Friday, August 5, 2011

hari ini makcik as usual tertido kat sofa depan tv, terbangun dalam pukul doblas setengah tengahari..yolahkan..dah namanya puasa, tak terbuat benda lain lagi..terbangun pun sebab dengar bunyi bising....buka mater jer my dotter cakap , mama hari ini saya jadi snow white..(time tu dia tengah pegang penyapu Mop ~ nak mop lantai)

alellellelle...keje sikit terus jer banding ngan kartun entah apa apa...tak per hari ini snowwhite, petang karang makcik suruh dia jadi chef plak...ngeeee!
entahh haper haper budak sekarang..kan...

oh ya lupa makcik, semalam makcik cakap kat dia , bangun seawal pagi so as a reward i will pamper her - scrub & massage her body...maybe itu kot dia semangat nak bangun..tapi dia bangun kol 10 lebih ...matahari dah naik..aci tak nak bagi reward??
The world is not safe anymore, DUlu berjalan di tempat sunyi pun kita masih rasa selamat but now :((

semalam with mayat timbalan pengarah veterinar yang di jumpai mati di samun di tambun , Ipoh, then in kl mayat wanita dan anak yang di kerat mati, kepala bayi putus dalam perut..atau pelajar di toreh kepala oleh Ustaz.. sungguh sungguh menakutkan.
sometime orang yang kita percayai boleh menjadi musuh dalam daging. Memang lah kita tak boleh lari dar qada qadar tapi kita boleh berusaha untuk keselamatan diri kita. Girls out there guna akal fikiran yang rasional untuk semua keadaan yang di hadapi.


Kagen sihh

Al-Fatihah Untuk Yang Pergi

Pertama kali makcik kehilangan orang yang disayangi pada 1992~ 3 Hari sebelum my dotter lahir. Makcik kehilangan datuk iaitu bapa kepada emak makcik walaupun i have to be honest kehilangan itu hanya seperti biasa biasa saja..makcik tak rapat sangat dengan arwah ~ jenis yang suka membebel (tapi makcik harus akui dengan cucu cucu yang lasak haruslah dia membebel ) tapi siapa makcik nak judge orang kan.. selepas itu followed by few others family member sebelah emak..again i dont felt as if that was a big issued until in 2002 makcik kehilangan pakcik (suami kepada kakak emak makcik) whom i addressed as Wa'Mawi. Funny guy , jenis yang lurus bendul yang tak pernah kecik hati - with him makcik asyik ketawa..ketawakan dia dengan telatah yang entah apa apa ~ jahat tak makcik? but Im his favourite anak buah also.. bila he was diagnosed with skin and bone cancer , dia asyik tanya makcik. kiranya the moment doktor sahkan dia sakit, he called me up. and i'm like on the last plane that evening untuk bersama dengan nya. ..syukur makcik sempat jaga dia walau hanya seminggu. Dia dah lama pergi but somehow i never felt begitu..makcik rasa dia ada..still around cuma tak nampak.Dan balik ke kuching sudah tidak "exciting" lagi rasanya. makcik rindu dia, his telatah yang gila gila and i missed his kari kambing..no one make prefect kari kambing macam dia.
Lepas dia, a big impact for me bila nenek adi (bapa kepada bapa makcik) left. infront of me and within kontroversi family members..makcik syukur makcik dah jaga dia, di waktu senang sihat dan di waktu sakitnya. In 2005 his wife pula menyusul..also di depan makcik.
that was a big impact for me, banyak sejarah dan cerita yang tersingkap since mereka tinggal dengan makcik ... (diantara kehidupan makcik yang que sera que sera dan kehidupan tua mereka, makcik belajar erti kehidupan sebenar.) kehidupan tidak semestinya manis . I missed them ..sungguh. And makcik harap anak anak makcik walaupun sedikit itu tidak akan mensia siakan ibubapa mereka..walaupun makcik tak ada apa apa, dan ayah mereka bukan orang yang berada. ... makcik berharap ikatan kekeluargaan tetap di utamakan kerana kalau bukan keluarga hidup sebenarnya hanya lah sia sia....dan kosong..percaya lah...sekadar mengingatkan makcik atau yang singgah ke blog makcik, jangan lupa asal usul , agama yang di junjung, kalimah dan kiblat yang satu juga ibubapa dan adik beradik~ keluarga.(walaupun kita tidak berapa nak sependapat dengan mereka) as time goes by hanya mereka lah yang kita ada. percaya lah..~~
AL-Fatihah untuk mereka yang telah tiada. sesungguhnya kerinduan itu sentiasa ada.

Thursday, August 4, 2011

Get a LIfe!!

dah 4 hari kita berpuasa. makcik rasa puasa ini bukan main naik mencanak lagi lemak lemak di badan makcik. bukan nyer haper..kenyang tido jer setengah hari. dah pakcik kerja..makcik dok sorang..apalagi...membuta lah kan.. my dotter si puteri lilin itu tak kira lah..macam sugar glider dia. .. Malam jadi siang , siang jadi malam. malam ke subuh dengan laptop dia..dah petang baru bangun tido. malas dah makcik nak membebel buat sakit jiwa raga sajork. baik makcik dok diam diam.
No doubt kerja buat taik mater ni memang seronok. seronok sebab lepas tu sakit sakit badan..tulang temulang semua..sakit malas tak nya cakap. dengan mater yang bengkak..muka yang ala ala bulan purnama..nih makcik cakap makcik sendiri iyer, ingatan untuk hobby makcik yang tak sihat ini. woot..wooot...

lagi satu makcik nak cakap kat sorang minah nih, yang perasan kaya,cantk, mentang mentang bapa dia datuk..kalau dah attitute macam perempuan tak cukup sifat, sudah sudah lah nak mendengki kat orang, blog makcik, facebook makcik , makcik punya suka lah nak friend, unfriend, delete comment ker..tak ada makcik kesah kiahh oiiii.get a life plizzz!!!!!!!

Monday, August 1, 2011

Sayu

iyer..sayu hati makcik bila pertama kali terawih kat tempat orang..i meant untuk puasa yang pertama sebab selalu nya untuk hari pertama makcik sedaya upaya memastikan keluarga - anak anak dan ibubapa makcik bersama sama berkumpul..walaupun hanya untuk puasa yang pertama. kinda penting buat makcik selagi ibubapa makcik masih ada di dunia ini. ketika azan di laungkan ..tak terasa airmata makcik mengalir..makcik rindukan bapa makcik..dan melihat jemaah perempuan yang lain, makcik teringat emak makcik.. sensitifnya time camgini, walhal bila dah berdekatan, tak ada nya berperasaan begini, betul kata orang, bila didepan mata, kita buat tak tahu..bila berjauhan terasa kehilangan.. uwaaaaaaaaaa..makcik nak balik lah macam ini.

Tuesday, July 26, 2011

Dengki?

alkisahnya sekumpulan pelajar pusrawi duduk kat kondo tempat makcik tinggal. blok A untuk pelajar perempuan yang rata rata nya bertudung litup, dan blok B untuk pelajar lelaki. Siap ada warden lagi. secara peribadi makcik memang seronok melihat mereka. belajar dan duduk di tempat yang selamat. siap ada security yang ketat lagi tapi malangnya ada yang buat petition untuk budak budak ini keluar dari condo .konon nya menganggu ketenangan mereka sebab mereka buat bising. Pada makcik tak ada nya mereka ini buat bising..mereka tak senang budak budak ini duduk atau mandi dekat pool atau bermain dekat playground, jauh sekali kalau pelajar ini berkumpul buat study group kat bawah condo. kesian juga makcik tengok pelajar ini.. serba salah dan makcik percaya boleh menjejas kan pelajaran mereka. yang sadis nya orang yang tak suka ini cuma segelintir , bangsa sendiri, kiblat yang sama, kalimah yang sama, tuhan yang satu. betul kata chedet..melayu mudah lupa, rasa dah kaya sikit sombong tak sedar diri. orang orang camgini elok nyer duduk dalam hutan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...