Monday, February 17, 2014

Hola

asalamualaikum, nampak nya semakin limited masa untuk makcik disini, masa amat mencemburu makcik, i have not been online rasa macam dah setengah tahun. rindu nak baca omelan makji esah , rindu nak baca blog orang lain tapi kena tolak tepi sebab bila letak jer kepala kat bantal bak kata dill tunggu lah 10 minute lagu rock akan di dendangkan. dill kurang mengomen, tapi bila dia bersuara makna nya benda itu sungguh tak kena. Haihhh ,dengkuran yang menandakan bertapa penat nya makcik di siang hari. padahal makcik rasa tidak lah banyak sangat kerja rumah makcik ini. okaylah maybe otak sudah sarat berfikir lalu tersangat penat untuk berbuat benda lain. Alhamdulilah Dill sihat, sihat yang terpaksa bergantung dengan ubatan seumur hidup tapi at the same time ubat yang hanya di makan jika kita yang menyediakan nya. Budak budak lah katakan . Sering makcik menahan hati agar tidak meletup didepan dia. berdepan dengan Dill memerlukan kawalan perasaan. Satu hari makcik harap dia dapat berfikir dengan baik. Seperti seorang lelaki dewasa yang telah matang.

Yeah, puteri lilin makcik dah nak grade, another short sem and lepas tu intern. hopefully dia dapat kerja yang baik. lepas kerja then dapat jumpa lelaki yang baik dan bukan kaki dera pyhsical dan mental. I hope satu hari dia dapat berkahwin dan hidup bahagia selamanya sehingga akhir hayat nya. Dapat anak anak yang comel..berangan angan dah makcik nak bermenantu..hahhaha..tapi itu kan putaran manusia..the wishes is always unlimited. My baby buchuk is going to have his SPM this year. kejap jer rasanya memelihara mereka sedari kecil. makcik rindu nak mendukung mereka seperti semasa mereka masih lagi kecil..cepat nya masa berlalu and makcik dah makin menuju ke alam veteran..bila rambut putih dah mula keluar makin banyak pulak tu makin lah hormon jadi tak menentu. This the time u need ur supplement. *sigh*

Friday, January 10, 2014

Alhamdulilah


Its been a while, dah tahun baru pun. begitu cepatnya masa berlalu.Yes dah banyak juga tanda tanda uban di rambut makcik. Apa kabar semuanya? Macam mana 2013?  Diharap tahun lepas memberi kebaikan sahaja dan semoga tahun ini Allah gandakan rahmat dan nikmatnya melebihi tahun lepas. 

My last post adalah berkenaan anak makcik dill, 6hb Jan lepas dia buat lagi second operation yang makcik kira agak keterlaluan untuk budak yang berumur 19 tahun. Dari yang di namakan resdung sehingga menjadi begini (gambar credit nanda-2013.blogspot.com)  
Lebih kurang begini lah benda tu yang almost terkeluar daripada luar hidung anak makcik. Nasal polyps ini telah menutupi seluruh rongga di muka , agak menyakit kan kerana ia sangat menganggu sistem pernafasan kita. 4 tahun lepas dill pernah buat operation yang sama , Its cost me banyak duit untuk buat pembedahan begini yang akhirnya ketumbuhan ini akan datang balik jika kita mengambil mudah dalam perawatan nya. Meaning dont skip medication, the doctor said dill kena makan ubat for life time, Bayangkan lah kena telan 6 jenis ubat yang ada ubat nya kena amik 12 biji. Tu tak lagi termasuk spray segala.
Being sick dan menjaga orang yang tak sihat menjadikan tahap kesabaran makcik kekadang di atas, kekadang di bawah. siapa tak sayang kan anak , iyer tak.. bila mereka sakit automatic kita berdoa agar kesakitan itu biarlah kita yang tanggung, jangan lah anak anak kita yang menanggungnya. 
Menumpukan perhatian yang lebih untuk dill buat si bongsu kurang di beri perhatian, Apa boleh buat sorang di sana dan seorang di sini, kalau boleh makcik nak kumpulkan anak anak makcik dengan makcik agar makcik boleh melihat mereka membesar di depan makcik. This year si bongsu akan menduduki SPM, yet makcik plak kena berulang alik ke miri kl kuching. semua nya bertujuan. Infact dah berminggu ini makcik merasai kepenatan yang maha super duper itu. Mind stressed to be exact.
Ein kata dill sakit sebab dia degil dan tengah mencari identity sendiri. I told ein , dill is special . Allah beri dia sakit sebab dia sedang menanggung dosa ibubapa kakak dan adiknya. well..for me itulah kata kata motivasi dan semangat. With extra care perhap adik beradik yang lain terasa di pinggirkan. Have i told u peep, dill also lumber scolisis. *Sigh*
Malam tadi I go through album semasa mereka masih kecil. Dill bukan lah budak menyusahkan , sangat pendiam dan do his on business unlike kakak dan adik yang sangat hyperactive. Dan yes dia sangat manja dan sensitif. Tidak lah makcik hendak bandingkan antara mereka sebab makcik sayangkan anak anak makcik yang tak seberapa ramai itu. They have their own character which make me more stronger everyday. 
Makcik rasa makcik tak boleh nak memikirkan benda lain, sekarang ini makcik hanya menumpukan pada keluarga especially pada anak anak..Im not avoiding others ppl, friends or what soever because my priority hanya lah untuk mereka. Didalam dunia yang semakin lemah ini, makcik kena persiapkan diri juga untuk waktu akhirat yang tak terjangka, still merangkak  but in sya allah dengan izinnya juga dapat menguatkan diri agar tidak terlalu leka dan lalai.
Alhamdulilah my medical result keluar dengan result yang baik. Im so happy except makcik kena berjaga dengan liver and sekarang ini kena monitor gula dalam darah makcik. Bukan kencing manis but kalau tak jaga akan kena juga. Makcik rasa juicing makcik works well untuk result yang cantik itu. My doktor advice me to cut down on my carbo dan fat.. so nampak nya tak banyak kek yang di buat tahun ini...
CNY is just around the corner..its time for balasan...huhu *sigh*


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...