Friday, February 15, 2013

Free Sangat lah kan

 photo 1malaysia-130215-myen_zpsfb3bf2a3.png

so this airasia free seated buat makcik crazy. tidak lah free sangat kan..dengan kos bahan api, insurance , nak beli bag lagi..huhuhu seharusnya jangan terlalu excited. almaklum lah kan..credit card dan debit card pon kena charge for service...nothing in the world is free. tapi dalam membebel tu kena juga lah amik tiket at least rendah sikit dari mas..i wonder bila nak nak kasi free seated juga..

Alhamdulilah. selepas membuang banyak masa menunggu line yang tak berapa nak lancar ini, makcik manage dapat kan tiket untuk family  turun naik kl jer lah kan. untuk keluarga yang seramai 6 orang itu. lepas itu tiket untuk anak anak balik bercuti lagi.. hmmmm...sengkek lah pakcik . huhuhu

Selain hari semalam yang agak merisau kan makcik. nih ha...si puteri lilin tu patut lah beri pelbagai alasan tak nak balik kl...rupernya ke kuantan menonton wayang..ok fine..duit poket mu akan mama potong.

then si abang plak tengah mengalami sakit sakit badan. risau bebeno makcik nih. huhuhu


Wednesday, February 13, 2013

SAMBAL STEAMBOAT ALA JOHNNY'S

Steamboat ? sesekali berkumpul memang seronok kan sambil lepak lepak dan berborak. Banyak juga resipi yang makcik cuba dan kredit kepada penyumbang resipi dibawah  ini. memang ngam di tekak, keluarga pun suka. Selain soup yang enak sambal nyer juga best..try lah..anda tidak akan kecewa. The gathering untuk steamboat ini adalah pada tahun lepas. Hanya berkesempatan mengupload resipi nya kali ini dek kekangan masa.

   photo 2f186875_zpsbee63098.jpg

SOS STEAMBOAT ALA JOHNNYS
Bahan-bahan ( byk jugak... )
• cili merah bawang putih
• daun ketumbar gula perang
• gula pasir (gula putih) sos ikan
• minyak bijan cuka
• garam bijan - untuk ditabur dlm sos.
Cara-cara
1. blend cili merah, bawang putih, daun ketumbar, gula perang & gula pasir hingga hancur.
2. setelah bahan tadi siap di blender masukan ke dlm periuk dan masak di atas dapur dengan api yang serdehana.
3. masukan sos ikan dan minyak bijan serta garam. masak sos hingga pekat. setelah sos pekat dan sejuk boleh lah di tabur dgn daun ketumbar yg dicincang halus dan bijan yg telah di goreng tanpa minyak terlebih dahulu. sos ni lagi sedap disimpan semalaman dalam peti sejuk.. sos akan jadi lebih pekat..

 photo be715be7_zps3e905571.jpg
 
STEAMBOAT ( SOUP AND SOS ) SOURCE: myresepi@kak fida

Bahan-bahan ( 1 famili )
SUP A :- (yang mudah)
• 1/2 kilo tulang ikan atau tulang ayam
• 2 ltr air
• 1 kiub pati ikan bilis atau 1 genggam ikan bilis dikisar
• 3 sk pes bawang putih
• 2 sk pes halia
• garam dan gula secukup rasa
•
Cara-cara
1. Untuk cara2 SUP A :- Rebus tulang2 ikan atau ayam dengan air,dijadikan stok.Setelah mendidih,tapis dan buang semua tulang2.Jerang semula stoknya dan masukkan kesemua bahan2 yang lain dan rebus dengan api sederhana.Tambah air jika kurang dan perasakan lagi dengan garam dan gula secukupnya. SUP A ini akan bertambah sedap setelah dicelur atau dimasukkan bahan2 seperti udang,sotong,bebola ikan dll...

Untuk cara2 SUP B(Korean Style) :-
 photo 2c3b0bb2_zps3dd11447.jpg
SUP B :- (Korean Style)
200 g kacang soya
1/2 kilo kepak ayam atau tulang ayam
5 ulas bawang putih - diketuk
1/2 jari haliA - diketuk
2 kiub pati ayam
secukup air untuk merebus
agar- agar laut (seaweed) secukupnya
garam,gula secukup RASA
Semua bahan2 kecuali agar2 laut/seaweed direbus dengan secukup air hingga kacang soya kembang,tambah air lagi jika perlu dan masak hingga mendidih.Matikan api dan tapis untuk dijadikan sup.Jerang semula sup dan masukkan agar2 laut/seaweed dan bolehlah dicelur dgn bahan2 steamboat yg telah disediakan.

Monday, February 11, 2013

CHEESE CAKE SEMPOI

Assalamualaikum untuk semua. I'm Back! 2012 banyak meninggal kan kenangan..bak kata orang kenangan pahit manis. Makcik harap tahun ini akan lebih baik dari tahun yang sebelum nya. Tahun ini akan jadi tahun yang bajet tight untuk makcik kerana si abang dah masuk U. so ada 2 anak yang harus di taja pelajaran nya, kemudian ditaja tiket kapal terbang yang mungkin menganggap miri atau kuching ke kl adalah seperti dari kl ke shah alam. Kemudian poket money yang kekadang lebih dari pekerja di kedai jakel itu.. meaning makcik harus mengikat ketat nafsu makcik untuk bebelanja ~ tak apa lah demi pelajaran anak anak. In sya ALLAH. makcik harap semua perancangan makcik pada tahun ini dipermudahkan oleh ALLAH. Amin 
 photo IMG_5834_zps4859ef6e.jpg
sementara nak mengubat hati kita yang tengah lara duka nestapa ala ala bajet sudah ketat ini kita makan cake cheese dulu iyer. Kek cheese yang sempoi ini tidak memerlukan oven. dah siap semua kita cuma sejukkan kedalam peti sejuk.
 photo 5e9cd95d_zps004b9148.jpg
selalunya orang buat begini tapi makcik ubah sikit dgn tahap kerajin malasan tangan makcik :)


mari kita tengok bahan nya:-

4 bungkus salted cheese biskut atau anda boleh juga guna kan biskut oreo yang di buang intinya
250gm cream cheese  atau lebih sikit untuk yang suka rasa cheese yang pekat- guna jenama philphedia cheese
50gm gula halus
100gm butter
250gm whipping cream
180ml yogurt berperasa (makcik letak blueberry atau pun pic)

caranya:-

pukul cream cheese, gula halus dan juga butter sehingga kembang dan ringan. masukkan whipping cream. pukul lagi sehingga sebati . apabila sudah sebati masukkan yogurt. 

step 1
lapikkan loyang dengan aluminium foil atau pun kertas plastic. masukkan  adunan cream cheese sebanyak 2 senduk..ratakan adunan dan susun kan biskut salted cheese ataupun biskut oreo. anda boleh juga menggunakan kedua jenis biskut ini dengan membuat lapisan pertama biskut oreo dan lapisan kedua biskut salted cheese. setiap lapisan di lapiskan dengan 2 senduk adunan cheese. ulangi proses sehingga habis. di permukaan lapisan kek cheese ini , taburkan dengan nestum susu jika suka atau anda boleh taburkan dengan parutan cheese cheddar.
dah siap semua itu, tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sejukkan semalaman didalam peti sejuk.

disini makcik buat lapisan nya menggunakan roti marie yang makcik hancurkan dan kemudian masukkan cairan butter. sejukkan didalam peti sejuk dan makcik lapiskan dengan lapisan cheese dan kepingan roti salted cheese. diatas nya makcik taburkan dengan serbuk oat dan kekacang

try lah buat..sangat senang dan kos nya pun sangat murah.

 photo IMG_5868_zps117e5aa0.jpg

Monday, December 24, 2012

CUCUR CEMPEDAK

cempedak ooooo cempedak  photo IMG_5950_zpsbfaf41c0.jpg makcik nyer faveret nih ~ cucur cempedak. memang sedap kalau dapat buah yang cukup matang isi yang kekuningan dengan rasa yang manis. goreng buat cucur cempedak dan di makan panas panas.
Makan time ujan ker..phewww...

the resipi...alalallala tak kan tak taw pulak kan, cuma bancuh tepung beras dan sedikit tepung gandum, masuk secubit garam  dan air - texture nya macam kita buat bancuhan untuk goreng pisang . sesimple itu jer.

then...jangan buang biji nya iyer. cos biji cempedak ini juga merupakan faveret masa kecil. rebus biji nya dan biarkan ia nya masak sehingga empuk.
 photo IMG_5973_zps5c055374.jpg
letak sedikit garam dalam air rebusan biji cempedak bila biji tu dah start empuk. teringat zaman kecil kecil dulu mak atau nenek makcik akan kumpul biji cempedak ini dan rebus  untuk minum petang. pas makan kudapan ini bersedia lah tuk buang angin..terkentut kentut lepas makan biji cempedak.
itu cerita zaman dulu. sekarang ini budak lahir zaman moden nih tak lalu nak jamah benda camgini.
 
Btw Makcik baru balik dari menghadiri tahlil arwah Ros ke 40 hari. tidak terasa sudah 40 hari arwah ros meninggal kan kami. Nampak kesedihan di mata ibunya, kami hanya dapat mendoakan yang terbaik untuk keluarga arwah Ros. semoga arwah tenang di sana. Mode :( 

Tuesday, December 18, 2012

DURIAN CREPE

Musim durian dah nak abis dah. entry ini dah lama dalam simpanan draft cuma kesibukan  tidak membolehkan makcik mengadap computer. Syukur alhamdulilah musim durian macam durian runtuh jer kat bandar miri. tidak seperti tahun sebelum nya tahun ini musim buah seolah olah pesta yang gah sekali. durian yang berharga seringgit atau 2 ringgit, sesuatu yang jarang di dapati di bandar ini. manggis 3rm sekilo atau rambutan seringgit sekilo. terlalu murah untuk bandar miri. this year makcik simpan stok buah durian didalam freezer, lain lagi dengan tempoyak nya..kira nak makan setahun lah gitu. stok untuk bila rasa teringin kan. nafsu ini bukan boleh percaya sangat. time banyak begini rasa muak lah ..mual lah..cer time tak ada buah..bila teringin tu kalau orang jual berpuluh hengget pon sanggup beli. pheww..
 photo IMG_5807_zps3e84f91b.jpg


makcik kongsi kan resepi ini yang makcik dapat dari melayari internet. tak ingat dari mana makcik dapat tapi the credit goes to her. Terima kasih bebanyak sebab sudi share resipi yang sedap dan lembut ini. makcik copy paste jer..minta halal iyer.

DURIAN CREPE
 photo IMG_5812_zps7fd03903.jpg

Bahan-bahannya:
2 sudu besar tepung pau
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
4 sudu besar tepung naik sendiri
1 1/2 sudu besar gula castor
2 biji kuning telur
1 penutup esen vanila
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam Air
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu teh pewarna kuning lemon

Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan tepung dan yang lain kecuali mentega cair dan pewarna ke dalam blender. Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk penuh blender.
1. Kisar hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam. (Saya simpan dengan blender2 sekali.. ) 2. Selepas sejam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna, kisar sekejap aje hingga rata.
3. Panaskan non-stick pan menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Tak perlu terbalikkan. (Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut).
4. Ulang langkah 4 hingga semua adunan tepung habis. Biarkan crepe sejuk.. Bentangkan crepe dengan bahagian yang licin di bawah. Dengan menggunakan plastik piping, pipekan fresh cream di tengah-tengah crepe. Sudukan isi durian di atas fresh cream. Paipkan fresh cream di atas isi durian.
kemudian lipat crepe.  
 photo IMG_5805_zpsc622cc85.jpg
walaupun orang dok berbangga dengan crepe ini secara peribadi makcik idak lah suka sangat durian crepe ini.Untuk yang kononnya nak menguruskan badan cam makcik ini digalakkan jangan makan durian crepe ini. the whipping cream and the durian flesh..gosh we makan lemak lah...

Sunday, December 2, 2012

DEATH BY CHOCOLATE



Camna nak reject kek se moist gini..thank you cik mat gebu.  sedapppp you.

Death By Chocolate Cake                  Credit to Mat Gebu   


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan mentega, dicairkan
3 biji telur, grea A
1 3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 cawan air panas mendidih
1 cawan susu cair (mat guna jenama "Ideal")
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

BAHAN GANACHE :-)
300 g coklat masakan*
1 camca teh mentega*
3 - 4 camca besar susu cair*(*satukan dan masak dengan kaedah double-boiler hingga coklat cair, kacau rata dan boleh digunakan)

BAHAN HIASAN :-)
Strawberry secukupnya -
Chocolate curls secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan putar rata. Masukkan susu, garam dan mentega cair tadi, kacau rata.
2. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kaedah kaup balik, hingga sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata, tuang dalam "bundt pan" berukuran 10 inci yang telah dilenser..boleh lihat contoh di sini....
3. Bakar pada suhu 160C selama 50 - 1 jam atau hingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari tin. Hias dengan chocolate ganache, chocolate curls dan strawberry. Boleh dihidangkan.
4. Nak pesan, jika bakar guna tin aluminiun biasa, alas dasar tin dengan kertas minyak dan sapu dengan sedikit mentega dan bakar suhu pada 175C. Kalau guna tin yang warna hitam, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resipi, 160C...Selamat mencuba!.

Saturday, December 1, 2012

BLACK AND WHITE CHOCOLATE MOUSSE

Hari ini hari pertama dalam bulan december . Sekejap jer rasa dah nak bertukar ke tahun 2013. cepatnya masa berlalu. Btw dah lama mengidam chocolate mousse cake yang lembut berkrim dan lemak gitu. tapi lepas makan kalau rasa lemak tu naik mencanak canak dan tangan mula rasa penat..jangan lah komplain. makcik ambil resipi ini dari pada buku alex goh. One of my favourite chef. Pada makcik dia ini seorang yang sangat dedikasi. resipi dia pun tak susah di follow. cepat jer faham  untuk pelajar slow macam makcik ini.
 photo IMG_5690_zps427a5128.jpg
BLACK AND WHITE CHOCOLATE MOUSSE - ALEX GOH

For the sponge cake
A
5 Egg Yolk
20g sugar
1/2 tsp vanilla essence

B. 5 egg white (pukul sehingga kembang - like meringue, tak faham juga, macam kita nak buat pavlova tu)

C. 120g sugar

D
90g plain flour
20g cocoa powder

E. 60g corn oil

method:-
whip A till light and fluffy
whip B until soft peak, add in ingredient C, continue whipping until stiff
mix the egg white mixture with A until well blended
fold in D. mix until well combined. add in E. mix till well incorporated, pour mixture into a greased and line round mould. bake at 180 C for 30 minutes. remove the cake immediately when baked.
 photo IMG_5696_zpsca454220.jpg
DARK CHOCOLATE MOUSSE
A
50G MILK
1 TSP INSTANT coffee powder (makcik guna coco)

B
20g sugar
1 egg yolk

C
60g dark couverture chocolate (melted) (makcik guna compound jer cos couverture tak ada dalam stock)

D
2 tsp gelatine
30g water

E
140g whipping topping cream

Method
cook ingredient A until its boil. add into B, mix until well blended, continue to cook for 1 minute. add in C. mix till well combined. add in D until well blended. place it over double boiler. cook until gelatine has melted. add it into the above mixture mix until well blended. cool it over ice water to 30C. add in E. mix till well incorporated.

Place 1 layer of cake onto the bottom of the round rind mould. pour some dark chocolate mousse onto the cake top with second later of cake. keep in the fridge for 15 minutes while preparing the white chocolate mousse.

WHITE CHOCOLATE MOUSSE
A
50g milk

B
20g sugar
1 egg yolk

C 60g white couverture chocolate - melted

D
2 tsp gelatine
30g water

E
140g whipping topping cream
 photo IMG_5692_zps15b94036.jpg

cook ingredient A until boils. add into B, mix until well blended. continue to cook for 1 minute. add in C. mix till well combined. mix D until well blended and place it over double boiler. cool until gelatine has melted. add it into the above mixture. mix until well blended. cool it over ice water to 30 C. add in ingredient E. mix until well incorporated,

remove the cake from the fridge and pour the white chocolate mousse on top. keep in the fridge to let it set. unmould and dust with some cocoa powder. decorate with cream rosettes and chocolate shaving.

happy weekend peeps.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...