Ini bingka cheese yang makcik buat kan bila tersebut kat satu forum sinun . So makcik tepek kan kat sini ..maybe ada yang berhajat nak buat untuk minum petang ker, sebagai dessert ker..memang mantap gitu
250gm Butter
4 biji telor ayam
250gm Philly cream cheese – phillydephia
1 ½ gelas tepung gandum ( then kalu dah top up agar agar tu ai tambah kan tepung sebanyak 2 gelas)
1 gelas gula halus ( ai omit kan sebanyak 1/2 gelas jer atau kurang sikit sebab tak suka manis)
1 packet agar agar serbuk ( cap bunga ros) ( untuk yang lembut tapi ai suka letak 2 packet untuk yang lebih keras sket)
3 gelas air ( kalau 2 packet agar agar ai letak 5 gelas air)
½ tin susu manis ( yang nih ai tetap maintain kan sebab tak suka manis)
Cara membuatnya
Agar agar dan gula di masak bersama 3 gelas air
Telor di pukul sehingga kembang.( kembang gitu jer bukan seperti buat kek lapis okay ) Masukkan susu manis..pukul sebati.. ( sebab ai guna pakcik kenwood so semua ai dump gitu jer)
Mentega dan cream cheese di pukul sehingga kembang dan sebati di tempat berasingan. Masukkan adunan mentega tadi ke dalam adunan telor. Gaul sehingga sebati dan masukkan tepung gandum . Gaul lagi sehingga sebati dan rata.
Masukkan adunan agar agar yang telah mendidih kedalam adunan tepung dan gaul sehingga sebati.
Letak dalam acuan yang telah di alas dengan kertas minyak. Bakar dalam oven – secara steam bath.
letak di sejukkan..nak keluarkan dari acuan kena terbalik kan.. pastu untuk memotong bingka plak kena guna something like spatula yang besar itu supaya bingka di potong dengan licin dan cantek.. kalau tak kisah guna pisau pun ok..
No comments:
Post a Comment