Wednesday, August 31, 2011

SALAM AIDIL FITRI

hari kedua ~ spending time kat rumah ..apalagi tido after rumah terbuka semalam. Alhamdulilah tidak lah rasa sunyi sangat ~ mengingati kedua ibubapa yang jauh di mata tetapi dekat dihati. makcik rindu mak, makcik rindu bapa..this year wrong timing, wrong decision tapi alhamdulilah..buat rumah terbuka untuk kawan igian and of course buat mereka lepak lama lama kat rumah menjadi kan hari raya pertama tidak lah sesedih yang di jangka..walau ada, makcik simpan di dalam hati saja.
Owhh iyer..the foods..tak ada lah grand grand , ikut kadar kemampuan makcik yang masih belum lagi dapat menafas dengan baik .

sungguh makcik terlupa nak bergambar keluarga di hari raya. alallalaa dah pagi tadi baru teringat dan budak budak dah malas nak jadi model termasuk makcik.. sepatut nya hari ini makcik keluar dengan family ke genting highland..tapi mengenting kat tilam jer..kes penat tak abis lagi. hahahhaha.
will go out tomorrow. happy eid everyone.

Saturday, August 27, 2011

Syukur ALhamdulilah

Masih lagi bernafas, masih lagi sihat walafiat untuk bersama anak anak. Masih lagi di beri peluang untuk berpuasa pada tahun ini. Dan masih lagi merasa sebahagian dari tuntutan kehidupan. Hari ini Shopping for baju melayu anak anak.. from jalan kenanga to Masjid India. Huh..cukup lah untuk hari ini dan seterusnya..tak rela makcik nak mengharungi lautan manusia . Gosh, I prefer stay at home and do my baking. Dapat 2 pasang baju and one sampin for them. For me none..cukup lah untuk anak anak. Kegembiraan mereka yang penting and for me..kegembiraan celebrating with everyone at home and knowing my parent sihat walafiat..syukur alhamdulilah.
Eye so tired..need to rest..see ya all later.



Thursday, August 25, 2011

Cer CiTar Pagi
3 anak berlainan karakter
dan makcik kagum wanita lain yang mampu melahirkan sehingga 10 anak tanpa mengeluh apa apa. hurmmmm

syukur alhamdulilah.

nak jenguk dapur - pk nak masak untuk berbuka hari ini
jenguk kat luar - mak aii banyak nya kain baju bersidai

sesambil jeling kat sofa panjang...makcik penat sungguh..mengantukk..Encik suami dah awal pagi buat appointment..warrrrrrrrrrrrghhhhhh!!!

Ke Laut

ada ketika bila kita so excited nak buat red velvet dengan mencuba resipi lain tapi tak menjadi seperti yang di harapkan..sedihhh sungguh..at the end of the day masuk tong sampah. :(
 photo 21082011715_zps33e4a7f1.jpg

dimana silap nya coklat dan kaler merah tu tak blend sedangkan kita bersungguh mengikut step resipi nya.  arrghhhhhhhh
resipi ini menggunakan minyak..gatal gatal nak mencuba tapi tak tahu di mana silap nya..bukan rezeki hari tersebut.

Tat Nenas

COPY PASTE : credit to anis suraya of cari.com.my
 photo 08072011391_zps02610d36.jpg
Ini yang makcik buat..tak kemas .almaklum makcik bukan line biskut tapi..nak juga menerai nya..kan...senaman tuk muscle kat lengan .

Resepi yang simple saja..cuma ditambahkan dlm setengah cawan serbuk badam yg telah disangai/bakar terlebih dahulu utk dapatkan keharumannya saja...

200gm butter + 50gm marjerin (dAISY)
3 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1 biji telur ayam
1/2 cawan serbuk badam
jem nenas secukupnya
kuning telur + pewarna kuning telur secukupnya..

gaul tepung + gula + serbuk badam sebati. kemudian gaul dgn buter +marjerin sampai jadi serbuk roti.gaul sebati..kemudian msukkan telur ayam yg dipukul manja sedikit..uli sampai jadi doh yg lembut..kalau doh mcm keras ambil sedikit butter dan gaul pada doh hingga doh menjadi doh yg lembut dan senang ditekan..doh yg keras akan sebabkan anda bekerja lebih keras sambil terangkat2 badan...hik hik hik hik

TIP: biskut yang jenis cair kat mulut ni biasanya ada campuran minyak sapi dlm nya...makin byk tambah butter, biskut makin rangup, bukan makin cair dimulut (ni berdasarkan test cuba try yg kak anis jalankan)...kalau biskut x mo rangup, bagi jer telur kuning, putih telurnya diasingkan sebab putih telur ni pun salah satu penyebab biskut menjadi rangup..biskut yang cair kat mulut contohnya macam makmur, biskut kristal ball (guna minyak sapi), tat gulung nenas blueberry (sebab ada campuran minyak sapi)....

JEM NENAS
resepi jem nenas versi kak anis...gulanya tu kak anis hanguskan terlebih dahulu baru masukkan parutan nenas tu dlmnya dan masak sehingga kering..sukatan secara tepat utk kuantiti kecil kak anis x ada sebab selalu buat utk jumlah yg banyak...lebih kurang begini la sukatan dia setelah kak anis bahagi2 ke kuantiti kecil

3 senduk gula pasir (lebih kurang 1 cawan)- disukat dlm gm ialah 120gm
1 biji nenas separuh masak (x muda x terlalu masak)
bunga lawang n kayu manis jika suka (kayu manis 1/2 inci, bunga lawang 2 kuntum)

masak gula sehingga hangus..bila gula dah cair sepenuhnya (jaga2, jgn sampai over hangus pula, nanti pahit), bila dah cair masukkan bunga lawang + kayu manis (jika suka, x bagi pun x apa..), masukkan parutan nenas tu (airnya jgn dibuang sebab itulah yg buat jem jadi sedap) dan kacau rata dan masaklah hingga jem menjadi pekat...

jem nenas yg kurang gula, akan cepat berkulat..terlebih gula manis n cepat lak keras kematu..3 senduk gula tu lebih kurang 1 cawan x penuh la (camner la anis nak xplain)..cawan tu lak mungkin x sama cawan org lain dgn cawan kat rumah yg anis selalu gunakan...aduhaiii...nanti anis balik umah, anis sukat dlm gm la...boleh tak? :) . Sebenarnya susah nak bagi exactly sukatan sebab nenas pun x sama saiz (anis guna nenas yg masam2 manis tu yg selalu wat masak buat sayur tu bukan nenas honey manis tu).

TIP: (COPY PASTE) Anis tak pernah blend nenas (sebab kalau blend, confirm kena tambahkan air kan? jem dah jadi kurang sedap sebab ada campuran lain iaitu air ) kalau blend buang airnya pulak..jem pun x sedap gak, jadi anis ikut la apa yang aruah mak ajar dulu2..paruttttttttt..sebijik n sebijik...pengsan gak ler..kih kih kih...kalau versi parut, anis mmg masukkan sekali isi dan airnya dalam gula hangus tu...masak sampai pekat..kelebihan masak gula sampai hangus ni..tak ada acara plop ploppp (meloncat2 air dlm kuali)..so x der la nak kena tangan ke mercik2 kat atas dapur ke...:)

Resepi tu boleh jer buat utk cetak2 bentuk teratai, tapi resepi tu hasilnya tat sedikit rangup n lembut tau...kalau x suka kulit sebegitu, tambahkan sedikit minyak sapi, ianya akan jadi gebu dan cair dimulut.

ya, gula tak yah digaul sebati dulu dengan butter sebaliknya digaul terus dengan tepung..sebab tu kena guna gula icing atau gula diblender n diayak..lepas tu baru gaul dgn butter..last sekali masukkan telur

Norbaini's Class

30/7/2011 lepas makcik pergi kelas chef norbaini’s.Sajer nak join untuk menuntut ilmu buat kek. Selagi kita hidup kita tak akan berhenti belajar. Selain menuntut ilmu dapat juga kawan baru. Seronok attend kelas Chef Norbaini. Well of course semuanya tak free kan..
 photo 30072011437_zps8f4bde11.jpg
Chef Norbaini with one of the student

 photo 30072011444_zpsc184fb87.jpg
proud of her – Isobel ..muda lagi dah suka masuk dapur..she’s 20s …dalam tak sihat dia sanggup datang ke kelas baking ini…

 photo 30072011449_zpsf7e9e1f5.jpg
dah siap, before makeup..this is what we learnt on that day – 30/7/2011

 photo 30072011453_zps03b0cf96.jpg
chef sedang mengajar tip and trick me’make-up cupcake

 photo 30072011457_zpsd0abd178.jpg
tadaaaaaaaaaaaaa…dah siap


 photo 30072011473_zps20e2c7f7.jpg
a closer look..nyum nyum nyum

 photo 30072011463_zps0b7452e8.jpg
siap untuk di bawa pulang

Insyallah lepas ini nak attend kelas lagi. fondant and kek hantaran in the list..
Gigih Upload gambar..motif..?

Black & White dengan cheese frosting. It have to be cheese or chocolate..buttercream macam tak bercinta.. hurmmm...lemak
 photo 13082011588_zpsd3d4316f.jpg

 photo 50ac7290_zps50db81b4.jpg

molten cakes
 photo 21072011401_zps6e690f71.jpg
besar portion dia..boleh makan 3 orang..the rich taste..sedap esp with aiskrim. nak rasa makan kat CHilis KLCC


.

CHOCOLATE MOIST

If you are choco_ho-Lic..or Moody… TRY THIS… the best for you. Heaven
 photo 0cb93112_zpsd5f0ff6a.jpg
KEK COKLAT MOIST WITH GANACHE
LOYANG Size 9 x 9 = RM70.00
NOT SUITABLE FOR CUPCAKE

Wednesday, August 24, 2011

Uhuk Uhuk

makcik rasa nak menangis jer..uhuk uhukk...sedihkan bila anak anak tak faham situasi kita..dan ingat semua nya memang senang nak dapat. kalau ingin sajer..u akan dapat...then again..semua salah makcik..cara makcik didik anak..dari kecil dah biasa senang..dan sekarang bila kena cakap NO..terus mogok. kalau camgini..tuhan bagi 10 tahun hidup makcik tinggal 5 tahun lagi sebab makan hati. dekat nak raya ini asyik nak makan hati sajer.. uhuk uhuk.

SERIMUKA

what to do with this durian kalau Cuma ada 3 orang didalam rumah..kan..dah terlampau banyak makan ..say about 10 biji..sampai tak boleh nak tido malam..atau bila nak tido our sleeping patner sempat lagi sendawa…alahaiii sungguh annoying…kan…
 photo a7f0258a_zpsef4c5a30.jpg

look at this one..whoaaaaaaaaaaa…..am like..huuhuhuhu…no words for this perfect fruit
 photo feeaab31_zps704c44d9.jpg
close up ..whoaaaaaaaa...Perfecto

konon nya teringin nak makan cream puff with durian filling…some how my cream puff tak menjadi..sayang nak buang adunan…makcik jadikan ia lempeng..and filling with durian…yummy
 photo 9f603236_zpscb4473bf.jpg

and serimuka durian
 photo a4fc52fb_zpse500efdc.jpg

Recipe credit to RIMA
Ingredients
500g glutinous rice - soak for an hr with 1 tsp of alkaline water (i didnt use alkaline water)
1 tsp salt
340ml light coconut milk
screwpine/pandan leaves
1 tsp sugar (i added)

Method
1. Prepare the steamer. Combine glutinous rice, salt, sugar and coconut in a square or round cake pan. Mix well. Place the screwpine/pandan leaves on top of the rice and steam over rapidly boiling water for about 30–35 minutes or until cooked through.
2. Discard pandan leaves. Fluff up the rice, and then press rice firmly down with a banana leaf or aluminum foil until it is compact. Return it to the steamer.

Ingredients
Topping
300g durian flesh
250g sugar
6 eggs (abt 60g each)
60g flour (I added 10g more)
10g sago or corn flour (I used corn flour and added 10g more)
750ml thick coconut milk (i used KARA 350g and add 400ml water)
pinch of salt
a few drops of yellow colouring

Method
Puree durian flesh with 100ml of coconut milk taken fm 750ml of coconut milk - set aside.
Stir eggs and sugar until well combined. Add in sifted flour and slowly add the coconut milk (650ml).
Add in puree durian and continue to stir.
Strain the batter to remove any lumps.
Cook it over low heat till slightly warm... stirring it occasionally so as to avoid any lumpy batter..Scratch the surface of the steam rice lightly with a fork... press em again and prick with fork. Pour in the batter on top of the rice. Steam over medium heat for an hour or until set.Set it aside to cool completely before cutting into serving pieces.

 photo eb48b08c_zps0a14fa04.jpg
mission complete..yummy..

MACAROON tak jadi

for the first time in my life excited yang teramat sangat nak buat benda alah ini walaupun cuak . Memang takut tak jadi..takut masuk tong sampah . alhamdulilah menjadi walaupun tak ada kaki..boleh makan tapi ya ampun…tak boleh nak bercinta dengan taste makcik..manis teramat..tapi kombinasi coklat filling memang padan..and yes..makcik chocoholic..
 photo 81f21e6c_zps2338bfab.jpg

 photo 3ba2111b_zps4d3b8ad9.jpg
comot..frusttt

 photo 7c31e37f_zps8a9193ed.jpg
tak jadi sebab tak ada kaki..

tapi boleh lahhh mencicip sambil tengok tv with this cup of rose tea…hurmmm mode: frustt

IFTAR 2011

sibuk giler jer dekat nak raya ini..alhamdulilah adalah seorang dua yang tempah kek dengan makcik. boleh lah buat belanja dapur kan..

Ahad lepas 21 July 2011, sempat Iftar with Igian..exceli sajer nak surprise yang lain - CJ, NCJ,YAN & TINIE. PB invite me for the Iftar di Wadi Hadramawt (Ampang) Kelakar sungguh sebab CJ booking di jalan Chulan tapi kita orang pakat pakat pergi ke Wadi Hadramawt Jalan AMpang. Then bila sampai sana (kat Ampang) itu nama tuk booking pulak tak ada..memang lah tak ada , dah salah information..kah kah kah..then makcik dan PB beria ria cakap ada booking..bla bla bla..dapat lah table for 10 person. The food is nice. Certain food tak sedap kat tekak makcik.Yolah kan makcik bukan biasa sangat makan benda alah Bila kata buffet so we pakat makan sambil lepak. ingat after 1st round there will be another round tapi hampeh...just imagine start berbuka (7.25pm) we all makan ringan ringan..the cuppies I brought..then time amik makanan pun kena queue up. time tu dah pukul 8.00 malam..before 9.00pm mereka (the staff) dah angkat semua makanan pergi dapur.Punya ler frust kita orang. takda dessert and etc..Macam kena tipu ler plak oleh pak arab nie.. hey..we're talking about buffet..kalau hotel..buffet dari kol 6.30p.m sampai pukul 10.00 malam..but this one...dah lah orang berbuka puasa..less then 3 hour makanan dah siap di angkat. Kita orang dok complaint..insist for free food..mereka nak bagi setengah harga..mana lah kita orang nak..we paying for RM49.00 per person..tapi makan tak cukup..the worst thing is bila dia nak bagi free fish fillet yang makcik dok teringin nak makan..benda tu dah tak fresh lagi..and just imagine orang lain yang dining dekat situ after buffet..makan left over food n reheat sajer..Yes mereka bayar lagi mahal. Pak arab ni kan...cukup the hampes..

cukup gigih makcik baking cupcakes untuk iftar ini..nasib baik bawakan makanan. kalau idak...aieeee harus kelaparan .
 photo 21082011770_zps27da32db.jpg


 photo 21082011782_zpscf4252e0.jpg
simple cuppies…with cheese frosting for red velvet n coklat ganache for black n white chocolate cake


btw sementara menunggu PB mengambil kita orang kat LRT station..adalah kucing ini..tetiba berlagak manja..adalah kucing orang yang hilang atau sengaja di tinggalkan dekat lrt station ini. kesian kucing ini kelaparan. Sempat makcik bagi makan kek buah...dan dengan lahap nya dia makan..huhuhu
 photo 21082011818_zpsc56f8aec.jpg

 photo 21082011821_zpsabd90777.jpg

 photo 21082011828_zps6b12954d.jpg



 photo 21082011840_zps33b8ec05.jpg
geng sedang complain..memang tak puas hati betul kan..with that kinda of buffet,betul lah orang kata jangan percaya sangat dengan pak arab ini.

Friday, August 19, 2011

Golden Churn



kata lah kan...selama ini dok telan benda ini...mau tak seekor anak babi dah keluar dari perut...nauzubillahi min zalik . Allah ampuni lah dosa hamba hamba mu yang khilaf

Jakim Confirms 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' Is Non-Halal

KUALA LUMPUR, Aug 15 (Bernama) -- The Islamic Development Department of Malaysia (Jakim) today confirmed that the 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' sold in Malaysia is non-halal.

Its director-general, Othman Mustapha, said the decision was made after finding that the product came from the same factory as that distributed in Sarawak, although there were brought into the country by different importers.

"This was confirmed by the agent of Ballantyne Food, from New Zealand, which manufactures the product.

"Therefore, Muslims should not use the product," he said in a statement here today.

Last July 19, the Sarawak Islamic Religious Department had declared the product non-halal after it was found to contain pig DNA.

Othman said the company had been informed of the matter and it had agreed to withdraw the product from the shelves.

He said the decision was made after discussing the matter with the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry, the Chemistry Department, the Health Ministry's Food Safety and Quality Division, the Sarawak Islamic Religious Department and the Johor Islamic Religious Department on Aug 8.

With the product being confirmed non-halal, he advised holders and new applicants of the halal certificate who use the product to change it with other type of butter which is certified halal and to keep the purchase receipt of the new product as proof.

They are also required to carry out a ritual cleansing process by using clay soil and water, known as 'samak', and it has to be witnessed by the Islamic Religious Department in the respective states, he added.

--BERNAMA
** have to admit selama ini guna golden churn. patut pun sedap..*sigh* so kalau kata ada terjumpa resipi with golden churn butter tolong tukar pada butter lain occay!

Thursday, August 18, 2011

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum, tak tahu di mana makcik nak mulakan. Setelah beberapa hari tak update blog, makcik ingat nak update tentang aktiviti makanan yang sempat makcik snappy dengan henpon cap ayam makcik tapi malam tadi lepas makcik terima sms dari Pia dari mengantuk terus terjaga. Our forum friend yang makcik kenali as MAID OF VENUS aka Medison B aka Kak Med atau nama sebenarnya Sharifah Neng Salmi Barakbah telah pergi meninggal kan kita @ 2.30petang di Hospital @ Alor Setar. Makcik kenal dia bila makcik join forum Infogossip.com about 6 years ago sekarang lebih di kenali dengan nama IGnet. The last entry arwah MED membuat siapa saja akan merasa betapa kuat dan tabah dia dalam menempuhi dugaan hidup dikelilingi orang orang yang menyayangi dia. Arwah meninggal dalam umur 38 tahun ..*sigh* Itu lah aturan hidup kita , ALLAH merancang segala-galanya. Semoga ALLAH ampun kan dosa dia selama ini dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Dan makcik halalkan apa saja benda , atau dari rasa kurang puashati makcik terhadap dia dulu..makcik halalkan dunia dan akhirat, Sesungguhnya makcik berharap syurga dan ketenangan yang hakiki untuk NENG SALMI di alam yang satu lagi. Hanya al-fatihah dan surah yassin yang dapat makcik sedekah kan untuk neng. AL-fatihah sekali lagi .
Didalam kenangan makcik dengan Med, makcik adalah peminat kerepek bilis lilit yang dia jual sepanjang bulan ramadan/hari raya. Sejak dia bisness kerepek itu, makcik lah pelanggan tetap. Sekarang agent kerepek dah tak ada lagi.. :(

Kalau kita di alam maya menyayangi Arwah dan terasa kehilangan arwah, sudah tentu keluarga arwah lebih lagi meratapi hiba kehilangan arwah. Di bulan ramadan ini sesungguhnya arwah mendapat keberkatan yang berlipat ganda, bulan yang sentiasa di nanti dan di doa kan agar di "ambil" pada waktu ini, lebih lebih lagi sewaktu hari nuzul al-quran. Tenang lah Neng Salmi di sana. semoga ALLAH permudahkan segala urusan Neng Salmi setelah mengharungi waktu kesukaran dan penderitaan yang memeritkan. Selamat Tinggal Med. I'm gonna miss you

Monday, August 15, 2011

Ehem Ehem

makcik dah ada oven..yeahhhh...ada pengukus juga...yahooo...well di tempat baru ini, setelah pujuk rayu , mengadap pakcik, almaklum lah kan..makcik tak kerja kenalah usha duit dari pakcik. so weekend lepas dapat lah membaking kek. Kek coklat yang super moist dan , red velvet dan black bottom cheese cupcake.. bunyi meriah sangat kan...yang ada kat rumah ..3 orang jer..petang karang nak sedekah kat pak guard di bawah itiew. Malangnya tak leh nak tempek gambar. Sebab nya Encik Kodak telah di rasmikan oleh putri lilin - i mean di cuci nya didalam mesin basuh..ala ala tak sengaja lah konon nya which i prefered to use perkataan cuai. Kan..sungguh lah makcik rasa nak nangis. Belum lagi psp anak yang 2 orang tu ilang..bukan satu ok..tapi 2 psp..meaning cepat atau lambat kena ganti lagi...arghhh..duit lagi tu.

Mood raya belum lagi datang..tapi kemeriahan hari raya kat Kl ini dah wujud sebelum puasa lagi rasanya..now jalan jalan kat TAR atau masjid India..waduh waduh penin penin makcik. nak lagi di bulan puasa..nak cari barang pun dah tak reti. Tetiba rasa blur sajork, but semakin dekat nak raya, semakin terasa hiba..wah..hamba jadi sungguh sensitif..:(

Oh..makcik ada order untuk kek kukus..tahun ini sapa nak order meh lah calling calling.

Wednesday, August 10, 2011

Malas nyer

betul lah seperti title kat atas tu..dah mengomel berjela tetiba page redirect plak then semua entri terpadam...dan malas lah nak taip balik...
Assalamualaikum pada semua. Dah masuk 10 hari kita berpuasa tapi makcik start cuti hari ini. Walaupun cuti masih lagi kena bangun untuk orang yang bersahur. Makcik terjumpa blog ini - Moon Punya Blog
Menjengah di blog ini tak terasa airmata makcik laju jer keluar. Kisah pesakit kanser dan kisah seorang suami yang tabah. Makcik selalu merasa ALLAH uji makcik dengan ujian berat tapi ujian talib lebih lagi berat. Semoga Mereka tabah menghadapi ujian dari ALLAH dan ALLAH tunjukkan keajaiban untuk keluarga mereka. AMIN

Sunday, August 7, 2011

Tuntutan Hidup

Early morning makcik dan pakcik pergi ke pasar borong selayang. One of my favourite place untuk membeli bahan mentah walaupun tambang teksi boleh mencapai rm20.00 ulang alik dari tempat makcik duduk. Makcik hanya perlukan 1 jam atau lebih sikit untuk keperluan dapur ..maybe dalam RM150.00 atau lebih sedikit untuk seminggu. still ok untuk sayuran, ikan dan ayam daging. That y makcik suka pergi ke situ walaupun agak kotor dan hanyir..udah namanya pasar borong kan..
Hari ini masak sup kambing.that the first time masak sup kambing or even merasa makan sup kambing. itu pun setelah di rekemen kan oleh perempuan india yang sama sama borak time beli daging kambing . at first nak buat kari atau steak..bila dia cakap buat sup sedap..terliur lah juga..tambahan di bulan puasa..
so today menu berbuka makan sup kambing..boleh ler tahan sedapnya.. tapi tak boleh makan banyak banyak....fenin fenin.

wokeh..nih nak membebel sikit tentang adik kesayangan makcik..apa ke jadahnya dia terlalu mempercayai gf merangkap ex tunang yang entah apa apa by asking her to simpan his atm card (manage his account n gaji) mengada tak henggat budak tu..belum apa apa dahh meraser nak queen control..kan... so the very entah haper haper..I felt very bad ..they plan to get marry soon tapi after what she did to my brother dulu..still my brother percaya kan dia and accept her back . lepas ini tak tahu lah apa nak jadi. Pun begitu makcik harap ada hidayah untuk adik makcik. Kalau perempuan itu telah berubah untuk kebaikan, alhamdulilah..sebab makcik sangat sayang adik makcik itu, and i wanna him to be happy.
and ada kes pasal oven and beater.........sungguh tak berhemah!

Friday, August 5, 2011

hari ini makcik as usual tertido kat sofa depan tv, terbangun dalam pukul doblas setengah tengahari..yolahkan..dah namanya puasa, tak terbuat benda lain lagi..terbangun pun sebab dengar bunyi bising....buka mater jer my dotter cakap , mama hari ini saya jadi snow white..(time tu dia tengah pegang penyapu Mop ~ nak mop lantai)

alellellelle...keje sikit terus jer banding ngan kartun entah apa apa...tak per hari ini snowwhite, petang karang makcik suruh dia jadi chef plak...ngeeee!
entahh haper haper budak sekarang..kan...

oh ya lupa makcik, semalam makcik cakap kat dia , bangun seawal pagi so as a reward i will pamper her - scrub & massage her body...maybe itu kot dia semangat nak bangun..tapi dia bangun kol 10 lebih ...matahari dah naik..aci tak nak bagi reward??
The world is not safe anymore, DUlu berjalan di tempat sunyi pun kita masih rasa selamat but now :((

semalam with mayat timbalan pengarah veterinar yang di jumpai mati di samun di tambun , Ipoh, then in kl mayat wanita dan anak yang di kerat mati, kepala bayi putus dalam perut..atau pelajar di toreh kepala oleh Ustaz.. sungguh sungguh menakutkan.
sometime orang yang kita percayai boleh menjadi musuh dalam daging. Memang lah kita tak boleh lari dar qada qadar tapi kita boleh berusaha untuk keselamatan diri kita. Girls out there guna akal fikiran yang rasional untuk semua keadaan yang di hadapi.


Kagen sihh

Al-Fatihah Untuk Yang Pergi

Pertama kali makcik kehilangan orang yang disayangi pada 1992~ 3 Hari sebelum my dotter lahir. Makcik kehilangan datuk iaitu bapa kepada emak makcik walaupun i have to be honest kehilangan itu hanya seperti biasa biasa saja..makcik tak rapat sangat dengan arwah ~ jenis yang suka membebel (tapi makcik harus akui dengan cucu cucu yang lasak haruslah dia membebel ) tapi siapa makcik nak judge orang kan.. selepas itu followed by few others family member sebelah emak..again i dont felt as if that was a big issued until in 2002 makcik kehilangan pakcik (suami kepada kakak emak makcik) whom i addressed as Wa'Mawi. Funny guy , jenis yang lurus bendul yang tak pernah kecik hati - with him makcik asyik ketawa..ketawakan dia dengan telatah yang entah apa apa ~ jahat tak makcik? but Im his favourite anak buah also.. bila he was diagnosed with skin and bone cancer , dia asyik tanya makcik. kiranya the moment doktor sahkan dia sakit, he called me up. and i'm like on the last plane that evening untuk bersama dengan nya. ..syukur makcik sempat jaga dia walau hanya seminggu. Dia dah lama pergi but somehow i never felt begitu..makcik rasa dia ada..still around cuma tak nampak.Dan balik ke kuching sudah tidak "exciting" lagi rasanya. makcik rindu dia, his telatah yang gila gila and i missed his kari kambing..no one make prefect kari kambing macam dia.
Lepas dia, a big impact for me bila nenek adi (bapa kepada bapa makcik) left. infront of me and within kontroversi family members..makcik syukur makcik dah jaga dia, di waktu senang sihat dan di waktu sakitnya. In 2005 his wife pula menyusul..also di depan makcik.
that was a big impact for me, banyak sejarah dan cerita yang tersingkap since mereka tinggal dengan makcik ... (diantara kehidupan makcik yang que sera que sera dan kehidupan tua mereka, makcik belajar erti kehidupan sebenar.) kehidupan tidak semestinya manis . I missed them ..sungguh. And makcik harap anak anak makcik walaupun sedikit itu tidak akan mensia siakan ibubapa mereka..walaupun makcik tak ada apa apa, dan ayah mereka bukan orang yang berada. ... makcik berharap ikatan kekeluargaan tetap di utamakan kerana kalau bukan keluarga hidup sebenarnya hanya lah sia sia....dan kosong..percaya lah...sekadar mengingatkan makcik atau yang singgah ke blog makcik, jangan lupa asal usul , agama yang di junjung, kalimah dan kiblat yang satu juga ibubapa dan adik beradik~ keluarga.(walaupun kita tidak berapa nak sependapat dengan mereka) as time goes by hanya mereka lah yang kita ada. percaya lah..~~
AL-Fatihah untuk mereka yang telah tiada. sesungguhnya kerinduan itu sentiasa ada.

Thursday, August 4, 2011

Get a LIfe!!

dah 4 hari kita berpuasa. makcik rasa puasa ini bukan main naik mencanak lagi lemak lemak di badan makcik. bukan nyer haper..kenyang tido jer setengah hari. dah pakcik kerja..makcik dok sorang..apalagi...membuta lah kan.. my dotter si puteri lilin itu tak kira lah..macam sugar glider dia. .. Malam jadi siang , siang jadi malam. malam ke subuh dengan laptop dia..dah petang baru bangun tido. malas dah makcik nak membebel buat sakit jiwa raga sajork. baik makcik dok diam diam.
No doubt kerja buat taik mater ni memang seronok. seronok sebab lepas tu sakit sakit badan..tulang temulang semua..sakit malas tak nya cakap. dengan mater yang bengkak..muka yang ala ala bulan purnama..nih makcik cakap makcik sendiri iyer, ingatan untuk hobby makcik yang tak sihat ini. woot..wooot...

lagi satu makcik nak cakap kat sorang minah nih, yang perasan kaya,cantk, mentang mentang bapa dia datuk..kalau dah attitute macam perempuan tak cukup sifat, sudah sudah lah nak mendengki kat orang, blog makcik, facebook makcik , makcik punya suka lah nak friend, unfriend, delete comment ker..tak ada makcik kesah kiahh oiiii.get a life plizzz!!!!!!!

Monday, August 1, 2011

Sayu

iyer..sayu hati makcik bila pertama kali terawih kat tempat orang..i meant untuk puasa yang pertama sebab selalu nya untuk hari pertama makcik sedaya upaya memastikan keluarga - anak anak dan ibubapa makcik bersama sama berkumpul..walaupun hanya untuk puasa yang pertama. kinda penting buat makcik selagi ibubapa makcik masih ada di dunia ini. ketika azan di laungkan ..tak terasa airmata makcik mengalir..makcik rindukan bapa makcik..dan melihat jemaah perempuan yang lain, makcik teringat emak makcik.. sensitifnya time camgini, walhal bila dah berdekatan, tak ada nya berperasaan begini, betul kata orang, bila didepan mata, kita buat tak tahu..bila berjauhan terasa kehilangan.. uwaaaaaaaaaa..makcik nak balik lah macam ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...