Saturday, June 23, 2012

BINGKA KRIM KRAKER

 photo 7e7f9fe2_zps9b2bbce7.jpg
Salam semua.. sudah lama benar rasanya tidak melaku kan aktiviti di dapur . Selepas perkahwinan adik makcik itu makcik sibuk pula ke hulu kehilir, ke sana ke mari..sehingga aktiviti di dapur sendiri tergendala. Dan hari ini makcik dengan semangat berkobar duduk di dapur dengan suhu kepanasan yang kaw kaw untuk membuat kek untuk jiran makcik yang akan membuat kenduri doa selamat ujung minggu ini. dan makcik menyelit sekali membuat bingka kraker yang sudah lama benar makcik ingin cuba yang di tempek didalam blog azlita itiew. Kalau ada kelapangan buat lah bingka kraker ini kerana ianya sungguh senang dan mudah. Makcik hanya masukkan kedalam blender dan blend semua nya sekali kecuali bijan seperti yang di nyatakan didalam resipi ini. Makcik buat 2 adunan menjadikan bingka ini muat cantek untuk loyang 9 x 9. Untuk resipi kali ini makcik guna kan susu fresh milk mengantikan santan konon nya untuk diet..huh..
bingka yang sempoi tetapi enak. makcik terfikir kalau di letakkan susu krimer manis itu memang lebih ummph rasanya. one day makcik akan try. insyaallah

 photo 44088327_zps2bf647df.jpg

BINGKA CRACKERS By : Kh267tm  - credit @ azlita masam manis

Rujukan : AROMA Jun 2012 azlita

Untuk yang tahap kerajinan yang tak seberapa makcik sarankan simpan lah resipi ini kalau belum mau mencubanya kerana ianya akan menyelamatkan hari anda semua satu hari nanti.

20 keping biskut Cream Creakers ~ biskut lemak
85 gm tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 biji telur
710 ml santan atau susu segar
secubit garam
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pandan emulco dan pewarna hijau
1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil pes vanilla
Sedikit bijan untuk tabur atas

Panaskan oven pada suhu 180C
Oleskan loyang bulat ukuran 7 inc dengan butter
Kisarkan semua bahan kecuali, bijan, pewarna, pes vanila dan emulco, sehingga semua hancur

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
Satu bahagian di letakkan pandan emulco dan pewarna hijau

Satu bahagian lagi, asingkan satu senduk dan letakkan coklat emulco dalam adunan yang telah diasingkan 1 senduk tadi.Baki adunan di letakkan pes vanilla

Tuangkan adunan vanilla ke dalam Loyang.Tompok-tompokkan adunan warna coklat di atasnya.Dengan menggunakan belakang sudu buatkan carikkan marble .bakar dalam oven selama 20 ~ 30 minit atau hingga permukaan atasnya keras sedikit .Keluarkan dari oven dan tuangkan adunan bewarna hijau.Taburkan bijan di atasnya.Bakar semula dalam oven selama 45 minit atau sehingga permukaan atasnya keperangan.Setelah masak biarkan bingka sejuk sepenuhnya sebelum di potong.


 photo 7c73e81d_zps7bcd5383.jpg

Cuba ya..semudah a b c

Wednesday, June 13, 2012

Up Semangat

Tiba tiba makcik tak bercinta sangat untuk menjenguk ke sini. Entah kemana semangat berkobar kobar makcik . Hilang sudah sifat kerajinan makcik untuk membaking itu. semua nya udah bertebaran di mana mana. Kesempitan masa ~ idak lah makcik banyak kerja macam orang lain selain dari melayan cerita korea dan sanggup bersekang mata sampai pukul 5 pagi dan kemudian nya liat nak bangun seperti orang yang kerja shift malam. huhuhuhu.. buruk sungguh perangai kerana penangan cerita korea yang sehingga 5 disk itu.
Jangan ikut lah perangai buruk makcik itu, nasib lah kan dapat encik somi yang kerja outstation, kalau idak jangan lah mengharap untuk berperangai sebegini....kalau dapat somi yang baran mau kena penampar., kalau nasib dapat somi yang ala ala soleh alhamdulilah  jer.
Malam ini baru berkesempatan menjenguk sana sini . Menjenguk IG yang dah lama tak leh posting kerana di layari dalam hp cap ayam jer. menjenguk rumah yang juga udah lama bersawang. wahhh nampak sangat i dont have a life. weekend ini nak get away lagi. kali ini nak memandu ke kk plak. dari jauh makcik dah boleh cium ikan bakar dan udang bbq. huhuhu..gumuk lah makcik .aiseh

Sunday, May 13, 2012

Mak

Photobucket

dah lama benar tidak mengupdate rumah ini. dari kesibukan yang tidak terduga dan juga rasa lelah yang kerap bertamu membuat kan segala gala nya di laku kan dengan separuh hati saja.
Pagi tadi menjenguk di luar rumah , kelihatan mak sedang menyapu di luar rumah, menyapu daun daun kering dari pokok mangga dan juga pokok longan. ahhh..yang itu pun makcik tak boleh nak buat..yeah..cuaca panas adalah satu alasan lagi untuk bermalas malasan.
wajah mak yang jelas kelihatan penat, penuh dengan fikiran fikiran yang anak anak tidak akan faham . Tapi mak tidak pernah mengeluh, mak cuma diam, tak bersuara untuk kekesalan , itu lah mak  yang menelan semua kepahitan seorang diri. Mengingatkan mak yang tidak pernah akan dapat makcik balas pengorbanan nya, bersekang mata untuk membuat kuih untuk di jaja, atau memasak untuk makan bulanan untuk kadet polis atau menjadi baby sitter untuk menampung perbelanjaan kami adik beradik.  Dan bagaimana mak hanya berdiam diri jika makcik buat perangai tak nak tolong menjaga adik adik atau mencuci segala periuk belanga yang kotor. Di zaman 70an dan 80an mak pernah mengerjakan sawah padi dan berkebun sayur juga menternak ayam. Di pagi hari mak ke sawah bendang dan di petang hari pula mak akan bercucuk tanam  sayuran. Kuatnya kudrat mak ketika mengangkat guni guni padi dalam perjalanan sekitar 2 jam dari tempat sawah yang berlopak hingga ke jalan besar yang bertar. Dan kami adik beradik hanya tau bermain dan menunggu untuk hidangan makan. Ketika itu makcik beumur 10-11 tahun dan makcik sudah di amanah kan untuk menjaga adik adik. bertapa susah nya kehidupan di masa dulu. Tanpa mainan yang canggih. Makan sebiji epal atau minum sekotak air oren umpama hari itu adalah hari bapa mempunyai rezeki yang lebih..tetapi epal itu harus di bahagi 4. Untuk di kongsi bersama adik beradik lain. Ada satu incident yang makcik tak akan lupa sehingga kini, ketika kami makan di gerai dalam perjalanan dari daerah lain untuk kerumah yang mengambil masa 4 jam. Dalam kelaparan kami singgah kegerai dan bapa hanya memesan sepiring mee goreng berharga 2 ringgit. Dan kami adik beradik terus berebut makan tanpa meninggal kan sedikit pun pada mak dan bapa. mereka hanya melihat kami saja sambil tersenyum (entah apalah yang mereka fikirkan)...yang makcik ingat ayat bapa..wahh anak anak makan tak tinggal kan mak dan bapa iyer...itu lah ayat yang makcik ingat sampai kini.  Dan kemudian mak cakap kat bapa, order lah lagi, bapa cakap tak apa lah, takut duit tak cukup untuk belanja harian lain nya. . Asal mereka kenyang, syukur , kata bapa lagi. Susah nya duit ketika itu, tapi nilai nya cukup tinggi. tapi hari ini ..duit senang jer nak dapat tapi nilai nya sudah berkurangan.

Andai kata makcik mampu untuk memberi segala kesenangan kepada mak dan bapa hari ini, akan makcik berikan seluruh kebahagian, kesihatan yang baik dan kesenangan dunia dan akhirat dan kegembiraan yang hakiki buat mereka. Makcik akan belikan perhiasan yang terbaik untuk mak  dan berikan apa saja  yang bapa minta. Makcik kan berikan syurga dunia dan akhirat buat mereka tapi ketika ini makcik hanya mampu berdoa yang terbaik untuk semuanya. Untuk mak, mak, mak dan kemudian untuk bapa.
Mak terimakasih untuk siapa anak mu hari ini. Tanpa doa restu mak dan didikan mak tak mungkin saya akan jadi manusia seperti hari ini. Nasihat mak, amanah mak, kasih sayang mak, insyaallah tidak akan menjadikan saya lupa diri dan patah semangat. I love mak.

Selamat Hari Ibu, mak, mama, mummy, umi atau apa saja panggilan anda semua .

Sunday, March 18, 2012

BUAH CINTA TAMARILLO

 photo 2a50a0bc_zpsa3a4c446.jpg
ini buah cinta..rasanya pahit pahit manis..kelat..semua ada..omputih cakap buah tamarillo. walau pun rasanya agak pelik sikit..udah nama nya buah cinta kan..tak semua boleh menyukai buah ini ..my first time makan buah ini masa duduk bergayut kat cameron highland sinun. sedap tak sedap sebab makcik suka makan buah..kiranya  semua buah makcik suka. errr...nih iklan iyer

pagi tadi sungguh kelam kabut makcik.  2 hari ini sibuk pergi kenduri. hari ini dah set time nak berkemas tapi makcik terlajak tido, pukul 9.30 pagi mak dah sibuk buka pintu bilik..dan terkejut beruk melihat makcik masih melingkar atas katil sedang buat kuak lentang.. punya sedap nya makcik tido kan..dan bila dia dah membebel..dengan kelam kabut lepas  cuci gigi segala...gie iron baju...dengan mamai iyer...dan dan dan...baju yang kononnya ikut tema hari ini  - baju kurung pepel yang berlabuci bagai  makcik itiew...vavava...dengan selamatnya telah berlubang semasa di IRON..udah lah lambat..kelam kabut..adeh..terpaksa mencari another baju lagi..and at the same time plak kawan perempuan jadian makcik sibuk jer menalipon ..tanya dah ready ker belum...adoyaiii..

nasib baik lah hari ini bapa punya mood ok sikit...rela jer menunggu tanpa banyak songeh..makcik nih kan ...suka jer kelam kabut bila time nak gie kenduri nih...last minute punya hal..abis semua terlupa gitu.. tapi yang buat tak best nyer masa kat kenduri tu..al maklumkan lah sebab separuh orang yang hadir itu kenalan family..rata rata tegur makcik nih dah sihat bebeno..menci sungguh lah kan..bila orang asyik cakap..dah gemuk lah..aiseh..udah badan nih nak naik mencanak canak..nak wat camna..ingat makcik tak stress ker badan camgini besar.. nih dah separuh baju simpan atas kabinet..sakit jiwa taw.  last last makcik cakap..tak per gemuk sihat..jangan ada penyakit lain jer....nih lah wat makcik makin tensen nih.. tak makan pon gemuk, apa lagi bila makan...huhu.. itu cerita hari ini ..

dua minggu lagi..giliran makcik plak sambut bakal adik ipar..udah lah makcik jadi wedding planner tak di iktiraf..semua masih tak in order..berdebar  nih..bukan nya berdebar ala ala nak menyambut menantu iyer..sebab nya makcik nih..tukang ke pasar nyer jugak, tukang bungkus doorgift nyer iyer, tukang buat hantaran nya jugak.....kira nya semua makcik sapu bersih..
oh...selepas kiki..erra plak dah ilang...kemana lah kucing kucing makcik tu di culik orang...

wish u ols a nice weekend..eh..esok dah isnin...cepatnya masa berlalu

Tuesday, March 13, 2012

Dari sikap tak endah

 
comel kan budak ini. Baru jer berusia 5 tahun. dan dengan usia begini orang orang berkenaan boleh mengharapkan dia pergi ke kedai..meski pun di bawah flat. cis..what the *&^%%*+#.  kenapa lah ada manusia yang masih tidak belajar dari kesilapan dan kealpaan orang lain. Dari sikap tak endah. makcik tak nak salah kan sesiapa dalam hal ini tapi dari pemerhatian makcik ramai ibu sekarang bersikap terlalu terbuka - konon nya untuk menjadikan anak anak mereka mandiri. Berdikari sejak kecil kerana ibu ibu sekarang agak busy - bekerja, berfacebook dan bertwitter.  semoga ALLAH sentiasa ingat kan kita yang alpa ini.

QUOTE: Dia yang membawa RM4 bersama sekeping nota bertulis mi segera dan telur RM2 ke kedai di blok bersebelahan didapati tidak pulang selepas kira-kira setengah jam keluar dari rumah.— BERNAMA


JOHOR BAHARU — Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan di kawasan rumahnya, di Flet Seri Delima, Jalan Suria, Bandar Seri Alam, di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, lelaki dan wanita berumur 36 hingga 40 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak terbabit, Nurul Nadirah Abdullah, 5, pada hari yang sama.

"Ketiga-tiga mereka direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan polis kini sedang berusaha mengesan kanak-kanak itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata, setakat ini polis sudah melakukan pemeriksaan di 20 lokasi sekitar daerah ini bagi mengesan kanak-kanak itu namun masih belum menemuinya dan mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang.

Nurul Nadirah atau dikenali sebagai Dira disedari hilang oleh keluarganya selepas kanak-kanak itu keluar membeli mi segera kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan flet berkenaan.

Dia yang membawa RM4 bersama sekeping nota bertulis mi segera dan telur RM2 ke kedai di blok bersebelahan didapati tidak pulang selepas kira-kira setengah jam keluar dari rumah.— BERNAMA

Berita tergempar selepas pembunuhan adik nurin . al fatihah untuk arwah.. si kecil comel ini akan menjadi bidadari yang cantik di alam sana.
wahai kaum ibu sekalian, jangan lah leka..sesungguh nya anak anak kecil yang tidak tahu apa apa ini adalah anugerah ALLAH yang tidak ternilai. Tidak apa kalau kita bersikap protective atau di label sebagai over protective. di zaman sekarang siapa siapa saja boleh bertukar menjadi haiwan.
Belajar lah dari kisah kisah tragis yang dulu.

Sunday, March 11, 2012

PAVLOVA

 photo 88fd4cf2_zpsc7aa3c1c.jpg sebenarnya makcik nih tengah berkira kira nak baking pavlova ini tapi tu lah kan..geng makan plak tak ada. kang makan sorang sorang plak tak besh. buat masa sekarang ini tatap jer lah kan gambar pavlova yang makcik  buat dulu. pavlova with taburan delima dan strawberi. do you know that pavlova coklat sangat sedap..lebih sedap dari pada pavlova yang biasa kita makan. tak berapa manis  dan sungguh...(sambil menelan air liur)  pergh pergh....serious.u ols harus mencuba nya taw.

dekat sini hari hari ujan. kalau tak siang.. malam.. kalau tak pagi , belah petang.. kekadang penat juga lah bila hari ujan nih..time tengah driving dan kebetulan ada kain jemuran di luar..aduhhh part itu lah paling tak best. hari ini makcik bekerja didalam kawasan parking jer. bersih kan apa yang patut..esok nak alih tempat pasu bunga plak. a break time dari duduk seharian didalam dapur. minggu ini nak abis kan buat coklat . makcik dah berjaya buat dalam 500 ratus keping....then next week nak buat tat..(konon nya)..mampu tak makcik..huhh...

 photo 5ac42a56_zps483761e8.jpg
teringat kat pond...dah jadi isteri orang dah gamak nya. tahniah pond..

Thursday, March 8, 2012

BLUEBERRY CHEESECAKE

Semalam birthday mak. awal awal pagi makcik singgah kat rumah mak. Beli karipap dan pau kacang merah. takda makna nya nak bagi kek icing bagai...tak di sentuh oleh mak. Alhamdulilah makcik masih ingat tarikh birthday mak..masih dapat peluk dan cium mak. tak taw lah kalau adik adik yang lain ada call and wish mak tapi  semalam tengok muka mak cam sedih jer...agaknya mereka tak ingat birthday mak. Dah senja..mesti lah hati orang tua cepat terguris. tapi semalam mak senyap jer. tak banyak cakap. macam sedih ler plak. kalau ada kemampuan nak jer bawa mak gie shopping spree beli itu dan ini tapi apa kan daya...belum mampu lagi nak ajak dia gie obersea gitu.

btw misi buat hantaran tunang untuk pihak lelaki dan perempuan dah siap..terasa ringan sikit beban . next week nak start buat cekelet plak. esok my favourite uncle nyer birthday..tapi dia dah meninggal kan kami..al fatihah buat arwah wa'. semoga tenang di sana. I love you..
Hari ini dapat call dari pakcik..seronok sebab finally dia akan hadir for my brother big day. ringan sikit lah beban makcik nanti at least ada orang yang boleh jadi my driver dan tukang sibuk..kekkekkeke. teringat kan si pond..mesti sekarang ini sedang menghitung hari..this weekend dah bergelar isteri orang. makcik doakan semoga berbahagia dan kekal sehingga akhir hayat.

 photo 4d5a41e5_zpsd135afec.jpg
did this last month..sebab kat sana bahan kek senang didapati.. dan murah. kat sini payah lah nak makan kek cheese lagi..mahal bebeno...lagi pun nak makan benda camgini kena ada geng..tak ada geng..tak best lah makan sorang sorang. kalau si puteri lilin tu masuk sini..mesti terliur liur nak makan kek cheese..

BLUEBERRY  CHEESECAKE

6 TBSP BUTTER
200G DIGESTIVE BISCUIT - CRUSHED
BUTTER FOR GLAZING

400GM CREAM CHEESE
2 LARGE EGG
140G CASTER SUGAR
1 TSP VANILLA
450ML SOUR CREAM

TOPPING
BLURBERRY CREAM

 photo f0ab5d8c_zps0c394dd4.jpg
METHOD:-
MELT BUTTER IN PAN OVER LOW HEAT. STIR IN BISCUIT. THEN SPREAD IN 8 INCH SPRING FORM TIN BRUSHED WITH BUTTER.
LET IT REST IN REFRIGERATOR.

PLACE CREAM CHEESE, EGG, 100GM OF SUGAR AND 1/2 TSP OF VANILLA IN FOOD PROCESSOR, PROCESS UNTIL SMOOTH.  POUR OVER BISCUIT BASE AND SMOOTH THE TOP. PLACE ON BAKING SHEET AND BAKE IN A PREHEATED OVEN 190 C/375F FOR 20 MINUTES UNTIL SET. REMOVE FROM OVEN AND SET ASIDE FOR 20 MINS. LEAVE THE OVEN SWITCH ON.

MIX SOUR CREAM WITH REMAINING SUGAR AND VANILLA IN A BOWL. SPOON OVER THE CHEESECAKE. RETURN TO OVEN FOR 10 MINUTES. COOL AND THEN CHILL IN THE REFRIGERATOR FOR 8 HOURS OR OVERNIGHT.
GLAZE THE BLUEBERRY CREAM ON TOP THE CHEESE CAKE AND SERVE

nak makan ini mesti lah ada teman u ols..makan seorang tak ada makna nya. tapi kan kalau time frust frust tu ..potong lah berapa kerat memang tak hengat dunia.

sekarang ini usaha nak berdiet tak terlaksana lagi. nampak gaya tak menjadi lah diet makcik itiew.

p/s: makcik harap iza dan suami di permudahkan perjalanan dan urusan di tanah suci. AMIN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...