Sunday, August 7, 2011

Tuntutan Hidup

Early morning makcik dan pakcik pergi ke pasar borong selayang. One of my favourite place untuk membeli bahan mentah walaupun tambang teksi boleh mencapai rm20.00 ulang alik dari tempat makcik duduk. Makcik hanya perlukan 1 jam atau lebih sikit untuk keperluan dapur ..maybe dalam RM150.00 atau lebih sedikit untuk seminggu. still ok untuk sayuran, ikan dan ayam daging. That y makcik suka pergi ke situ walaupun agak kotor dan hanyir..udah namanya pasar borong kan..
Hari ini masak sup kambing.that the first time masak sup kambing or even merasa makan sup kambing. itu pun setelah di rekemen kan oleh perempuan india yang sama sama borak time beli daging kambing . at first nak buat kari atau steak..bila dia cakap buat sup sedap..terliur lah juga..tambahan di bulan puasa..
so today menu berbuka makan sup kambing..boleh ler tahan sedapnya.. tapi tak boleh makan banyak banyak....fenin fenin.

wokeh..nih nak membebel sikit tentang adik kesayangan makcik..apa ke jadahnya dia terlalu mempercayai gf merangkap ex tunang yang entah apa apa by asking her to simpan his atm card (manage his account n gaji) mengada tak henggat budak tu..belum apa apa dahh meraser nak queen control..kan... so the very entah haper haper..I felt very bad ..they plan to get marry soon tapi after what she did to my brother dulu..still my brother percaya kan dia and accept her back . lepas ini tak tahu lah apa nak jadi. Pun begitu makcik harap ada hidayah untuk adik makcik. Kalau perempuan itu telah berubah untuk kebaikan, alhamdulilah..sebab makcik sangat sayang adik makcik itu, and i wanna him to be happy.
and ada kes pasal oven and beater.........sungguh tak berhemah!

Friday, August 5, 2011

hari ini makcik as usual tertido kat sofa depan tv, terbangun dalam pukul doblas setengah tengahari..yolahkan..dah namanya puasa, tak terbuat benda lain lagi..terbangun pun sebab dengar bunyi bising....buka mater jer my dotter cakap , mama hari ini saya jadi snow white..(time tu dia tengah pegang penyapu Mop ~ nak mop lantai)

alellellelle...keje sikit terus jer banding ngan kartun entah apa apa...tak per hari ini snowwhite, petang karang makcik suruh dia jadi chef plak...ngeeee!
entahh haper haper budak sekarang..kan...

oh ya lupa makcik, semalam makcik cakap kat dia , bangun seawal pagi so as a reward i will pamper her - scrub & massage her body...maybe itu kot dia semangat nak bangun..tapi dia bangun kol 10 lebih ...matahari dah naik..aci tak nak bagi reward??
The world is not safe anymore, DUlu berjalan di tempat sunyi pun kita masih rasa selamat but now :((

semalam with mayat timbalan pengarah veterinar yang di jumpai mati di samun di tambun , Ipoh, then in kl mayat wanita dan anak yang di kerat mati, kepala bayi putus dalam perut..atau pelajar di toreh kepala oleh Ustaz.. sungguh sungguh menakutkan.
sometime orang yang kita percayai boleh menjadi musuh dalam daging. Memang lah kita tak boleh lari dar qada qadar tapi kita boleh berusaha untuk keselamatan diri kita. Girls out there guna akal fikiran yang rasional untuk semua keadaan yang di hadapi.


Kagen sihh

Al-Fatihah Untuk Yang Pergi

Pertama kali makcik kehilangan orang yang disayangi pada 1992~ 3 Hari sebelum my dotter lahir. Makcik kehilangan datuk iaitu bapa kepada emak makcik walaupun i have to be honest kehilangan itu hanya seperti biasa biasa saja..makcik tak rapat sangat dengan arwah ~ jenis yang suka membebel (tapi makcik harus akui dengan cucu cucu yang lasak haruslah dia membebel ) tapi siapa makcik nak judge orang kan.. selepas itu followed by few others family member sebelah emak..again i dont felt as if that was a big issued until in 2002 makcik kehilangan pakcik (suami kepada kakak emak makcik) whom i addressed as Wa'Mawi. Funny guy , jenis yang lurus bendul yang tak pernah kecik hati - with him makcik asyik ketawa..ketawakan dia dengan telatah yang entah apa apa ~ jahat tak makcik? but Im his favourite anak buah also.. bila he was diagnosed with skin and bone cancer , dia asyik tanya makcik. kiranya the moment doktor sahkan dia sakit, he called me up. and i'm like on the last plane that evening untuk bersama dengan nya. ..syukur makcik sempat jaga dia walau hanya seminggu. Dia dah lama pergi but somehow i never felt begitu..makcik rasa dia ada..still around cuma tak nampak.Dan balik ke kuching sudah tidak "exciting" lagi rasanya. makcik rindu dia, his telatah yang gila gila and i missed his kari kambing..no one make prefect kari kambing macam dia.
Lepas dia, a big impact for me bila nenek adi (bapa kepada bapa makcik) left. infront of me and within kontroversi family members..makcik syukur makcik dah jaga dia, di waktu senang sihat dan di waktu sakitnya. In 2005 his wife pula menyusul..also di depan makcik.
that was a big impact for me, banyak sejarah dan cerita yang tersingkap since mereka tinggal dengan makcik ... (diantara kehidupan makcik yang que sera que sera dan kehidupan tua mereka, makcik belajar erti kehidupan sebenar.) kehidupan tidak semestinya manis . I missed them ..sungguh. And makcik harap anak anak makcik walaupun sedikit itu tidak akan mensia siakan ibubapa mereka..walaupun makcik tak ada apa apa, dan ayah mereka bukan orang yang berada. ... makcik berharap ikatan kekeluargaan tetap di utamakan kerana kalau bukan keluarga hidup sebenarnya hanya lah sia sia....dan kosong..percaya lah...sekadar mengingatkan makcik atau yang singgah ke blog makcik, jangan lupa asal usul , agama yang di junjung, kalimah dan kiblat yang satu juga ibubapa dan adik beradik~ keluarga.(walaupun kita tidak berapa nak sependapat dengan mereka) as time goes by hanya mereka lah yang kita ada. percaya lah..~~
AL-Fatihah untuk mereka yang telah tiada. sesungguhnya kerinduan itu sentiasa ada.

Thursday, August 4, 2011

Get a LIfe!!

dah 4 hari kita berpuasa. makcik rasa puasa ini bukan main naik mencanak lagi lemak lemak di badan makcik. bukan nyer haper..kenyang tido jer setengah hari. dah pakcik kerja..makcik dok sorang..apalagi...membuta lah kan.. my dotter si puteri lilin itu tak kira lah..macam sugar glider dia. .. Malam jadi siang , siang jadi malam. malam ke subuh dengan laptop dia..dah petang baru bangun tido. malas dah makcik nak membebel buat sakit jiwa raga sajork. baik makcik dok diam diam.
No doubt kerja buat taik mater ni memang seronok. seronok sebab lepas tu sakit sakit badan..tulang temulang semua..sakit malas tak nya cakap. dengan mater yang bengkak..muka yang ala ala bulan purnama..nih makcik cakap makcik sendiri iyer, ingatan untuk hobby makcik yang tak sihat ini. woot..wooot...

lagi satu makcik nak cakap kat sorang minah nih, yang perasan kaya,cantk, mentang mentang bapa dia datuk..kalau dah attitute macam perempuan tak cukup sifat, sudah sudah lah nak mendengki kat orang, blog makcik, facebook makcik , makcik punya suka lah nak friend, unfriend, delete comment ker..tak ada makcik kesah kiahh oiiii.get a life plizzz!!!!!!!

Monday, August 1, 2011

Sayu

iyer..sayu hati makcik bila pertama kali terawih kat tempat orang..i meant untuk puasa yang pertama sebab selalu nya untuk hari pertama makcik sedaya upaya memastikan keluarga - anak anak dan ibubapa makcik bersama sama berkumpul..walaupun hanya untuk puasa yang pertama. kinda penting buat makcik selagi ibubapa makcik masih ada di dunia ini. ketika azan di laungkan ..tak terasa airmata makcik mengalir..makcik rindukan bapa makcik..dan melihat jemaah perempuan yang lain, makcik teringat emak makcik.. sensitifnya time camgini, walhal bila dah berdekatan, tak ada nya berperasaan begini, betul kata orang, bila didepan mata, kita buat tak tahu..bila berjauhan terasa kehilangan.. uwaaaaaaaaaa..makcik nak balik lah macam ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...