Saturday, March 3, 2012

KEK KARAMEL

 photo d7a4f2d4_zps6edab3be.jpg

KEK PUDING KARAMEL - credit to Lovely Kitchen

Pagi sabtu yang indah, burung burung dah riuh menyanyi kan lagu riang. apa kabar u ols semua, baik yang memfollow makcik di alam nyata atau di alam senyap. makcik hari ini ok jer, tapi busy masih lagi menghimpit makcik..like i need 38 hours per day..sebab nya hari hari tugas tak rasmi makcik macam bertambah yet i have to settle benda remeh temeh before my brother big day. semalam makcik sakit perut..tak taw lah makcik makan apa sampai sakit perut tapi yesterday makcik sungguh berselera makan cencaluk ulam dengan hirisan halia..tak pernah dengar kan...cencaluk tu sendiri dah sedap..sebab my father yang buatkan..fresh lagi..dan halia tu tuk panaskan badan makcik yang agak kedinginan ini. dah seminggu makcik tak masak..dapur bersih jer sebab makcik dok lunch kat rumah mak. mak atau bapa masak sedap. lagi pun makan sorang sorang tak best lah.
ini makcik nak cerita..petang khamis yang indah..sedang lepak lepak dengan mak dan bapa kat taman bunga..tetiba bapa buka story..atau lebih pada pesanan..kalau dia dah tak ada lagi..jangan tunggu tunggu,,tak payah tunggu anak yang jauh di perantauan..urus kan dan segerakan ,then bapa cakap..kalau masa hidup ini susah nak call, call pon sebab nak minta tolong itu ini atau ada pertanyaan..so kalau dah mati ..tak payah lah susah susah nak datang..makcik sungguh terkedu..rasa sedih ler plak..kemudian mak pon pesan yang sama.katanya lagi..tak payah bagi tau ..just uruskan saja..beremosi sungguh mereka berdua petang itu..aishhh...ini sudah lebih ini..so makcik mencelah..jangan cakap bukan bukan..tak suka tak suka..pastu we ols semua senyap..makcik tau siapa yang mereka maksudkan itu..kecewa yang di pendam bertahun lama nya sudah terluah. mudah mudahan makcik bukan dalam golongan anak si tanggang. sedih lah dengan orang orang yang rasa mereka sudah berjaya dan tidak memerlukan orang tua  mereka lagi.
oraitt...cerita sedih ini buat pedoman kita semua. jangan abaikan orang tua kita..perbuatan yang remeh mungkin akan menguris hati mereka. seboleh boleh nya..bertolak ansur lah pada orang orang yang kita sayangi..yang menyayangi kita yang sangat dekat dengan kita dan yang mengambil berat tentang kita tidak kira kalau mereka ada lah keluarga kita atau rakan kita....kerana waktu kita sebenarnya tidak panjang..bila bila saja kita akan di jemput..bila dan bagaimana...itu kerja ALLAH.

ok..back to topic..dah lama sebenarnya makcik buat kek sponge karamel ini..masa dok kat kl dulu..hari ini baru ada kesempatan mengupload apa yang patut. credit to my lovely kitchen untuk resipi nya yang makcik gunakan sebagai panduan sebab resipi yang makcik ada tinggal kat rumah kedua. jom layan resipi nya..untuk kek ini makcik gunakan acuan 8 inci / 20cm. kalau nak portion yang besar kena double kan resipi ok..

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
 Loyang 8 inci / 20cm

Cara-cara:
Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.  Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang  
ketepikan dan sediakan pula adunan puding . Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding
• 400ml fresh milk / susu cair
• 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
• 2 biji telur
• 140 gram gula castor
• 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandu untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..

2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih .

3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.

4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.

5. Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.

6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1

Bahan-bahan untuk Kek:
Adunan 1 (Meringue)

• 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
• 70 gram gula castor
• 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara:
1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan 2:
• 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
• 130 ml air
• 50 ml minyak masak
• 70 gram gula castor
• 140 gram tepung gandum
• 1 sudu teh baking powder

Cara-cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
4. Matikan mixer.
5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 . Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. 
8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 pusingan untuk 4 sudu setiap warna)
11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 pusingan lagi.
12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 pusingan dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.

13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.


NOTE : KAEDAH DOUBLE BOILER / BAIN MARIE
1. Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar di dalam oven. Atau...
2. Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar di dalam oven.


TIPS MEMBUAT KEK PUDING KARAMEL PELANGI DARI LOVELY KITCHEN

• Kek akan basah jika terlalu banyak air gula. Jadi sebaiknya minimakan penggunaan gula untuk gula hangus. 2 sudu besar sudah memadai. Boleh guna 1 1/2 sb sahaja jika tidak mahu air gula meleleh banyak semasa proses terbalikkan kek.

• Kacau adunan puding perlahan-lahan jangan sampai berbuih untuk dapatkan tekstur puding yang licin mulus tidak berlubang-lubang, kemudian tapis.

• Untuk dapatkan meringue yang gebu kental, jangan sesekali termasuk kuning telur ke dalam adunan putih telur walaupun sedikit. Jika bercampur dengan kuning telur, meringue tidak akan menjadi...kesannya kek tidak naik dan tidak gebu. Pastikan semua peralatan untuk meringue kering dan tidak berminyak. Segera lap air gula yang turun semasa terbalikkan kek. Sebolehnya jangan bagi kek dibasahi dengan air gula supaya kek kering cantik semasa dipotong.

selamat mencuba
 photo e9a172ce_zps55adbd05.jpg

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...