Tuesday, March 13, 2012

Dari sikap tak endah

 
comel kan budak ini. Baru jer berusia 5 tahun. dan dengan usia begini orang orang berkenaan boleh mengharapkan dia pergi ke kedai..meski pun di bawah flat. cis..what the *&^%%*+#.  kenapa lah ada manusia yang masih tidak belajar dari kesilapan dan kealpaan orang lain. Dari sikap tak endah. makcik tak nak salah kan sesiapa dalam hal ini tapi dari pemerhatian makcik ramai ibu sekarang bersikap terlalu terbuka - konon nya untuk menjadikan anak anak mereka mandiri. Berdikari sejak kecil kerana ibu ibu sekarang agak busy - bekerja, berfacebook dan bertwitter.  semoga ALLAH sentiasa ingat kan kita yang alpa ini.

QUOTE: Dia yang membawa RM4 bersama sekeping nota bertulis mi segera dan telur RM2 ke kedai di blok bersebelahan didapati tidak pulang selepas kira-kira setengah jam keluar dari rumah.— BERNAMA


JOHOR BAHARU — Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan di kawasan rumahnya, di Flet Seri Delima, Jalan Suria, Bandar Seri Alam, di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, lelaki dan wanita berumur 36 hingga 40 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak terbabit, Nurul Nadirah Abdullah, 5, pada hari yang sama.

"Ketiga-tiga mereka direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan polis kini sedang berusaha mengesan kanak-kanak itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata, setakat ini polis sudah melakukan pemeriksaan di 20 lokasi sekitar daerah ini bagi mengesan kanak-kanak itu namun masih belum menemuinya dan mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang.

Nurul Nadirah atau dikenali sebagai Dira disedari hilang oleh keluarganya selepas kanak-kanak itu keluar membeli mi segera kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan flet berkenaan.

Dia yang membawa RM4 bersama sekeping nota bertulis mi segera dan telur RM2 ke kedai di blok bersebelahan didapati tidak pulang selepas kira-kira setengah jam keluar dari rumah.— BERNAMA

Berita tergempar selepas pembunuhan adik nurin . al fatihah untuk arwah.. si kecil comel ini akan menjadi bidadari yang cantik di alam sana.
wahai kaum ibu sekalian, jangan lah leka..sesungguh nya anak anak kecil yang tidak tahu apa apa ini adalah anugerah ALLAH yang tidak ternilai. Tidak apa kalau kita bersikap protective atau di label sebagai over protective. di zaman sekarang siapa siapa saja boleh bertukar menjadi haiwan.
Belajar lah dari kisah kisah tragis yang dulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...