May 14, 2011

makan hati sungguh makcik duduk tempat baru ini. mana tak nya, tak ada kerja, dok rumah ,jaga makan minum pakcik..and yes dengan kata lain makcik kat sini menternak lemak. sungguh tak best. Dua minggu lepas makcik berjinak jinak dengan kegiatan KEMAS..belajar kraftangan dan memasak tapi ya ampun..bab menjahit memang tak leh nak masuk link. dengan mata yang dah tak berapa nak melihat dengan jelas, makcik rasa menjahit tak sesuai langsung. pendek kata tak minat lah .
Dekat sini makcik tak ada kawan. internet pon kekadang jer lepas tu pon kalau anak makcik balik dari kampus boleh ler menyendeng sesekali.

kekadang makcik tertanya what will happened next in my life. dengan segala what so called kemewahan yang ada makcik tinggal kan untuk menjalani hidup yang baru kat tempat yang penuh cabaran, dengan keperitan, dengan masalah kewangan yang tak pernah nak selesai sehingga rasa malu pulak dengan keluarga esp my lil bro. but demi tuhan, ALLAH berikan keluarga kami seorang adik yang begitu perihatin terhadap keluarga nya , terhadap kakak dan abang. dan sentiasa membantu kami ketika dalam kesulitan. dan i will do the same for him . untuk kebahagiaan dia, Insyaallah.
Dan dalam setiap solat makcik , makcik sentiasa doakan kebahagiaan dia, agar dia di pertemukan jodoh yang baik dan juga sentiasa di murah kan rezeki. I love you ucu.

Monday, May 2, 2011

CEKELET

lama sungguh tak main masak masak..nah cekelet untuk tatapan mata semua

makcik bertemu dengan seorang wanita cekal, bercerai diusia yang muda dengan anak 2, gigih bangun untuk memajukan diri dan sekarang berada di ambang kejayaan. Bayangkan dengan hanya berniaga di internet beliau boleh menguruskan anak sendirian, menyewa rumah yang cantek, memiliki kereta hasil jualan di internet. Dan mungkin juga pendapatan bulanan nya lebih tinggi dari orang yang makan gaji di pejabat. makcik lihat sendiri tempahan doorgift yang beliau terima, bukan seratus dua, tapi sekali order sampai 2 ribu. Huhh..sungguh Makcik malu dengan diri sendiri kerana keinginan untuk maju sentiasa berkobar kobar tetapi disiplin diri sungguh hancus. makcik betul betul tabik spring pada wanita muda itu dan dia merupakan sifu untuk makcik bangun di kala mengalami saat saat sukar dalam hidup makcik. Dan makcik doakan semoga dia tetap tabah dalam hidup dia, dengan kejayaan juga hasad dengki orang orang sekeliling beliau. ALLAH tetap bersama kita yang sentiasa memohon dipermudahkan jalan, redha dan meminta pertolongan NYA .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...