Saturday, July 7, 2012

b%+@*&^@

macam hangin jer makcik malam ini. minah sengal oiiii kalau dah tak percaya laki awak tu travelling, simpan elok elok laki awak kat rumah jadi patung berhala ka..jadi househusband macam awak nak tu ker... tak payah suruh kerja. nih semua orang awak talipon nak taw mana laki awak pergi, dengan drama drama awak  tu..tak lalu dah makcik nak telan.  tak malu ker reputasi laki awak tercalar. udah lah laki awak tu pangkat besar.  dapat bini macam awak.. macam mana rezeki nak bergerak. makcik doakan terbuka lah hati laki awak tu fikir balik masa masa yang dia telah ilang, sungguh makcik tunggu hari tu. sedar sedar lah minah sengal oiii.....dem you.

MODE~ GERAM + KASIHAN+SEDIH



BELANGKAS

 photo 7e1b258f_zps6ef83e3b.jpgBeberapa ketika makcik memang terasa nak makan belangkas ini. rasa nya keinginan itu pon dah bertahun sejak melihat orang masak belangkas ini dalam tv3. Alhamdulilah rezeki dari ALLAH melalui bapa. Balik dari laut dia terus bagi kat makcik. bukan main seronoknya makcik dapat belangkas ini macam kanak kanak dapat gula gula.  dapat 4 ekor. yang kecik kat atas tu bukan anak iyer tapi si jantan nya. yang besar itu adalah betina nya. bapa tanya reti tak buat nya. makcik dengan confident cakap ok..boleh jer.

 photo 0538f97f_zpsb30a903e.jpgdengan confident menjawab iyer sebab leh tengok cara orang buat belangkas dalam youtube, tapi kan selepas mendapat ilmu dari pak youtube itu, makcik dah tak confident . dah ler modal dalam tu selamba jer menyiang (boleh ker guna ayat menyiang nih untuk belangkas?) belangkas hidup hidup. sedih bebeno lah makcik melihat nya. ishhh. camna makcik nak menyiang nyer sedang kan nak pegang belangkas pon pegang ngan kain. huhhh..tak boleh jadi nih. last last dengan muka kasihan makcik gie rumah mak.suruh mak ajar kan camna nak masak belangkas. cara mak adalah dengan merebus air panas..dan kemudian masukkan belangkas tu dalam air rebusan tu. huhh..this process makcik buat iyer..dengan salawat dan salam ..bukan main lagi bismillah makcik..sedih pon ader (sambil meminta maaf kat belangkas tu). macam kejam jer kan...setakat tu jer makcik mampu buat. lepas tu bapa lak ambil alih ..buang segala toksin yang boleh buat orang tercirit kalau termakan..
 dan part memasak nya plak adalah tugas mak. masakan mak memang terbaikkan walaupun cuma main campak campak jer....part dah jadi sajian lauk tu makcik tak sempat nak snap gambar..cam ilang ingatan sikit bila makan belangkas nih..dan..eerrrrr..babak sedih masa menyiang belangkas tu pon macam lupa terus dari minda bila hidangan dah tersedia.

 tak ramai orang pandai makan belangkas ini..orang kata dia cuma popular di kalangan orang Jawa jer. tapi pada pandangan makcik orang tak gemar makan belangkas ini sebab takut akan tercirit.seperti setengah orang yang ragu ragu nak merasai ikan buntal pada hal orang kata ikan buntal amat sedap. (makcik pon tak berani nak makan ikan buntal dek kerana takut toksin nya tercemar kat badan ikan itu sendiri)

dalam masyarakat orang kita plak  'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. macam belangkas itu akan jadi tak manis jika tidak disertai dengan ikatan yang sah. so..anak anak...jangan lah jadi macam belangkas iyer..elak lah dari fitnah yang akan memberi impact yang kurang baik untuk reputasi kita sendiri.  ohhh..nasihat ini adalah nasihat umum.. makan cili..? Pedas tak?
Terima kasih ALLAH atas rezeki mu ini. Alhamdulilah

Tuesday, July 3, 2012

NASA ~ MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT

makcik nak kongsi kan sesuatu dengan u ols semua, berita macam ini kalau tidak di ambil berat, ambil lah secara lalu saja, kerana ALLAH dah bagi peringatan untuk kita semua. Ya ALLAH tetapkan hati dan iman kami ya ALLAH. Amin  Amin Amin
dari sumber: http://www.harian-metro-online.com/nasa-mengeluarkan-kenyataan-matahari-akan-terbit-dari-barat

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.


Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Keratan akhbar yang menyatakan bahawa NASA telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini
TEORI QURAN VS TEORI BARAT

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

Sumber: Nizarazu

Sunday, July 1, 2012

AYAM PANGGANG

Kesian pula makcik dengan si bongsu yang asyik kena paksa makan ikan. kali ini makcik masak ayam panggang rempah lima untuk dia. memula bersih kan ayam tu buang apa yang patut. Kerana hari ini makcik masak ayam panggang jadi untuk nasi nya makcik buat kan nasi ayam pula. dah bersih kan ayam tu, potong mana yang tak berkenaan untuk dibuat sup ayam kosong (tak perlu banyak isi ayam .makcik ambil kan kaki ayam dan sebahagian yang tak best untuk sup).

 photo 83297325_zps7d5dce93.jpg lemak ayam pula makcik panaskan untuk mencairkan lemak itu sebagai minyak untuk di masukkan kedalam nasi ayam. lemak ayam adalah rahsia besar yang perlu anda semua ketahui untuk menyedapkan nasi ayam selain bau harum dari pada daun pandan yang dicarik. 
 photo 8812d1b7_zps7e930a0c.jpg
kepak ayam yang menjadi favret makcik..tak leh sangkal yang berlemak dan berminyak itu lah tetap menjadi pojaan hati makcik. ggrrrrr

 photo 08ce6217_zpsf968cee7.jpg
3 ekor ayam yang udah siap di perap. dah siap cuci ayam tu toskan air nya kemudian di lumurkan  dengan rempah lima @ five spices yang biasa orang buat untuk masak itik. lumur kan juga dengan garam dan lada putih, dibahagian dalam dan luar kulit sehingga sebati. perapkan selama 2 atau 3 jam. kalau tak sempat nak lama, perap jer anggaran 1 jam. 

 photo 013e8ec6_zps0219e2c7.jpg
yang ini setelah di celurkan didalam air mendidih selama 5 - 8 minit saja. kemudian di sapukan dengan maltose yang telah makcik campurkan dengan sedikit air panas. fungsi maltose adalah untuk mengilat kan badan ayam. sepatutnya di gantung untuk mengeringkan ayam tersebut. oleh kerana makcik tak ada tempat pengantungan jadi makcik toskan di atas rendai saja

 photo 82823ebe_zps08fac446.jpg
masukkan kedalam oven dengan keadaan berjaring ? betul ker ayat makcik ini. supaya air /minyak ayam tu jatuh dalam tray . sesekali kita sapu kan juga dengan lebihan maltose tadi seperti kita membuat ayam percik. (teringat plak ayam percik cik yayan kita ~ waduh ..udah telan air liur ler plak) proses ini janganlah lama sangat iyer kerana kepak ayam yang masak kering tak berapa enak untuk di cicip.  ini kepak ayam yang dah siap. lihat lah texture nya.. cicah dengan sambal cili pedas...nyum  nyum

 photo 3967b3da_zps7000e222.jpg
untuk lebihan ayam yang kita tak abis makan plak kita boleh buat kan sos lada hitam , maka jadi lah ayam panggang sos lada hitam...macam tak menarik jer nama nya kan..how about roasted black pepper chicken..perrghhhh cun sungguh..

Friday, June 29, 2012

KARI MANGGA

 photo 21ee9d18_zps83208b9d.jpg
Gara gara rasa macam tak puas makan (kena control ayu) masa majlis resepsi pond n badang dulu maka dengan effort melihat lebihan mangga yang mak simpan dalam peti sejuk makcik tu makcik decide nak buat Paceri atau Kari mangga. how do u call it?

nampak kuning menawan tapi masam nyer huhuhu tak leh nak imagine.
makcik takda resipi specific . Jadi makcik ikut jer instinct makcik. seperti membuat lauk kari yang lain. kalau letak udang kering mesti sedap lagi rasanya. didalam resipi ini makcik letak kan sedikit kerisik untuk memekat kari mangga ini. tapi tak letak santan . kalau lah kan..tukang masak yang kat majlis popond tu leh di buat kawan..mau makcik minta petua dan tunjuk ajar. hurmm.
 photo 0e7cde94_zps2d9394c4.jpg

Wednesday, June 27, 2012

SAYUR REBUS PETOLA ZUCHINI LOKAN

Anda tau lokan kan...mesti menjadi kegemaran anda semua. pada posting yang terdahulu makcik ada cerita tentang lokan bakar. itu pun setelah telan air liur banyak kali apabila pia  bercerita tentang lokan bakar. dan untuk minggu itu makcik macam weng weng sedikit selepas makan lokan yang sedap itu. hahaha..memang sedap tapi after food itu lah yang best nya.. semua denyut nadi macam menganas sekejap. kolestrol oowhh kolestrol.
 photo e540ae82_zps4951f791.jpg
selalu nya kerana sukar untuk membuka lokan ini makcik kukus kan sekejap untuk membuka shell nya. cara mudah dan senang tapi sebelum itu cuci dan berus bersih dulu kulit lokan.
pertama kali makcik jumpa petola zuchini . ini pun makcik jumpa di kundasang.
I wonder gimana rasa nya petola ini . so why not give a try. tak salah kan. kalau tak rasa macam rugi lah plak. sayuran yang baik apa salah nya di cuba.
 photo 56a58064_zps7c6d9e61.jpg

masak rebus petola dan lokan. memang sedap di makan panas panas. rasa petola itu sendiri seperti rasa timun zuchini. agak crunchy..ok..sudah masuk dalam list favourite makcik.

 photo b7c466fe_zps11238547.jpg


hari ini sungguh hectic sekali.. satu hari suntuk menunggu kereta di service, terbang jua beberapa juta rupiah hari ini. satu kereta sudah siap di service dan nak di jadi kan cerita, dalam pukul 8.30 malam tadi di laluan lorong ke rumah ,   makcik terlanggar kucing (melanggar or di langgar ), padahal makcik dah mengelak kucing itu. , makcik berhenti di tepi jalan.. still shaking sejuk jer kaki makcik mengeletar. dengan bunyi yang kuat, makcik sangka dia akan mati. anak makcik keluar dan check - kerana dia sah melihat kucing itu jatuh ke dalam parit yang cetek. malang nya kami tak jumpa kucing tersebut. mesti dia sakit sangat kerana bumper kereta pon terkeluar macam melanggar orang jer. ishh...sedih nya makcik . still rasa kesal .:(

Tuesday, June 26, 2012

ANGGUR LAUT

Masih teringat ingat akan kesedapan benda alah ini. kalau tak suka seafood maka ini bukan untuk anda semua . Ini untuk yang macam makcik nih. ~ jenis yang tolak batu dengan kayu. kalau singgah ke sabah jangan lupa mencuba makan anggur laut ini . jarang di dapati di bahagian lain di malaysia maka ianya harus di lakukan jika menjejaki kaki ke Kota kinabalu. gosh i really love this place. nampak nya kena turun kk lagi lah rasanya makcik nih sebelum puasa. harap harap dapat aproval dari encik somi.
 photo 947754ed_zpse9781472.jpg
Credit ~ Wikipedia, ensiklopedia bebas
Rumpai laut anggur atau dalam terma saintifiknya; Caulerpa lentillifera adalah merupakan sejenis rumpai laut dari spesies Caulerpa kerana teksturnya yang lembut dan rasanya yang lazat. Juga turut dikenali dengan panggilan Kaviar hijau, "ar-arosep", atau "lato" dalam bahasa Filipina. Rumpai laut anggur atau C. lentillifera ini banyak diternak di pesisir pantai Filipina dan sekitar Kepulauan Okinawa, Jepun. Dimana rumpai ini biasanya dimakan segar dan mentah begtu sahaja sebaik dituai.
rasanya unik. cuci bersih masuk dalam mulut..rasanya macam meletup letup ..ayat makcik mendescribe anggur laut ini. arrghhhh...memang cun. tapi untuk yang takut alahan perut cuci bersih, ambilkan anggur yang bertangkai jer , hiris bawang besar, cili, perahan limau kasturi perasakan dengan garam dan gula jika suka. than perapkan sebentar. ok...makcik dah telan air liur.



yang ini plak agar agar laut. berbanding dengan anggur laut makcik lebih prefer anggur laut. cara masak sebenar agar agar laut ini makcik masih kurang pasti tapi makcik pernah buat 2 versi dengan memasak agar agar tersebut dalam air mendidih sebentar dan toskan kemudian di gaul dengan  hirisan bawang dan cili juga dengan makan mentah. makcik prefer di rebus sebentar agar agar ini. kalau boleh jangan lah terlalu "berair" kerabu nya . macam tak kick..itu pendapat makcik lah . so kalau terjumpa benda ini..please give a try.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...