Tuesday, June 28, 2011

KEROPOK LEKOR

dengan bangga makcik tunjukkan hasil kerja tangan makcik. Yessssssss...

makcik berhasil membuat keropok lekor


proses merebus


Toskan dan sejukkan sebelum di goreng


Keropok Lekor Jiya (resipi daripada internet juga. terima kasih pada yang empunya resipi

p/s: tepung ubi tu kalau ditambah terlalu banyak keropok akan keras sedkit.

1kg ikan selayang/ kembung
5-10 ulas bawang putih
1kg tepung ubi/kanji (kita guna 300gm)
2 cawan tepung gandum (kita guna 150gm)
1 sudu kecil baking powder (tak guna pon)
Garam secukup rasa
Perasa
Air (tak guna juga)

1.Asingkan isi ikan dari tulang.

2.Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.

3.Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli…

4.Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²… Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer…

5.Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.

6.Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.’’


CILI S0S KEROPOK LEKOR


BAHAN-BAHANNYA
1 gelas air asam jawa
2 cawan cili kering yang siap dimesin
1 cawan gula pasir
2 keping gula melaka/kabung
sedikit cuka dan kicap

CARA MEMBUATNYA

Campurkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas
Masak sehingga sos cili mendidih dan likat / pekat
Untuk sos yang pedas kurangkan gula pasir atau gula kabung

friday punya aktiviti. dari Pagi sehingga petang kat bengkel kereta.


Penyakit dah datang. Memula tayar.. bukan satu tapi semua nya. then satu absorber plak dah tak berfungsi, kena tukar 2 belah plak. then minyak gear plak dah tersangat lah hitam. kemudian

yang ini pulak.

Yang ini plak yang kat tayar depan tu.. tak tahu nak sebut apa. tapi yang pasti bearing dah pecah

sungguh lah makcik rasa nak menangis.

Thursday, June 23, 2011

Here I am, kat sini fikir yang dekat sana, bila di sana fikiran plak dekat sini. arrghhh how i wish semua boleh berkumpul as one family. semua as well plan tapi tidak semua berjalan dengan lancar tapi makcik berusaha keras untuk yang terbaik for us ~ for the family. Insyallah.
yes memang betul makcik always penat, risau, bingung yang tak leh nak control macam kalau kena tiup angin terus tumbang,(ala ala fikiran entah kemana) I'm damned tired, but then my fatigue is often caused not by work, but by worry, frustration and resentment, that i have to admit. As time goes by banyak benda di fikir maybe its the sign of getting more wiser or perhap more older. huh! I'm in crisis.

Friday, June 10, 2011

Incident dalam flight tengahari tadi..dalam mengantuk dan dok planning nak masak apa bila sampai rumah..berangan nak buat cupcake..dan berkira kira esoknya nak shopping bahan kek..so dalam fikiran nak beli ovallate. tetiba stewardess datang pada makcik tanya nak makan nasi lemak atau omellete..tetiba jer makcik sebut ovallate kat stewardess tu.. huh...semangat betul makcik nak buat cupcake kan..bolehh? then dalam hati mengekek sendiri...omellete jadi ovallate..hehhehe

Friday, June 3, 2011

rupernya makcik duduk satu tempat ngan sorang artis pompuan nih, ala ala gedik..dengan sora yang ala ala seksi dan garau..though i have to admit dia memang cantek menarik dan body cun. tapi tu tak penting..yang penting makcik menghitung hari nak balik. rindu rumah, rindu tempat tido makcik..dan yang lebih makcik rindu dapur tempat makcik main masak masak.. alalalala..makcik sungguh gembira.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...