Wednesday, August 24, 2011

MACAROON tak jadi

for the first time in my life excited yang teramat sangat nak buat benda alah ini walaupun cuak . Memang takut tak jadi..takut masuk tong sampah . alhamdulilah menjadi walaupun tak ada kaki..boleh makan tapi ya ampun…tak boleh nak bercinta dengan taste makcik..manis teramat..tapi kombinasi coklat filling memang padan..and yes..makcik chocoholic..
 photo 81f21e6c_zps2338bfab.jpg

 photo 3ba2111b_zps4d3b8ad9.jpg
comot..frusttt

 photo 7c31e37f_zps8a9193ed.jpg
tak jadi sebab tak ada kaki..

tapi boleh lahhh mencicip sambil tengok tv with this cup of rose tea…hurmmm mode: frustt

IFTAR 2011

sibuk giler jer dekat nak raya ini..alhamdulilah adalah seorang dua yang tempah kek dengan makcik. boleh lah buat belanja dapur kan..

Ahad lepas 21 July 2011, sempat Iftar with Igian..exceli sajer nak surprise yang lain - CJ, NCJ,YAN & TINIE. PB invite me for the Iftar di Wadi Hadramawt (Ampang) Kelakar sungguh sebab CJ booking di jalan Chulan tapi kita orang pakat pakat pergi ke Wadi Hadramawt Jalan AMpang. Then bila sampai sana (kat Ampang) itu nama tuk booking pulak tak ada..memang lah tak ada , dah salah information..kah kah kah..then makcik dan PB beria ria cakap ada booking..bla bla bla..dapat lah table for 10 person. The food is nice. Certain food tak sedap kat tekak makcik.Yolah kan makcik bukan biasa sangat makan benda alah Bila kata buffet so we pakat makan sambil lepak. ingat after 1st round there will be another round tapi hampeh...just imagine start berbuka (7.25pm) we all makan ringan ringan..the cuppies I brought..then time amik makanan pun kena queue up. time tu dah pukul 8.00 malam..before 9.00pm mereka (the staff) dah angkat semua makanan pergi dapur.Punya ler frust kita orang. takda dessert and etc..Macam kena tipu ler plak oleh pak arab nie.. hey..we're talking about buffet..kalau hotel..buffet dari kol 6.30p.m sampai pukul 10.00 malam..but this one...dah lah orang berbuka puasa..less then 3 hour makanan dah siap di angkat. Kita orang dok complaint..insist for free food..mereka nak bagi setengah harga..mana lah kita orang nak..we paying for RM49.00 per person..tapi makan tak cukup..the worst thing is bila dia nak bagi free fish fillet yang makcik dok teringin nak makan..benda tu dah tak fresh lagi..and just imagine orang lain yang dining dekat situ after buffet..makan left over food n reheat sajer..Yes mereka bayar lagi mahal. Pak arab ni kan...cukup the hampes..

cukup gigih makcik baking cupcakes untuk iftar ini..nasib baik bawakan makanan. kalau idak...aieeee harus kelaparan .
 photo 21082011770_zps27da32db.jpg


 photo 21082011782_zpscf4252e0.jpg
simple cuppies…with cheese frosting for red velvet n coklat ganache for black n white chocolate cake


btw sementara menunggu PB mengambil kita orang kat LRT station..adalah kucing ini..tetiba berlagak manja..adalah kucing orang yang hilang atau sengaja di tinggalkan dekat lrt station ini. kesian kucing ini kelaparan. Sempat makcik bagi makan kek buah...dan dengan lahap nya dia makan..huhuhu
 photo 21082011818_zpsc56f8aec.jpg

 photo 21082011821_zpsabd90777.jpg

 photo 21082011828_zps6b12954d.jpg



 photo 21082011840_zps33b8ec05.jpg
geng sedang complain..memang tak puas hati betul kan..with that kinda of buffet,betul lah orang kata jangan percaya sangat dengan pak arab ini.

Friday, August 19, 2011

Golden Churn



kata lah kan...selama ini dok telan benda ini...mau tak seekor anak babi dah keluar dari perut...nauzubillahi min zalik . Allah ampuni lah dosa hamba hamba mu yang khilaf

Jakim Confirms 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' Is Non-Halal

KUALA LUMPUR, Aug 15 (Bernama) -- The Islamic Development Department of Malaysia (Jakim) today confirmed that the 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' sold in Malaysia is non-halal.

Its director-general, Othman Mustapha, said the decision was made after finding that the product came from the same factory as that distributed in Sarawak, although there were brought into the country by different importers.

"This was confirmed by the agent of Ballantyne Food, from New Zealand, which manufactures the product.

"Therefore, Muslims should not use the product," he said in a statement here today.

Last July 19, the Sarawak Islamic Religious Department had declared the product non-halal after it was found to contain pig DNA.

Othman said the company had been informed of the matter and it had agreed to withdraw the product from the shelves.

He said the decision was made after discussing the matter with the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry, the Chemistry Department, the Health Ministry's Food Safety and Quality Division, the Sarawak Islamic Religious Department and the Johor Islamic Religious Department on Aug 8.

With the product being confirmed non-halal, he advised holders and new applicants of the halal certificate who use the product to change it with other type of butter which is certified halal and to keep the purchase receipt of the new product as proof.

They are also required to carry out a ritual cleansing process by using clay soil and water, known as 'samak', and it has to be witnessed by the Islamic Religious Department in the respective states, he added.

--BERNAMA
** have to admit selama ini guna golden churn. patut pun sedap..*sigh* so kalau kata ada terjumpa resipi with golden churn butter tolong tukar pada butter lain occay!

Thursday, August 18, 2011

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum, tak tahu di mana makcik nak mulakan. Setelah beberapa hari tak update blog, makcik ingat nak update tentang aktiviti makanan yang sempat makcik snappy dengan henpon cap ayam makcik tapi malam tadi lepas makcik terima sms dari Pia dari mengantuk terus terjaga. Our forum friend yang makcik kenali as MAID OF VENUS aka Medison B aka Kak Med atau nama sebenarnya Sharifah Neng Salmi Barakbah telah pergi meninggal kan kita @ 2.30petang di Hospital @ Alor Setar. Makcik kenal dia bila makcik join forum Infogossip.com about 6 years ago sekarang lebih di kenali dengan nama IGnet. The last entry arwah MED membuat siapa saja akan merasa betapa kuat dan tabah dia dalam menempuhi dugaan hidup dikelilingi orang orang yang menyayangi dia. Arwah meninggal dalam umur 38 tahun ..*sigh* Itu lah aturan hidup kita , ALLAH merancang segala-galanya. Semoga ALLAH ampun kan dosa dia selama ini dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Dan makcik halalkan apa saja benda , atau dari rasa kurang puashati makcik terhadap dia dulu..makcik halalkan dunia dan akhirat, Sesungguhnya makcik berharap syurga dan ketenangan yang hakiki untuk NENG SALMI di alam yang satu lagi. Hanya al-fatihah dan surah yassin yang dapat makcik sedekah kan untuk neng. AL-fatihah sekali lagi .
Didalam kenangan makcik dengan Med, makcik adalah peminat kerepek bilis lilit yang dia jual sepanjang bulan ramadan/hari raya. Sejak dia bisness kerepek itu, makcik lah pelanggan tetap. Sekarang agent kerepek dah tak ada lagi.. :(

Kalau kita di alam maya menyayangi Arwah dan terasa kehilangan arwah, sudah tentu keluarga arwah lebih lagi meratapi hiba kehilangan arwah. Di bulan ramadan ini sesungguhnya arwah mendapat keberkatan yang berlipat ganda, bulan yang sentiasa di nanti dan di doa kan agar di "ambil" pada waktu ini, lebih lebih lagi sewaktu hari nuzul al-quran. Tenang lah Neng Salmi di sana. semoga ALLAH permudahkan segala urusan Neng Salmi setelah mengharungi waktu kesukaran dan penderitaan yang memeritkan. Selamat Tinggal Med. I'm gonna miss you

Monday, August 15, 2011

Ehem Ehem

makcik dah ada oven..yeahhhh...ada pengukus juga...yahooo...well di tempat baru ini, setelah pujuk rayu , mengadap pakcik, almaklum lah kan..makcik tak kerja kenalah usha duit dari pakcik. so weekend lepas dapat lah membaking kek. Kek coklat yang super moist dan , red velvet dan black bottom cheese cupcake.. bunyi meriah sangat kan...yang ada kat rumah ..3 orang jer..petang karang nak sedekah kat pak guard di bawah itiew. Malangnya tak leh nak tempek gambar. Sebab nya Encik Kodak telah di rasmikan oleh putri lilin - i mean di cuci nya didalam mesin basuh..ala ala tak sengaja lah konon nya which i prefered to use perkataan cuai. Kan..sungguh lah makcik rasa nak nangis. Belum lagi psp anak yang 2 orang tu ilang..bukan satu ok..tapi 2 psp..meaning cepat atau lambat kena ganti lagi...arghhh..duit lagi tu.

Mood raya belum lagi datang..tapi kemeriahan hari raya kat Kl ini dah wujud sebelum puasa lagi rasanya..now jalan jalan kat TAR atau masjid India..waduh waduh penin penin makcik. nak lagi di bulan puasa..nak cari barang pun dah tak reti. Tetiba rasa blur sajork, but semakin dekat nak raya, semakin terasa hiba..wah..hamba jadi sungguh sensitif..:(

Oh..makcik ada order untuk kek kukus..tahun ini sapa nak order meh lah calling calling.

Wednesday, August 10, 2011

Malas nyer

betul lah seperti title kat atas tu..dah mengomel berjela tetiba page redirect plak then semua entri terpadam...dan malas lah nak taip balik...
Assalamualaikum pada semua. Dah masuk 10 hari kita berpuasa tapi makcik start cuti hari ini. Walaupun cuti masih lagi kena bangun untuk orang yang bersahur. Makcik terjumpa blog ini - Moon Punya Blog
Menjengah di blog ini tak terasa airmata makcik laju jer keluar. Kisah pesakit kanser dan kisah seorang suami yang tabah. Makcik selalu merasa ALLAH uji makcik dengan ujian berat tapi ujian talib lebih lagi berat. Semoga Mereka tabah menghadapi ujian dari ALLAH dan ALLAH tunjukkan keajaiban untuk keluarga mereka. AMIN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...