Thursday, July 7, 2011

TUDUNG SAJI

Sesuatu yang baru makcik pelajari di usia yang meniti senja.
 photo 4_zpsfcc4fe4c.jpg
Step 1
 photo 1_zps324d7f5d.jpg
Step 2
 photo 2_zps8c8d59b5.jpg
Dah siap
 photo 3_zps6da51dd1.jpg

Corak songket
 photo 6_zpsb298a175.jpg

Red and white  photo 5_zps09a9b6b9.jpg

Perlu kesabaran yang tinggi. Juga masa yang dahling kata “membuang Masa”

Tuesday, July 5, 2011

KUCING KU

Semua ini Kucing makcik. Malangnya kerana tidak terjaga dan terpelihara I had to sent them to new home. last 2 weeks sempat melawat mereka. Suka tengok mereka di jaga dengan baik. Dalam keadaan sihat sejahtera. Dan cemburu sebab sekarang makcik tak ada kucing yang segebu begitu.

 photo b02012009352_zps10701945.jpg
Ini Zola

 photo b02012009351_zpsef330ffb.jpg
Ini Zola dan mimi

 photo b02012009354_zps7be16852.jpg
Ini pula shasha

 photo b02012009356_zpsa428ee0e.jpg

 photo b02012009355_zps48b7835c.jpg
kadang kala benda yang kita sayang kita terpaksa lepaskan untuk kebaikan mereka sendiri. No matter how hard its is , no matter how sayang kita pada mereka, one day we have to let go.

MALAYA STEAMBOAT

Bila terbaca kat paper tentang kewujudan Malaya steamboat restaurant nih, bersungguh makcik usha nak lepak kat sini. Akhirnya merasa juga makcik makan kat restaurant yang sungguh nyaman suasana nya after few month of "merisik khabar". hopefully the owner akan mengekal kan suasana yang sebegini bersih untuk jangka masa yang panjang.
 photo bIMG_6261_zps92a5f063.jpg


Banner kat atas tu khas untuk yang suka berkarakoke

 photo bIMG_6264_zpsf3ea0142.jpg
Pelayan tengah tunggu pelanggan. Nice place . very cozy

 photo bIMG_6265_zps959852b8.jpg
Ada menu lain.. buffet eat all you can
 photo bIMG_6188_zps43d01b77.jpg
Malangnya seafood tak berapa nak fresh
 photo bIMG_6216_zps504426cf.jpg

 photo bIMG_6187_zps1330773a.jpg

 photo bIMG_6197_zps9926e1a0.jpg
The soup sedap..sambal pun sedap.. semua sedap kecuali seafood tak fresh

CHOCO AGAIN

 photo IMG_7006_zps642d45ce.jpg
hari ini buat chocolate lagi. order dari kawan. this will be the last order sebab stock chocolate dah abis. punyalah mahal chocolate compound kat sini tak sanggup makcik nak beli. kalau kat kl baru jer dalam rm15 yang good gred tapi kat sini di bumi bertuah ini, harga satu bar untuk jenama yang tak berapa nak ok dah dalam 25 ringgit. Payah nak membisnes macam ni.

 photo IMG_6987_zpsa93707d4.jpg

sambil sambil tu sempat plak buat paceri nenas. teringat kat daHling yang suka makan paceri nenas. so my lunch today makan nasi putih + paceri nenas.

Saturday, July 2, 2011

Motor Part 1

Daddy said this one


Anak bertuah seorang nih nak yang ini. Insist, Paksa, Ugut..apa apa ayat yang boleh di guna pakai untuk dapat kan yang ini.
 photo bIMG_5877_zpsf0519d26.jpg
Nak kaler biru ini.. dan dah meronda ronda kat kedai motor. Kes berat ni.Daddy said NO. Makcik plak say No No and Yes. Yes untuk tempoh masa
 photo 6c02ad49_zps8ede6ee4.jpg
Si kecik plak berangan angan nak beli ini. Hoccay this one next next year. selamat lah makcik coz baru berumur 14 tahun kan..
 photo ce564e5a_zpsc9f12880.jpg
Yang jelas sekali makcik tak suka anak anak main motor nih. esp kalau dah bergeng geng naik motor. sungguh makcik risau dengan kemungkinan yang tak elok. negatif kan makcik.. itu lah perasaan seorang ibu.Dengan pelbagai alasan do and donts, and to cut short the debates at last makcik cakap tahun depan cerita bab motor ini. Huh…anak sekarang demand tak henggat.

OREO CHOCOLATE

menajam kan skill bermain dengan coklat.
Thumb up for good gred chocolate added with pieces of oreo. Yummy.

 photo d8d194b7_zps42a77e41.jpg

 photo 57bd3862_zps091d7dd9.jpg

Tuesday, June 28, 2011

KEROPOK LEKOR

dengan bangga makcik tunjukkan hasil kerja tangan makcik. Yessssssss...

makcik berhasil membuat keropok lekor


proses merebus


Toskan dan sejukkan sebelum di goreng


Keropok Lekor Jiya (resipi daripada internet juga. terima kasih pada yang empunya resipi

p/s: tepung ubi tu kalau ditambah terlalu banyak keropok akan keras sedkit.

1kg ikan selayang/ kembung
5-10 ulas bawang putih
1kg tepung ubi/kanji (kita guna 300gm)
2 cawan tepung gandum (kita guna 150gm)
1 sudu kecil baking powder (tak guna pon)
Garam secukup rasa
Perasa
Air (tak guna juga)

1.Asingkan isi ikan dari tulang.

2.Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.

3.Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli…

4.Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²… Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer…

5.Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.

6.Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.’’


CILI S0S KEROPOK LEKOR


BAHAN-BAHANNYA
1 gelas air asam jawa
2 cawan cili kering yang siap dimesin
1 cawan gula pasir
2 keping gula melaka/kabung
sedikit cuka dan kicap

CARA MEMBUATNYA

Campurkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas
Masak sehingga sos cili mendidih dan likat / pekat
Untuk sos yang pedas kurangkan gula pasir atau gula kabung

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...